Pages

Tuesday, April 28, 2009

SYUKUR..






alhamdulillah,seperti tahun-tahun yang sebelumnya,tahun ini sekali lagi aku akan pulang ke tanah air..bukan mahu melarikan diri dari kepanasan perlembahan Nil ini,jauh sekali mahu menlarikan diri dari kehidupan penuh liku ini('poyo' pula..hehe),tapi masih ada insan yang perlu kujengah,masih punya tanggunggjawab nun di benua Asia,dan masih ada hati yang perlu kujaga..


seperti yang dirancang,tarikh 18 julai 2009,kami bergerak pulang..hanya berdua,aku dan aizah..
seperti biasa,mata ini seakan sudah menjadi tabiatnya,asal menaiki kenderaan sahaja pasti ia tertutup dengan cepatnya tanpa dipinta..

sedang enak diulit mimpi,aku terjaga..
aku dapat rasakan muka aku ketika itu kembang,jantung kembang, dan yang pastinya suasana di dalam besi terbang itu cukup bising..kedengaran jerit-pekik setiap penumpang..
panik,kaget..


KAPAL TERBANG NAK TERHEMPAS!!..

dalam keadaan yang panik,aku tak mampu melakukan apa-apa..
tak mampu langsung untuk melihat keadaan aizah di sebelahku..
hanya satu yang terlintas di hati dan fikiran aku ketika itu..
"ya Allah,beruntungnya siapa yang berada di darat(yg x berada dalam kapal terbang ni), diorang masih ada peluang nak bertaubat..aku??kalau aku mati skarang??"
terasa ketika itu penyesalan dan ketakutan yang amat sangat..
demi Allah inilah yang aku fikirkan ketika itu..



katakutan yang teramat sangat itu mengejutkan aku..
kuintai keadaan sekeliling dan meraba-raba tempatku berbaring..
empuk,dan nun jauh dari satu sudut,kedengaran nasyid berkumandang dari laptopku yang memang setia menemani tidur malamku..

"ya Allah,aku bermimpi!!"
aku bingkas bangun..
masih di atas katil..duduk..
juga masih dalam keadaan takut dan terkejut,aku menangis..
menangis dek kerana ketakutan dan masih teringat apa yang aku fikirkan ketitika kapal terbang itu mahu terhempas..
"ya Allah,beruntungnya siapa yang berada di darat(yg x berada dalam kapal terbang ni), diorang masih ada peluang nak bertaubat..aku??kalau aku mati skarang??"


sambil menangis,aku dapat rasakan kelajuan jantungku yang teramat sangat..tachycardia..
kulihat, jam menunjukkan pukul 1.32 pagi..masih punya masa sejam setengah lagi dari masa yang sepatutnya alarmku berbunyi..

dalam kedaan air mata yang terus mengalir itu,aku melafazkan syukur..
syukur kerana aku masih hidup..
bermakna aku masih punya masa untuk bertaubat..
"ya Allah,terima kasih di atas kurniaan nafas ini dan peluang untuk aku bertaubat "

setelah agak reda tangisanku,aku memanjangkan kaki membersihkan diri,bersedia berteleku memohon keampunan dari Sang Pencipta..

"Ya Allah terimalah taubatku,ya Allah..kekalkan rasa ketakutan ini padaku andainya ia mampu mengingatkan aku kepadamu sepanjang masa"..

full stop........








MIMPI ITU..
kata orang,mimpi buruk tak elok diceritakan kepada orang..
tapi,aku mahu semua orang tahu,seandainya kalian berada di tempatku,pasti kalian sendiri akan menangis dan merasai ketakutan itu di segenap ruang inci tubuh kalian,sepertiku..di segenap hepatocytes,lymphocytes,ateries,arterioles,capillaries,venules,veins,mahupun dicelah2 setiap ruang diantara cells dalam badan..andainya ada bacteria sekecil staph mahupun strept dalam badan ini,pasti mereka juga mampu rasakan ketakutan ini..
ketakutan yang aku fikir mampu memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya..


ketahuilah,andai mimpi itu aku boleh forwardkan,pasti akan kuforwardakan kepada kalian..akan kuforwardkan kepada insan2 yang kusayang agar kita sama-sama rasa takutnya mati itu dan menyesali segala perbuatan kita selama ini..


