Pages

Sunday, March 29, 2009

TUGASAN MEREKA~~




uish..telitinya...






munge2~~




TARA..NILAH HASIL KERJA MEREKA..








ni pulak,khas untuk ahli bait tercinta...



::..PIAH..::
::..HANA..::
::..HUDA..::
::..AIZAH..::
::..HUSNA..::


sayang korang!!!








p/s : untuk sebarang tempahan sila hubungi mana2 ahli bait syifa' ye..tee~~juz kidding..

Friday, March 27, 2009

PROTAZ..



aku masih ingat minggu thaqafah zagzig 2008(tahun lepas)..biasalah tu annual festival of zagzig kan..so,memang setiap tahun akan ada..salah satu slot yang honestly aku cakap,first time aku dengar perkataan ni,blur jugak..



PROTAZ..apa tu?


mula2 aku dengar perkataan ni,satu-satunya perkara yang terlintas di fikiran aku adalah..profesional+ustz=protaz,atau dengan lebih tepat lagi,waktu tu aku faham yang protaz ni maksudnya bila ;


golongan2 profesional perempuan(eg:doktor) KAWEN dengan ustaz


ataupun


profesional lelaki KAWEN dengan ustazah..


wakaka..hangat tak..


yelah,mana taknya,secara umumnya kita tahu yang pelajar2 di bumi Anbia' ni terbahagi kepada dua kan,pelajar Azhar dan pelajar Perubatan,so,aku fikir,pemahaman aku tu menepati maksud PROTAZ..


ceteknya ilmu....(kawen je dia fikir..)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kebetulan slot ini diadakan dalam bentuk talkshow..jadi memang bertuahla sapa yang kena tanya by encik moderator..tapi,mujur sekali bukan aku yang ditanya malam tu apa maksud PROTAZ..silap2 kalau aku jawab apa yang terlintas di fikiran aku malam tu,mesti gempak satu dewan salam tu..buat malu orang Zagzig..silap2 jadi sejarah di kalangan pelajar2 Malaysia di Mesir ni..kan??


akhirnya aku tahu juga maksud PROTAZ tu..lebih kurang beginilah maksudnya ye tak?(maaflah kalau silap..tolong betulkan ye)..


PROTAZ,maksudnya bilamana golongan2 profesional(eg:doktor,engineer n etc)yang mula2 dah menceburi bidang masing2,menceburi pulak bidang agama..(dakwah la nih)..2 in 1 la ..mungkin jadi ustz ke,ustazah ke,pendakwah ke..


UZPRO??ni bila golongan ustz@ustzah menceburi pulak bidang agama..ni nampak cam agak susah sikit kan..sebabnya dari orang yang belajar bidang agama,bagi aku kalau nak menceburi bidang profesional ni,kena ulang balik pembelajaran dari awal kan..tapi tak mustahil..kan?




jadi berbahagialah golongan2 yang profesional ni kerana anda,kita semua, mampu untuk menjadi pendakwah..tak jadi PROTAZ pon takpe..kalau sayang dengan profession anda,doktor,tak payah sampai tukar ke PROTAZ atau jadi ustz@ustazah,still boleh berdakwah sambil bekerja kan..bonus buat kita..


dan macam yang selalu diulang2 dalam usrah ke,ceramah ke.. sampai dah hafal dah ayat ni.."doktor ni untung,mad'3u datang sendiri kat kita,tak payah susah2 nak cari..maksudnya patient kita la..



so,nasihat buat sahabat2 di luar sana,persiapkanlah diri kita untuk menghadapi mad'3u kita khasnya di Malaysia..lengkapkan diri anda dengan segala bentuk persiapan..kutip segala permata di Bumi Anbia' ni..pastikan kita jadi doktor muslim@muslimah yang mampu menjadi cotoh dan membimbing ummah..



ala kulli hal,slam mujahadah buat semua...semoga kita sentiasa di bawah rahmat Allah..


p/s : kalau xnak berubah bidang,ikut jelah pemahaman aku awal2 tu..cukup

package..membentuk generasi cemerlang..teeee~

Sunday, March 22, 2009

RINDU BONDA~




tiba2 nak post gambar ni..
rindu mak~~~

Thursday, March 12, 2009

SEPULUH DUA SETENGAH..







