Pages

Sunday, January 18, 2009

PALESTINA-KU



Assalamualaikum..
masih berpinar mata ni melayan slide2 patho yang banyak itu..mana tidaknya,kerabunan mataku yang sedia ada dengan power 400-15o bagai dipaksa-paksa menggunakan mikroskop yang sengal2 bahasa itu..haish..habis sengal segala otot2 yang menampung bebola mata ini..mahu tak mahu kena juga tengok semua slide..practical exam 4 patho juz around da corner..3 days left~~

imtihan semakin hampir..bererti winter break juga makin hampir..saya masih dalam dilemma..mahu ke mana cuti ni?perancangan awal hendak ke luxor dan aswan tidak dapat diteruskan lantaran beberapa masalah yang timbul..hajat hati hendak ke jordan,syria dan turki bersama sahabat2 yang lain juga terpaksa dilupakan..syria dengar katanya ada masalah dengan visa..turki pula,kami tiada link di sana..jordan,ada yang ibu bapa tak benarkan lantaran krisis di palestin..saya sendiri berat hati hendak ke sana..mungkin cuti 2 minggu ini bakal dihabiskan di zagzig yang indah ini..zagzig,zagzig,zagzig..siapa ada cadangan??bukan mahu menghabiskan cuti dengan bersiar semata-mata..sahaja mahu melihat tempat orang..cuba hayati lirik lagu 'hikmah kembara' by nirwana..berjalanlah,bermusafirlah melihat kebesaran tuhan..dan belajarlah mensyukuri nikmat tuhan..


Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia




tersergam indah di bilikku..it costs 4 only 2LE..hehe..

inilah pertama kalinya saya membeli peta dunia,3 minggu yang lalu..hehe..pada asalnya sengaja nak tengok kedudukan sebenar jordan,turki dan syria..tapi,di situ..di situ juga ada ISRAEL..tiada lagi PALESTIN..menyakitkan hati~~


high magnification~~

PALESTINA-KU(copy paste from bella~..syukran..)

Kenapa Yahudi menuntut Palestin??

1- mereka mendakwa bumi Palestin dijadikan untuk bangsa pilihan iaitu bangsa Yahudi
2- mereka juga mendakwa Haykal yang pernah runtuh pada zaman nabi Sulaiman a.s terletak di bumi ini
[ dan kini mereka merancang untuk membina semula Haykal di tanah ini]

3- akan lahirnya penyelamat bangsa yahudi di bumi ini [masihiyyah]


Melalui apa yang dapat diperhatikan, kesemuanya bukanlah hanya sekadar merebut sekeping tanah bernama Palestin tetapi semua ini merupakan pertembungan aqidah yang sejak lama dulu telah dilancarkan oleh musuh2 Islam

Kini, apa yang berlaku di Gaza adalah rentetan dan kesinambungan sejak dulu lagi..
Dan serangan dahsyat oleh al-kuffar laknatullah terhadap Gaza pada kali ini telah menggariskan 3 objektif :-

1- objektif jgka panjang – memastikan pembinaan Israel Kubra pada suatu masa nanti berjalan lancar
2- objektif jangka sederhana panjang – memastikan survival orang2 Israel sendiri [ mereka bimbang orang2 israel sendiri akan lari dari situ kerana takut pada masa depan dalam kurun ini]
3- objektif jangka pendek – sebagai fenomena bagi menguasai pilihan raya akan datang


Kenapa Christian menuntut Palestin??

1- dianggap kota suci mereka
[ mereka mendakwa di sinilah Jesus Christ dilahirkan dan disalib.. dan akan muncul kembali di tanah ini ]

2- gereja besar bagi orang2 kristian terletak di bumi ini

Kenapa Islam menuntut Palestin??


