Pages

Labels

Monday, November 24, 2008

..tanggungjawab melebihi masa..

assalammualaikum..
pertama-tamanya,alhamdulillah diucapkan di atas nikmat iman dan islam yang masih lagi menjadi milik insan yang hina ini pagi ini..syukur masih diberi peluang umtuk bernafas di atas muka bumi ini..
sesak nafas,mengenangkan terlalu bnyak tugasan yang perlu dilakukan,,tanggungjawab selaku anak,pelajar,da'ie,dan banyak lagi amanah Allah yang belum terlaksana..ditaklifkan sebagai naqibah untuk junior2 pada tahun ini,menambah jadual harianku..mampukah aku memikul tanggungjawab ini??teringat satu hadis yang berbunyi..

..tidak patut orang yang tidak tahu,tapi berdiam..tidak patut bagi yang tahu tapi tidak menyampaikan..H.R Tabrani..

NAbi Muhammmad S.A.W pernah bersabda..."sampaikanlah walau satu ayat.."..

ya Allah,mampukah hambamu ini memikul tanggungjawab ini..dalam berkira2 untuk menerima tawaran menjadi naqibah kerana memikirkan kesibukan,tanggungjawab, tambah2 lagi sementelah naik kuliah ke tahun 3 perubatan..tidak dinafikan,tahun 3 tahun paling sibuk..tanya sahaja kepada senior2 dan juga doktor2 yang sudah menempuh alam pekerjaan..tahun tiga kena pulun habis-habisan..kononnya merasa kesibukan yang melampau lantaran kuliah memenuhi jadualku seminggu kecuali jumaat..itulah satu2nya hari cuti..itupun jumaat ada dua usrah yang perlu dihadiri,satu untuk junior dan satu lagi usrah kami sendiri yang dikendalikan oleh senior2 di mansurah..sibuk??memang rasa sibuk..mengenangkan dua hadis di atas cukup membuatkan aku terpana..ya Allah,kerdilnya hamba ini nak dibandingkan dengan masa 24 jam yang telah kau berikan..
untuk apa 24jam itu,kalau aku gunakan untuk diri sendiri sahaja..ampuni daku ya Allah..

.."the time you use for dakwah,will be replaced by Allah.."..kata2 ni aku dapat semasa pergi satu ceramah oleh dr.Harlina..


Imam Ibn Qayyim ada berkata;
“Sesungguhnya membuang masa adalah lebih dahsyat daripada kematian kerana membuang masa memisahkan kita dari Allah dan akhirat manakala kematian hanya memisahkan kita dari dunia dan seisinya”


Ya Allah,semoga diberi kekuatan kepada hambamu ini bersama rakan2 seperjuangan yang lain..permudahkan urusan kami dan bimbinglah kami..kepada sahabat2 yang baru sahaja ditaklifkan sebagai exco2 cawangan perubatan di zagzig malam tadi,tahniah dan takziah diucapkan..semoga kalian kuat dan mampu melaksanakan amanah Allah yang telah diberikan..kami di belakang menyokong sepenuhnya..


p/s:i'll take the advantages..

Friday, November 21, 2008

..Permulaan yang baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Hasrat untuk buat blog baru tercapai juga..bukan ingin mengabaikan blog lama,tapi rasa malas untuk meng'edit' blog lama membuatkan saya rasa bukak blog baru lagi senang dan cepat...buat sementara waktu,blog lama itu saya takkan delete..biarlah ia berada di tempatnya..hehe..blog ini bukanlah bertujuan sekadar menulis untuk kepuasan sendiri semata-mata..ia lebih kepada perkongsian ilmu dan pengalaman..mungkin juga tempat meluah perasaan(hehe..)..mungkin akan disampaikan secara santai atau mungkin juga secara skema.saya sekadar meluahkan apa yang tersirat dan tersurat..moga anda mendapat manfaat..bukan sahaja untuk anda,tapi untuk saya juga juga..doakan saya berjaya menjadi doktor muslimah yang berjaya!!


Daripada Usamah bin Syarik berkata: Ketika aku bersama-sama Rasulullah SAW, datang sekumpulan orang-orang Badwi, bertanyakan Baginda, apakah boleh kami mengubati penyakit. Jawab Rasulullah SAW: “Ya, wahai hamba-hamba Allah berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya juga untuknya penawar melainkan satu penyakit sahaja”. Mereka bertanya apakah penyakit itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tua”. (Riwayat Imam Ahmad)


salam mujahadah dari saya~~