"ya am,bikam da?"..
pantas tangan saya menunjukkan penyapu berwarna ungu itu..warnanya menarik perhatian saya ketika saya hendak menyeberang jalan menuju ke Mustasyfa Taysir..bukan senang nak jumpa penyapu warna kesukaan saya ini..

ammu itu bingkas bangun dari tempat duduknya.."sepulo dua setengah"..lancar mulutnya membalas pertanyaan saya..

"aik,ammu ni pandai cakap melayu.."..saya mengalihkan pandangan kepada teman di sebelah,Husna..kami tersenyum..

"eh,murahlah tu",kata Husna.."10 L.E dpat dua setengah penyapu",sambungnya lagi..

erk,baru saya perasan dengan kata-kata itu..sepuluh dua setengah..takkan bayar 10 L.E dapat dua setengah penyapu!

untuk mendapatkan kepastian lagi,saya bertanya lagi.."bikam da,ya am?"..

jawapannya masih sama.."sepulo dua setengah"..

lama juga di situ kerana walaupun saya telah menggunakan bahasa arab fushah n ammiyah, pakcik ini masih berkeras mahu menjawab dalam bahasa melayu,dan saya sendiri tidak memahaminya..

aduh!!ini memang dah macam ayam dengan itik ni..akhirnya masalah ini selesai apabila seorang lagi ammu datang..kawannya barangkali..tahulah saya,perkara yang sebenar..

harga penyapu itu DUA BELAS GENIH WA NUS(L.E 12.50)..

SEPULO DUA SETENGAH=10+2.50=12.50


ammu pemilik kedai itu tersengih apabila saya menta3kidkan semula..

"da bi isna asyar wan nus?(12.50)",dia mengannguk..

kan senang kalau dari tadi dia cakap macam tu..bukannya kami tak faham..kata ammu tu,dia ada belajar bahasa melayu dari pelajar2 Malaysia yang tinggal di kawasan sekitar..itupun cukup sekadar belajar nombor..

sah,ammu ni dah salah konsep!pasti insan yang mengajar itu terlupa nak menerangkan nombor belas2..cukup sekadar menerangkan nombor 1-10 dan 10,20,30,40...........mungkin fikirnya,apabila 20+2.50+dua puluh dua setengah..maka 10+2.50=SEPULUH DUA SETENGAH..
12.50 L.E..mahal tu nak dibandingkan dengan di tempat saya..saya tidak jadi membelinya..takpelah tak dapat warna ungu..hijau@pink pon boleh cari kat tempat sya nanti..sesuai dengan tema bilik saya..saya meletakkan semula penyapu itu di tempatnya..maafla ammu..mahal sangat untuk penyapu yang satu ini!kami meneruskan perjalanan ke Mustasyfa Taysir..

sambil berjalan,saya masih tersenyum mengenangkan perkataan SEPULUH DUA SETENGAH ITU..lucu bunyinya kan..
sedang dok menggelakkan ammu itu bersama Husna,tiba-tiba saya terfikir..

"eh,entah-entah macam itulah agaknya apabila orang arab mendengar kami,wafidin, bercakap..silap-silap mereka ketawa berguling-guling dengar susunan ayat kami yang tertungganng-terbalik ni.."..