1- Bumi isra’ mikraj
[ betapa kita melihat permusafiran sejauh 1500 km dari Makkah ke masjidil Aqsa oleh Baginda Rasulullah s.a.w seterusnya naik ke sidratul muntaha dan di sini berlakunya kefarduan solat 5 waktu sebagai pengurangan paling maksimum buat umat Islam ]

2- kiblat pertama buat umat Islam
[ setelah solat difardukan, masjidil aqsa yang terletak di bumi Palestin telah dipilih sebagai kiblat pertama.. sedangkan Nabi Muhammad juga telah mengimamkan para anbiya’ lainnya sebagai tanda penyempurna dan penutup para nabi.. selepas 16 atau 18 bulan penghijrahan ke madinah, barulah turunnya ayat untuk menjadikan Ka’abah yg terletak di Makkah sebagai kiblat pada masa itu ]

3- merupakan tanah suci ke-3 umat islam
[ selepas haramain- tanah suci Makkah dan Madinah ]

4- bumi para anbiya’ dan rasul
[ bermula dari nabi ibrahim dan beberapa nabi seterusnya pernah diutuskan di sini untuk berdakwah ]

5- bumi perjuangan
[ sejak zaman nabi2 yang terdahulu hingga kini bumi ini terus menjadi medan juang ]



1.5 juta penduduk Islam kini berjuang sedaya upaya mengharungi serangan paling dahsyat sejak 1976.. mereka cuba membuat terowong2 laluan untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubatan malah mereka turut pernah menyeludup masuk lembu ketika adha baru2 ini namun apa yg berlaku lebih kurang 200 buah terowong diletupkan sesuka hati oleh mereka2 yg tidak berperikemanusiaan.. penduduk palestin juga sanggup minum air longkang yang dicuci dan makan rumput2 yang ada.. semua ini demi menyambung kehidupan mereka.. betapa tinggi semangat jihad mereka..

Tapi bagaimana pula kita??
mereka telah menjadi wakil buat kita semua dalam memperjuangkan bumi Palestin yang padahal menjadi kewajipan buat semua umat Islam, mengapa kita tidak sekurang2nya membantu walaupun dari kejauhan..



Mungkin sebab mereka ni takut, tiada perasaan atau xfaham (smoge mereka mendapat hidayah)..
Tapi kita yang ada perasaan sbg seorang manusia malah seorang individu muslim adakah hanya berdiam diri?? :: silence is not an option :: jom tengok ape yang kite boleh buat ntuk bantu saudara2 kita di sana..

Apa tindakan yang boleh kita buat??


1- tingkatkan kesedaran dalam diri, keluarga, saudara-mara, sahabat2 dan masyarakat
2- sebarkan maklumat tentang kepentingan Palestin melalui wajihah mana skali pun
3- didik anak2 serta generasi muda agar peka dgn isu palestin
4- memberi kerjasama yang baik dengan NGO2 dakwah dan yang ingin membantu
5- didik generasi muda kembali pada masjid serta faham dan berpegang teguh dgn al-quran dan al-hadith.
6- Berhijrah kepada yang lebih baik
7- Boikot barangan2 yang mengalirkan wang ke arah pembunuhan saudara sendiri
8- Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka
9- DOA dan doa agar kemenangan menjadi milik muslimin dan mujahidin yang mewakili kita di sana
Align Center[ ~allahummasurril ikhwanana wal mujahidin fi falastin~ ]



p/s:buat sahabat2 yang sudah ada perancangan melancong ke mana-mana cuti nanti,manfaatkanlah sepenuhnya..kepada insan2 di Malysia yang asyik menanyakan "tempat kamu dekat dengan palestin tak?pernah dengar bunyi bom tak?"..nah aku dah sediakn peta with high magnification..hehe..kepada dr2 kesayanganku,selamat berperang di medan imtihan..semoga dipermudahkan segalanya..

Thursday, January 15, 2009

..NO REASON..



People are often
unreasonable, illogical
and self-centered;

FORGIVE THEM ANYWAY..


If you are kind,
people may accuse
you of selfish,
ulterior motives;

BE KIND ANYWAY..


If you are succesful,
you will win
some false friends
and
some true enemies;

SUCCED ANYWAY..