AKAN KUFORWARDKAN andai kumampu..AKAN KUFORWARDKAN..


muhasabahlah diri kita sahabat2..islahlah diri kita andai rasa masih punya kekurangan di mana-mana..tampallah setiap kebocoran yang ada agar tiada kita hilang apa2 untuk dipersembahkan di hadapan Allah kelak..bertaubatlah selagi masih punya masa..mahukah kita bertangguh sampai nasib kita menyamai nasib Firaun??

syukurilah nikmat selaku umat Nabi Muhammad S.A.W..pintu taubat terbuka luas sampai ke hari menghampiri Hari Kiamat..tapi,janghan sampai kita bertangguh memohon keampunan dariNya kerana kita tahu pintu taubat itu terbuka luas..

Izrail tak akan pernah terlambat mahupun tercepat di atas setiap percaturan Sang Pencipta..dan as-saah itu suatu benda yang pasti!!




Saturday, April 25, 2009

ZULAIKHA...YUSUF





sekali lagi pada hari ini namaku menjadi topik bagi ujian syafawi(oral) ku..
lega rasanya syafawi bgi sesi kelas Al-Quran n Bahasa Arab teah selamat dijalankan,dan topik namaku agak memudahkan aku menjawab soalan yang ditujukan..
syukran ya ustaz(Dr.Abdullah-pensyarah di kuliah Azhar Zagazig)

"ismik eh?"
"ismi FARHUDA ZULAIKHA ABD WAHID.."
"ZULAIKHA?"
"anti ta3rifu annil qissoh ZULAIKHA?"sambungnya..

soalan yang mampu buat aku tersenyum untuk menjawab..
"InsyaAllah,syuwaiya(sikit)"..
bercampur sudah fushah dan ammiyah..
tak kira dah,asal aku jawab..
dengan bangga aku start cerita pasal kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha..

"bla...bla..bla..."
sampai satu tahap,bila aku dah pening dengan bahasa fushah n ammiyah aku yang bercampur aduk,aku terus berhenti cerita..
lepas tu ustaz tu kata..."wa ba3da zalik?"..
tanda mahu aku meneruskan cerita..
"musy arif.."jawabku..haha,aku takut makin bnyak aku cakap,makin banyak salah..
"tapi ustaz,saya tau je kisah tu......."nak je aku jerit..
lastly,ustaz tu jugak yang completekan cerita tu..

ada lagi satu soalan dia..
"man hua al-aziz(suami Zulaikha)"..
aku tau dalam bahasa melayu,maksudnya raja,tapi xtau nak jawab dalam bahasa arab..x ingat...
"sultan",jawabku selamba..
tergelak ustaz tu..
pastu dia kata"sultan tu 'FIRAUN' ..al-aziz ni(ape ntah die kate,aku x ingat dah)"..
hehe,maka tamatlah syafawi yang juz nak test kami2 ni boleh cakap arab ke x..

pastu aku teruskan dengan membaca surah Al-Mukminun..alhamdulillah ingatan aku masih kuat,so,xde sangkut..hehe..
then,adala beberapa soalan mengenai ayat2 dalam surah tu..


dulu masa syafawi untuk subjek ANATOMY 1st year,kebetulan prof yang test aku tu namanya PROF.YUSEF..

dan setentunya kisah Yusuf dan Zulaikha menjadi topik perbualan kami..
kebetulan kisah tu memang famous di bumi Zagazig ni..
kalau x silap aku kata Zagazig nilah kisah pertemuan mereka..orang cakaplah..sebab tu orang2 arab kat Zagazig ni 'segak-segak' (bak kata piah)..
alhamdulillah,kurang sket nervous aku masa prof tu dok tanya2 pasal muscles n blood vessels yg berselirat dlam badan ni..

bangga sket neh..hehehe(^-^)..


terima kasih mak ayah,atas pemberian nama itu~~~


Friday, April 24, 2009

BETUL..BETUL..BETUL..







betul..betul..betul..

“Kalau sampai sana nanti, jangan menyibukkan diri dengan soal kahwin,” perlahan pesan mak. Tidak serius, mungkin sekadar menguji.

“Ish mak ni. Takkanlah…,” balas saya penuh yakin. Saya ketika itu berumur 18 tahun cuma, dan mak memandang saya ini tidak lebih daripada seorang budak kecik. Gopoh, immature, nakal.


itu perbualan chaq dengan bondanya..
lain pula kata bondaku..

"sampai sana belajar rajin-rajin,solat awal waktu.."
saya tersenyum,mengiyakan dalam hati..

"kalau dah 'ada', balik Malaysia dulu,bincang.."tambah mak..
cepat saya melatah,"mak ni,mana ada..baru 18..lambat lagi"..
saya yang ketika itu baru mencecah usia 18 tahun,tersenyum..