3 tahun sudah saya di bumi Mesir ini..saya akui diri saya sendiri masih lemah dalam penguasaan Bahasa Arab..lemah Fushah kerana,di sini bahasa perantaranya bukan arab Fushah..hilang sudah Fushah yang sya belajar dahulu kerana tidak dipraktikkan melainkan ketika Arabic n Religious class kami yang itupun diadakan sekali seminggu..lemah Ammiyah kerana kuliah kami pelajar2 perubatan Malaysia, is fully in English..kalau ammiyah setakat nak beli barang,nak tawar-menawar ni,memang kami power..huhu..


terasa rugi dan sia-sia 3 tahun saya di sini..pejam celik-pejam celik masih berbaki 3tahun untuk saya mendalami bahasa Arab..bukan sahaja bahasa,malah ilmu di Ardul kinanah ini juga..tersentuh dengan kata-kata seorang penceramah baru-baru ini.."buat apa nak berbangga kta pandai cakap bahasa 'omputeh' sedangkan sudah terang lagi nyata Bahasa Arab itu bahasa paling indah..bahasa Al-Quran!"..tiada siapa yang mampu mereka ayat Al-Quran seindah itu! nama kita sendiri berpandukan nama yang dieja dalam bahasa arab,bukan?dahulunya pengetahuan2 dalam bidang perubatan sendiri diciplak dari orang Islam yang setentunya menggunakan bahasa Arab..
tepuk dada,tanya iman~~


masih teringat lagi ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini,kami ditempatkan di Dewan Pelajar2 Malaysia (ARMA) di Kaherah..kami diberitahu cafe di situ dipegang oleh pelajar2 Indonesia..ketika kami mahu menempah makanan..terdengar seorang Ikhwah yang juga nak menempah makanan pada pemilik cafe itu,warga Indonesia..mulanya perbualan mereka dalam Bahasa Melayu Malaysia dan juga Bahasa Melayu Indonesia..adalah juga bunyinya macam ayam dan itik bilamana ada istilah2 yang mereka gunakan,tidak difahami antara satu sama lain..akhirnya,penyelesaiannya,mereka berdua bercakap dalam bahasa Arab..senang!

Tuesday, March 10, 2009

JADILAH ORANG YANG DISENANGI..1..

ketika sedang sibuk mencari resit bayaran yuran pengajian tahun lepas,mata saya tertancap pada satu artikel yang telah lama saya simpan..kalau tak silap saya,saya membawanya bersama-sama ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Ardul Kinanah ini..saya sendiri telah lupa akan kewujudannya di dalam fail kelabu ini..sekadar nak berkongsi..


JADILAH ORANG YANG DISENANGI..

SIAPAKAH ORANG YG DISENANGI..
orang yg diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud kepada yang menjadikan kehidupan,Allah,tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin dan manusia yang sombong diri..

SIAPAKAH YANG TELAH MATI HATINYA..

orang yang diberi petunjuk melaui ayat2 al-Quran,Hadis dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat..

SIAPAKAH ORANG YANG DUNGU(bak kata ustz Husni..orang BOTOL)

orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka allah tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan merasa tenang dengan kemaksiatannya..

SIAPAKAH ORANG YANG KUAT..

orang yang dapat ,menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan..

SIAPAKAH ORANG YANG LEMAH..

orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kenungkaran itu..

SIAPAKAH ORANG YANG BAKHIL..
orang yang berat lidahnya untuk berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w..

TO BE CONTINUED....


p/s :ika,kena kuat!!

Monday, March 9, 2009

WE DID IT..again~~



PURPLE~~



AGAIN~~



gagal menghentam alex~~bezanya, tahun lalu,gagal menghentam cairo..to basketballerz,medal ni nnti sye bgi ye..dun worry~

thniah juga buatFUTSAL..JOHAN kan..bangga ni..hehe..

pelakon2 PENTOMIN..tahniah(100x)..dapat NO. 1..bangga ni terlibat jugak dalam pentomin tu..trun2 stage je junior cakap"k.ika ganas gile..x berperikemanusiaan betul.."..la,kenala macam tu..nama pun 'askar Israel'..puas hati sebab ramai yang nanges mse kite semua berlakon..bukan shaja pengerusi majlis menitiskan air mata,juri pon join sekali!!plajar2 Zagzig yang pnah tengok kami wat latihan pon nanges jugak..inikan pula kami yang berlakon!!!