If you are honest and frank,
people may cheat you;

BE HONEST AND FRANK ANYWAY..


What you spend years building,
someone may destroy overnight;

BUILD ANYWAY..


If you find serenity and happiness,
others may be jelous;

BE HAPPY ANYWAY..

The good you today,
people will often forget tomorrow;

DO GOOD ANYWAY..

Give the world the best you have,
and it may never be enough;

GIVE THE WORLD THE BEST YOU'VE GOT ANYWAY..

You see, in the final analysis,
it is all between you n Allah;

IT WAS NEVER BETWEEN YOU AND THEM ANYWAY..




p/s: there's no reason to be sad..if u find there's no room for you in people,there's always one in Allah for you,every now and then~~..selamat menempuh imtihan..

Sunday, January 11, 2009

..IMTIHAN MODE..

salam buat semua..

hari ini kami semua dapat satu berita gembira..
untuk imtihan mid-sem nanti,tiada exam untuk parasitology..microbiology pun tak ada..maksudnya,kami ada dua paper sahaja..pharmacology n pathology..alhamdulillah,so,dapatla bagi tumpuan lebih untuk both subjects..
tapi jangan abaikan parasit n microb ye kawan2(peringatan untuk diri sendiri jugak~~)..

so,kebarangkalian untuk post benda baru tu agak tipis..nak tumpu study..sila tunggu kemunculan baru selepas imtihan nanti ye..kepada rakan2 seperjuangan,selamat bermujahadah..semoga kejayaan milik kita bersama..
ameen..

bekorbanlah sikit untuk exam ni..kalau sebelum ni tidur 6jam,lepas ni tidur 4 jam pula..
lupakan game,movie(hehe,padahal diri sendiri dok layan HOUSE..) n apa2 yang selalu buatkan kita buang masa..ok?chaiyok!!


"Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.."
(65:7)



di tengah2 kebosanan menepukan otak,tiba2 terasa gatal nak edit gambar..so,nah edisi khas sempena imtihan dari kami,bait syifa'..hehe..


sepatutnya semua pakai spek,tapi disebabkan nak masuk dalam gambar
ni,so,semua kena pakai contact lense..hehe

p/s:ampun salah silap n doakan kami semua..
kenapa family day perubatan nanti takde basketball???isk..isk..

Thursday, January 8, 2009

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..




assalammualaikum..
selamat bermujahadah sempena imtihan yang bakal tiba kepada tibbians n azharians sekalian..
semoga kejayaan milik kita..ameen..dalam kesibukan menelaah,hati kecil ini masih terkenangkan nasib pemilik2 tanah suci PALESTIN..Ya Allah,bilakah kemenangan itu akan berpihak kepada mereka..

teringat ketika memulakan bab baru dalam pharmacology..CARDIOVASCULAR SYSTEM..
treatment of HEART FAILURE..the first treatment is by correction of predisposing factors before using the drugs..begitu juga treatment of HYPERTENSION..terang-terangan treatment yang pertama ialah by controling of the risk factors,bukannya terus menggunakan drugs..rasanya dalam setiap jenis penyakit pun begitu..elakkan faktor-faktor yang menyebabkan penyakit,barulah ubat yang digunakan akan berkesan..

tiba-tiba,rasa rindu menerjah..rindu insan yang satu ini,ayahku yang tercinta..insan dari golongan yang berpenyakit yang sentiasa melanggar pantang larang doktor,tapi tak pernah lupa ambil ubat pada waktu yang ditetapkan..macam mana nak berkesan,ayah..semoga sentiasa di bawah rahmatNya dan panjang umur..ameen..

berbalik kepada ubat..sengaja aku letakkan contoh di atas..ada kaitannya dengan PALESTIN..
ya,kita membantu,membantu dari segi bantuan kewangan,ubat-ubatan,doa,boikot barangan..tapi, aku terfikir..kenapa kita tidak remove the causes first,kemudian baru bagi 'drugs'..barulah 'drugs' yang digunakan berkesan..dan bukankan mencegah lebih baik dari mengubati?selagi tindakan kejam zionis tidak dihalang,selagi itulah bantuan makanan dan ubat-ubatan yang kita berikan seakan-akan tak berkesan kan..