'GREEN LIGHT'kah itu?
3tahun sudah saya di sini,belum pernah saya membicarakan soal itu lagi..
seandainya 'jalan' itu semudah membuat donat,senanglah saya..



PETANG ITU..


tak kusangka,gurauan bersahajaku petang itu kepada Hana dan Husna,membuka mata kami tentang masa hadapan..


"korang ni asek xde je"

"kite xde uma..korang ade..kite ade uma korang xde"

"sedey tau..baru nak manja2"

sekadar mengusik mereka,tapi akhirnya memikirkan makna tersirat itu,membuatkan saya berfikir kembali..


SEDIA..


pernah beberapa orang sahabat mengusik saya..
"bolehlah Huda,semua dah boleh buat,masak,menjahit,jaga budak,bla..bla..bla.."


pantas saya menjawab..
"kahwin ni bukan sekadar,masak,jahit,kemas rumah,main dengan anak..banyak lagi tanggungjawab menanti.."
sekadar menghentikan usikan mereka..

mempunyai 5 orang kakak yang telah berkeluarga dan masing-masing punya kerjaya,telah cukup membuka mata saya dan membuatkan saya faham apa itu RUMAHTANGGA n KERJAYA..

saya sendiri pernah meletakkan diri saya di tempat mereka,sekadar menghulur tangan menguruskan rumah dan anak-anak mereka..penat,memang penat..


SUPERWOMAN..


i sold myself to medic with no regrets~~

mampukah saya menjadi SuperWoman??
bagaimana dengan status yang sedang dan yang bakal saya pegang?

muslimah..
anak..
isteri..
ibu..
doktor..



KERA DI HUTAN DISUSUKAN,ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN..


pepatah yang kadang-kadang bila saya teringat,saya ketawa kecil..
"ada ke orang nak susukan kera kat hutan?"..huhu..

kami kalangan bakal doktor,rasanya masing masing tak mengambil enteng pepatah ini kan..

tinggalkan insan-insan tersayang di rumah sambil menyelamat


anak kepada seorang ibu..
ibu kepada anak-anak..
suami buat seorang isteri..
ayah kepada insan-insan kerdil..
tok mahupun tokwan kepada cucu-cucu ..



AL-FAHMU..


simpati dengan nasib sendiri..adakah insan yang memahami..
bagaimana nanti seandainya insan yang memahami hilang pertimbangan lantaran caturan hidup yang masih lagi menjadi sirr..

adakah insan yang bersedia untuk tiba-tiba menjadi MR.MAMA?
bukan mahu melepaskan tanggungjawab,tapi inilah jalan yang telah saya pilih dan fikir semasak-masaknya..

MR.MAMA yang sepatutnya lebih disokong dari belakang bukan sekadar menyokong..



pernah saya dengar beberapa kali..title DR. itu menjatuhkan saham kami..

adakah insan yang berupaya memahami bidang kerja ini yang gelarannya sahaja telah cukup membuatkan segolongan insan menarik diri??

"berikan hatimu sepenuhnya kepada Allah..kelak akan dipertemukan dengan pemilik terbaik"




p/s : erti hidup pada memberi..






Thursday, April 16, 2009

LIFE AS A MEDICAL STUDENT..



ni baru buku untuk tahun 3..bnyak kan..meja ni kemas n tersusun masa pergi kuliah je,balik kuliah tunggang-terbalik semula sebab nak kena buka semua buku..berbahagialah buku2ku~~



salam alayk..
terasa macam dah lama x diupdate blog ni..kesian pulak..
ya ampun...

kesibukan melanda diri..3 subjek bagi tahun 3 ini sudah pun habis kami belajar.. tinggal pharma sahaja yang masih berbaki 2 chapters..minta2lah habis dalam minggu depan juga..almaklumlah sekarang ni adalah saat2 pecutan akhir menuju ke imtihan..


mengimbau kembali detik2 selama berada di tahun tiga..memang nak putus nafas!!hehehe... mula2 masa senior kata tahun 3 lah tahun yang paling ditakuti kalau kat egypt ni,pelik juga masa tu..macam blur2 jugak..tapi,bila dah ada kat tempat tu,aku cuma nak cakap,it's undeniable~~ jom kita tengok kenapa..


