Pages

Monday, March 29, 2010

sape nak MOIST chocolate cake??





kepada penduduk Zagazig sekalian..sesape yang rasa teringin or mengidam moist chocolate cake,sila rajinkan diri anda untuk call k.ieka ( 0115226482 )


harga sebiji cupcake sama macam masa festival..rasa pun sama seperti di festival zagzig..
decoration bleh request..nak letak nama ke, bunga ke,kumbang ke...
topping pun boleh pilih antara dua either chocolate atau krim putih /warna-warni pelangi..


sebiji cupcake = LE3.50
sekotak (10 cupcake )= LE35.00
* tiada penjualan sebiji cupcake,hanya sekotak atau berkotak-kotak sahaja..(jenuh pulak nak buat sebijik je)

macam mana nak ambik??
* self-pick
* delivery (kalau saya ada masa free sahaja)


kalau sebijik kek besar (takla berapa besar ) pulak..
harga LE 18..siap dengan topping sekali..pilihan topping n decoration pun sama macam untuk cupcake kat atas..




sirru ala barakatillah~

FAQs





saat2 genting begini,pelbagai ujian datang..
saat2 laptop sangat diperlukan, masa ni jugaklah virus berkembangbiak..hiduplah dengan aman..
wayar laptop jugak putus..nak kata digigit tikus,mustahil..rumah ini bebas tikus! orang gigit,jauh sekali..tika ini sedang menunggu wayar baru yang dipos jauh dari Malaysia..

sirru ala barakatillah...

FAQs ..
apa kaitannya..

semalam, seorang sahabat bertanya..
"ka,kalau aku cakap ni ko jangan sedih tau.."
"hurm,ape dia?" aku mengangguk sambil cuba menduga soalan yang bakal kelar dari bibirnya..
"sejak ayah kau pergi, kenapa ye kau tak nampak sedih?tak nampak pun kau fikirkan dia .."
ramai juga yang pernah bertanya soalan yang sama..

"ha?...." aku cuba menyusun kata-kata sambil menahan sebak di dada..
what kind of question is this?
cubalah olah sikit ayat tu,takdelah aku rasa sebak..cet..manusia...

"kakak aku yang dah berkeluarga pun menangis setiap hari" ringkas jawapanku..
mengharapkan kefahaman darinya..
"kalau aku fikir je,kerja mesti tak jalan..study entah ke mana,fikiran entah ke mana, komitmen entah ke mana.."

mesti dia tak baca apa yang aku post sebelum ni..poor her..

a big QUote " MENCARI KEKUATAN DALAM KESIBUKAN"..


Ya Allah, moga aku diberikan ketabahan menempuhi hari mendatang..
Ameen ya Rabb..

Monday, March 22, 2010

ciuman terakhir buat ayah..

a last kiss,a last hug for you.....
10th oct 2009




esok,maka genaplah sebulan ayah pergi..tapi baru hari ini adik berkesempatan mencoret sesuatu buat ayah..

bukan lupa..tak,adik tak pernah lupakan ayah..tapi,terlalu banyak urusan yang menarik-narik kain adik,meminta agar diselesaikan dengan segera..maaf yah..

usai peperiksaan commed tadi, hati dan fikiran adik memang dah ada pada laptop..ingin segera pulang agar boleh mencoretkan sesuatu buat ayah sebelum urusan lain bertandang..


**********************************************

adik masih ingat, malam 23 februari 2010..pukul 11.56 pm
adik tengah baca buku masa tu sambil melawan rasa demam dan batuk yang dah berlarutan semenjak 2-3 hari sebelumnya..
tiba-tiba ada bunyi mesej masuk..tergerak dihati adik "mesti orang Malaysia yang msg ni.."

"salam. adik,ayah dah xda.."
ringkas..tapi adik kira itulah mesej yang paling pedih untuk adik terima..gugur air mata adik saat itu yah..

ayah tau, pada hari yang sama,adik tak pergi kuliah pun sebab demam dan batuk yang sangat annoying..dan lima jam sebelum adik dapat mesej ni dari akak,adik baru je balik dari hospital..

lepas baca mesej tu,adik istighfar banyak-banyak yah..adik harap tu cuma mimpi..tapi bukan yah..tu bukan mimpi..
adik gagahkan diri pergi bilik sebelah,bilik Husna..tapi dia tengah tidur..adik kejut dia yah dengan air mata yang adik kira dah membasahkan satu muka adik..

Ya Allah,kuatkan aku...

masa Husna tengah tenangkan adik, acik call adik direct dari Malaysia..terdengar sendu acik yah..adik pun tak dapat tahan airmata adik masa tu..hanya sendu kami je yang memecahkan suasana dalam telefon tu yah..

acik kata adik tak payahlah balik...i'Allah segala urusan mereka selesaikan..acik kata nanti acik call balik..

berita kehilangan ayah tersebar yah, semua ucap takziah kat adik..adik cuba kuat yah,setitik pun airmata adik tak jatuh depan kawan2 adik melainkan kawan2 serumah adik..
adik pastikan ia tak gugur di depan orang..



yah..
ayah tau?..
to be strong is hard yah, but pretend to be strong is so much harder............