tapi siapa kita??siapa kita nak menghentikan segala kekejaman itu..kita bukan pemimpin yang punya kuasa veto untuk menjatuhkan hukuman ke atas israel..bersatulah umat islam..bersatu sampai kesatuan itu mampu menghentikan peredaran darah israel...bersatu sampai menggigil seluruh tulang-temulang dan urat saraf mereka..sebagai seorang doktor,aku mahukan ubat yang aku bagi kepada pesakit aku, berkesan~~


ISRAEL..
kau punya mata tapi buta..
kau punya telinga tapi tuli..
kau punya hati tapi tak merasa..
kau punya akal tapi tak berfikir..



ah,terlupa pula..
"dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu(Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka..."(Al-Baqarah:120)

p/s : israel ni bagaikan seorang doktor yang bagi ATROPINE kepada lelaki tua..bak kata Dr.Mounir,sepatutnya doktor ni kena tembak di hadapan orang ramai..

Wednesday, January 7, 2009

KERANAMU DONAT~~


last touch up..yummy~~



i've been waitin for 28 days to post this..
sibuk sangat..kebetulan hari ni cuti..

mengimbas memori aidiladha sebulan yang lalu..
kami satu rumah telah melaksanakan MISI MEMBUAT DONAT dengan jayanya..
hehe..

selalunya kalau buat donat untuk makan2 dengan ahli bait,setengah kilo tepung pon dah cukup..itu pun berlebih n cramp tangan uli tepung..tapi kali ni kami kena buat untuk 300 biji..erk~~which means we need 7kg's of flour..boleh tercabut tangan ni..

seperti yang dirancang,kami tidur awal malam tu..seawal 8-9 malam..kunci jam pukul 12 malam sebab donat ni kena hantar kat dewan DPMZ pukul 8-9..tepat 12 malam..maka terjagalah kami bertiga memulakan misi penting ni..3 lagi masih tidur kepenatan sebab siang tadi mereka pon banyak urusan..

12 am : kami bertiga dok menguli tepung sebanyak 7 kg..penat lorr~~1st time uli 1kg terus,bukan main berat lagi tepung ni..uli2 sampai sebati..lepas uli,ada seorang insan tidur balik,tapi tukar shift dengan seseorang yang baru bangun..masih lagi bertiga..
2.30 am : start buat bulat2 kecil so bolehlah budjet saiz setiap donat sama sebelum buat bentuk donat..
4.30 am : 2 lagi tenaga kerja bertambah..so,kami berlima teruskan misi..2 orang menggoreng, 2 orang buat donat,seorang lagi sediakn coklat..then,berhenti sekejap untuk solat subuh jemaah..
5.30-9 am: inilah waktu yang paling kritikal..ada banyak bahagian yang perlu dilakukan..
1)buat donat yang memang tak sudah2 dari tadi..banyak nih..
2)menggoreng donat..
3)perantara antara donat yang belum digoreng dengan orang dapur..
4)menyediakan coklat..
5)celup donat yang dah siap dalam coklat..
6)taburkan kacang..
7)tabur manik warna-warni..
8)potong benang(kami masukkan donat yang dah besalut coklat satu-satu dalam
plastik kecik,then ikat..ni semua sebab taknak donat tu comot..)
9)masukkan donat dalam palstik..
10)ikat..

bayangkanlah kami ber6 kena buat 10 kerja pada waktu yang sama..masing-masing asyik bertukar port..kejap kat dapur,kat depan,kat coklat,kat plastik..memang kepenatan..kerja bak office hour..non-stop from 12 till 9..tapi,keranamu donat..hehe..
pukul 9 tepat kerja kami siap sepenuhnya..alhamdulillah~~donat lebih 300 n sempat dibawa ke dewan sebelum majlis bermula..tahniah untuk semua yang memberi komitmen..siap jugak donat kita~~