(3rd year medical student in Zagazig University) ..

kami mula diperkenalkan dengan 4 subjek baru..fuh~~
PHARMACOLOGY,PATHOLOGY,MICROBIOLOGY N PARASITOLOGY..

lain kalau nak dibandingkan dengan 4 subjek yang kami belajar semasa di tahun 1 & 2 ..
ANATOMY,PHYSIOLOGY,BIOCHEMISTRY N HISTOLOGY..

tahun 3 nilah waktu nak aplikasikan n refresh balik apa yang kami belajar semasa 2 tahun pertama tu..sesak nafas??memang sesak..

jom kita tengok pemarkahan bagi setiap subjek..

patho = 300
pharma =300
microb =200 parasit =150
totally,=900
MUMTAZ = 807.5/90



mampu tak kawan2??INSYA ALLAH BI IZNILLAH..

KULIAH??


kuliah yang bermula seawal jam 9 pagi sampai la ke pkul 4 petang,tanpa rehat except untuk solat n kami curik2 masa nak beli makanan..(lapala poghut den ni~~)

kalau subjek yang agak ringan n dapat pulak lecturer yang memang kami 'nanti2kan',dapat la balik awal..
yahoo!!yabedabedOOO~~
dan..jeng.jeng..jeng..kuliah kami bermula hari SABTU sampaila ke hari KHAMIS..dalam seminggu,JUMAAT lah hari yang paling dinanti-nanti...cuti!!
itupun masih ada dua SMART CIRCLE yang perlu kami hadiri buat pengisian rohani JUMAAT itu..

nak katanya,kami 38 orang yang x pernah2 belajar 6 hari seminggu,pakat2 buat surat nak minta supaya diberi cuti sama ada pada hari khamis ataupun sabtu..punyalah rancang punya rancang,siap dah 'arrange'kan jadual waktu n semuanya dah tandatangan kat surat tu,permintaan kami ditolak..huhuhu..xtau nak ketawa ke sedih..lalalala~~

masalah utama..as usual, DEPARTMENT OF PATHOLOGY..kata DR.AMAL yang x pernah lupa kepada 'MY DEAR ELEVEN'nya "i know u want the holiday to play"..

tidak dr amal!!tidak..fahamilah kami yang merantau di bumi asing ini..

x punya insan yang bila kami pulang ke rumah,makanan bonda dah hidangkan..

x punya mesin basuh nak basuhkan baju (haha,mesin basuh rumahku rosak~~)..

pulang ke rumah,nun selonggok kerja menanti..
masak,basuh baju,ke pasar,x kira lagi kalau duty buang sampah n cuci toilet..

xnak pegi kuliah!!!

tapi,ilmu mesti dicari,tanggungjawab kami ke kuliah..dahlah wajib..

kami gagahkan jua kaki ke kuliah 6 hari seminggu..mujur bukan 24/7..hehehe.. alah bisa tegal biasa.. kami dah mula adapt dengan hari yang sibuk ni..
tapi,secara jujurnya,penat..sangat penat..



ASSIGNMENT n EXAM..


kalau sebelum ini semasa di tahun 1 dan 2,assignment n kuiz boleh dikira dengan jari..
tapi kini,boleh dikatakan setiap hari kami ade exam kecil memberi carry mark untuk final nanti.. assignment juga bertambah..


JARS n SLIDE..

there are hundred of jars in patho..

hundred of slides for patho n parasite..microb juga..
kadang2 rasa nak je ponteng.... penat yang teramat.. hehe.. hurm...



mau bersiap ke Mansurah.. to be continued with PECUTAN AKHIR NAK IMTIHAN~~


Friday, April 10, 2009

sedey~~




hurm..

hari ni aku rasa sedih sangat..sedih dengan berita yang hari ni adalah usrah terakhir sebelum ditawakufkan sempena imtihan yang bakal tiba..
sedih meninggalkan adik2 tu..hurm..kenapa ye?


nak cakap panjang,dalam kepala ni aku masih dok pening2 nak baca buku..imtihan x sampai sebulan lagi..

ala kulli hal,terima kasih kepada semua yg beri komitmen..hhu..

tadi sebelum berpisah,sempat aku edarkan kertas untuk muhasabah..macam2 yang mereka tulis..hurm...tapi ni pic yang aku ragu2 ni..




kenapa muka k.ika lgi besar dari k.husna??gemukkah??gigi??gigi besi ke?..
NISA'..explain~~



p/s: jangan nakal2 eh pasni adik2 ku..bittaufik wan najah fi imtihan..


Wednesday, April 1, 2009

MANA PASANGANKU??