7kg tepung yang dah siap diuli~~





cute kan incik2 donat ni..



seorang insan yang mencuri tulang~~mengggunakan lihaf n bantal besarku..


p/s : alf syukran kepada ahli baitku(piah,aizah,husna n hana) n liyana..lepas ni balik Malaysia boleh kita bukak bakery eh..hehe..

if....it doesn't matter.......

if..
it doesn't important, it doesn't matter...

if..
i can do it myself, it doesn't matter..

if..
it is mine,it doesn't matter..

if..
i know.......,it doesn't matter..

if..
i have my own.....,it doesn't matter..

if..
there's no.....,it doesn't matter..
it doesn't matter,it doesn't matter.....

p/s: do u think that i'm fooling around???hu~~~

Sunday, January 4, 2009

..RINDU SEMALAM..

salam..

sambil-sambil menghitung hari untuk imtihan yang bakal tiba, tiba-tiba teringatkan insan-insan comel di malaysia sana..rindunya..tambah-tambah lagi waktu call insan-insan comel tu,soalan cepu emas ini tak pernah lekang dari bibir mereka "induk,induk bila nak balik lagi??".."bulan 7 ni induk balikla,raya nanti induk mesti ada kat sana.."inilah jawapan yang selalu aku bagi.."ala,lambatnya lagi.."..
sedih,terharu..tak sangka rindu jugak mereka pada makcik yang garang ni..hee..walaupun aku 'adik' tapi denagn kehadiran mereka yang seramai 15 orang itu,buat aku rasa macam aku ada ramai adik..rasa macam anak pun ye..yelah,anak kakak aku,anak aku jugak..kan??hehe..
dulu pernah sekali dok bersembang-sembang dengan 2 orang dari mereka ni, aku dok interview cita-cita diorang bila dah besar nanti..sorang nama ABU HANIFAH(adik),darjah2..sorang lagi SADDAM HUSSEIN(ateh),darjah 3..
dua-dua jawab,"nak masuk sekolah induk(SMKA PEDAS)..pastu nak belajar rajin-rajin macam induk, nak jadi doktor.."..aku cakap,"xpe je kalau nak jadi doktor macam induk,tapi x kisahlah kalau dapat masuk PEDAS ke tak,banyak lagi sekolah yang bagus..yang si SADDAM HUSSEIN ni jawab balik.."taknak..nanti tak dapat pergi Mesir macam induk..nanti,siang-siang ateh kat hospital,malam-malam,ateh nak bagi ceramah"..huhu..bagusnya kecik-kecik dah ada matlamat..erm..terasa macam aku pulak idola diorang..

bila teringatkan anak-anak buah aku ni,aku teringat kanak-kanak yang sebaya mereka di sana..
apalah nasib mereka..
rinduku pada insan-insan di Malaysia,mereka berlebih lagi merindui insan yang sudah tak bernyawa,yang mati di deppan mata..



Ya Allah,tabahkan mereka..


..PALESTIN..


tidur tak lena..
makan tak sempurna..
tangisan x reda..
senyuman entah ke mana..

hidup di bawah hujanan peluru..
mengagahkan tangan membaling batu..
berkaki ayam mencari ayah ibu..
sendiri tak tahu arah dituju..




barangkali kalau ditanya apakah cita-cita mereka,pasti mereka punya cita-cita sendiri..doktor barangkali,atau jurutera,angkasawan mungkin..tapi mungkinkah tercapai andainya hidup mereka kini diibaratkan 'telur di hujung tanduk'..?
barangkali jawapan yang akan diberikan.."saya mahu memastikan hak kami dikembalikan..saya akan pastikan zionis tersungkur hina.."..
sayang,tu pun cita-cita kami juga..berjuanglah..moga Allah melindungi kalian..
Ya Allah selamatkan kiblat pertama kami!!



'surat cinta' anak-anak YAHUDI LAKNATULLAH untuk PALESTIN..