"dan hendaklah segolongan kamu,orang2 yang menyeru kebaikan,menyuruh yg ma'ruf dan mencegah yang mungkar.Dan mereka itulah orang2 yang beruntung"..
[Ali-Imran:104]


"kita mestilah,Amar ma'ruf ,nahi mungkar..saling ingat-mengingati..bla..bla..bla.."..berbuih sudah mulut2 naqibah ulang2 ayat ni.. seringkali juga diulang-ulang dalam ceramah dan madrasah..dan pastinya amar ma'ruf dan nahi mungkarlah pasangannya..tiada lain,tiada dua,tiada tiga..dalam al-Quran sendiri,ayat2 ini berulang-ulang..


tapi kita,

1) lebihnya amar ma'ruf dari nahi mungkar..kan??

alasannya..
senang nak cakap,JOM..
jom pergi kuliah..
jom solat jemaah..
jom pergi madrasah..

nak cakap JANGAN,panjang...
bunyi macam kasar je..
nampak 'poyo' pula nanti..

kesimpulan : [amar ma'ruf > nahi mungkar]..bagus ni,tapi need to improve sebab tak cukup syarat..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

2)ataupun x pernah langsung nahi mungkarnya..


alasannya..
ada hati yang perlu dijaga..
takut sahabat terasa..
takut putus sahabat..
seganlah nak tegur orang,saya ni pun bukan baik sangat..

kesimpulan : [amar ma'ruf - nahi mungkar]

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

3)atau yang lebih teruk..tak buat apa2..

alasannya..
seganlah nak tegur orang,saya ni pun bukan baik sangat..
kubur lain-lain..biarlah dia dengan cara dia,saya dengan cara saya..
cukup saya jaga diri saya,nanti dia,pandai-pandailah jawab di akhirat..
saya tiada ilmu nak disampaikan..

kesimpulan : [amar ma'ruf=0, nahi mungkar=0] ni contoh orang yang pentingkan diri sendiri..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
kadang2 kita lupa,dalam kita mengejar kebaikan untuk untuk diri kita,kita lupakan insan2 di sekeliling kita..kita buat2 tak nampak suasana di sekeliling kita...jika kemungkaran di sebelah kanan,kita tutup mata kanan,dan teruskan perjalanan dengan menggunakan mata kiri..kalau kemungkaran di sebelah kiri,kita tutup mata kiri dan gunakan mata kanan sahaja untuk ke hadapan..bukankah itu pentingkan diri sendiri??

"saya ni pun bukan baik sangat nak laksanakan dakwah kat orang ni.."
makanya,kalau kita segan nak melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar ni sebab kita sendiri ada kekurangan,tampunglah kekurangan itu sahabat2..tampallah kebocoran itu sedikit demi sedikit agar kelak kebocoran pada orang lain pula kita tampalkan..


"segan nak tegur..ilmu dia lagi tinggi dari saya.."
kalau ilmu insan itu lagi tinggi dari kita,mengapa dia masih melakukan kejahilan??
ya,benar ilmu dia lagi tinggi,tapi mungkin ada kekurangan yang kita nampak pada dia ,dan dia tak menyedarinya..atau dia pandai dari segi lain,tapi yang satu itu,kita lebih arif dari dia..maka peringatkanlah dia..


"Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin.."
[Az-Zariyat : 55]


"saya takde ape2 nak disampaikan"
come onlah sahabat2..2 dekad sudah kita hidup..tak akan tiada setitik ilmu pun di hati kita..kita tak akan rasa nak buat baik atau nak tegur orang kalau kita TIDAK TAHU dan TIADA APA-APA!betul tak?

tegarkah kita menyaksikan insan2 tersayang hanyut?kata sayang,tapi kalau kita biarkan insan tersayang dalam kejahilan, SAYANGKAH ITU?sanggupkah andai di akhirat kelak dia menuntut haknya dengan memberi jawapan dihadapan Allah,"kawan aku yang tahu,tak pernah beritahu aku Ya Allah...."


"ada hati yang perlu dijaga"..
kita sayang kawan kita sampai kita takut andainya kata2 kita kelak akan mengguris hatinya..kita menjaga hak dia sebagai seorang manusia yang ingin hidup denagn cara sendiri..tapi kita lupa pada hak yang lebih hakiki..kita lupa pada hak Allah yang telah kita abaikan semata-untuk menjaga hak manusia!!

"agama itu nasihat"..tapi kenalah ingat,biarlah dengan cara yang berhemah..
rambut sama hitam,hati lain-lain2...


nah bila lagi mahu mulakan?