ayah tau bila adik menangis sepuasnya?
ya,di atas sejadah cintaNya yah..itulah waktu terbaik untuk adik mengenang ayah..
doa adik sentiasa mengiringi ayah...

usai solat jenazah di rumah, adik kuatkan semangat ke kuliah yah..yelah,semalam dahlah tak datang sebab demam..
ayah tau, waktu kelas practical,adik memilih untuk duduk di kerusi yang paling hujung..tempat duduk adik yang betul-betul depan pensyarah tu adik biarkan kosong..ya, i need a space to be alone..
hari itu, seorang pesakit lelaki dibawa masuk ke kelas kami..entah kenapa laju air mata ni jatuh..mujur tak dikesan orang..ayah,pakcik tua tu takde sikit pun rupa ayah..dia kurus,tinggi..tapi yang buat adik sedih tu adalah bila pensyarah adik tanya berapa umur dia..
70an umur dia yah..ye sebaya ayah..ayah pergi dalam usia 70..pergi setelah 47 tahun bersama mak,pergi setelah 22 tahun adik pinjam ayah dari DIA..


Allah bagi pinjam adik seorang ayah,seorang ibu, 2 abang dan 6 kakak..15 orang anak buah pun Allah bagi pinjam..tapi Allah dah ambik satu..DIA dah ambik ayah..
takpelah adik masih punya yang lain..lagipun kan memang Allah dah bagitahu semua orang seiap pinjaman yang DIA bagi ni,dia akan ambik satu hari nanti..bezanya adik dengan orang lain,DIA ambik ayah sekarang..yang lain tak tahu bila,tapi yang pasti, saat tu akan tiba..kan yah?


dari awal dapat berita tu, semua orang adik dah call,kecuali mak..
di hadapan anak2 ayah yang lain seramai 8 orang tu,setitik pun airmata adik tak jatuh yah,melainkan waktu pertama kali acik call tu..adik cakap kat diri adik, adik mesti kuat..

adik mesti kuat depan adik-beradik yang lain..adik mesti kuat depan mak..bagi kata-kata semangat kat mak,walaupun hati adik sendiri tak kuat..

tapi yah..malam selepas ayah disemadikan,adik call mak..adik ingat adik dah cukup kuat nak call mak masa tu..adik buang rasa sedih adik jauh-jauh..
tapi yah,adik kalah..kalah bila terdengar sendu mak di hujung talian..lama adik terdiam..menahan titis-titis airmata jatuh..kalau boleh,adik taknak mak tau adik menangis..tapi sendu mak cukup membuatkan adik tak tahan..

maaf yah,bukan adik tak cuba kuat depan mak..adik dah cuba...


**************************************************


mak kata, urusan ayah sangat mudah..
dari hembus nafas terakhir,sehinggalah dikebumikan..
semua urusan dipermudahkan..
ramai yang datang dari awal sampailah ke majlis tahlil yang mak buat kat rumah..
penuh rumah kita yang cukup besar tu..

mak kata, muka ayah putih bersih..tak gelap dan sembab macam muka ayah yang biasa..yelah,muka ayah kan nampak sembab selama ni,sejak buat hemodialisis tu..
alhamdulillah yah,itu bahagian ayah..


malam lepas ayah disemadikan juga, Firdaus,cucu ayah yang paling kecik tu,duduk kat tangga hujung katil ayah..masa tu acik lalu..dia tanya acik.."cikla, tuk ne?" (cikla,atuk mana?)..

sekarang,mesti katil tu dah kosong..entah-entah, mak dah simpan katil tu..


***************************************************

semenjak ayah pergi,akak selalu mesej adik..kadang-kadang pendek je mesej dia.."adik,kite rindu ayah.."..setiap kali mesej ni masuk,mesti adik nangis yah..

satu hari,lepas akak bagi mesej yang sama, adik balas macamni.."kak,rindu ko kat ayah,kita lagi rindu kak.."..lepas tu akak dah jarang bagi mesej yang sama,mungkin tersenth dengan kata-kata adik tu..

yelah, sepanjang 4 tahun adik kat sini, berapa kali je adik boleh balik jumpa ayah..akak,tiap-tiap minggu boleh jenguk ayah..mandikan ayah pun dia selalu..apatah lagi suapkan makan..

*************************************************

ayah,dalam hanset ni,ade satu je video ayah..satu-satunya video yang adik ambik masa kami mandikan ayah waktu adik balik M'sia hari tu..itulah kali terakhir adik mandikan ayah...

ayah,adik rindu.........

ayah manja..
semenjak ayah sakit,kejap2 ayah panggil..
"adik,tolong picit kaki ayah.."
"adik,tolong picit tangan ayah.."
"adik tolong sapu minyak kat kepala ayah"
"adik,ayah nak makan tu..ayah nak makan ni..."

kadang-kadang, baru je seminit adik bangun dari tempat ayah..ingatkan ayah dah tidur..tapi tak lama lepas tu, mesti ayah panggil balik..
"adik, mehla sini..duduk dekat ayah.."

mak kata, ayah nak bermanja..

potongkan kuku,suapkan makan,tukarkan baju,cucukkan insulin,mandikan,angkat ayah..
semua adik dah pernah buat..
tapi adik tak puas yah..adik tak puas lagi........


***************************************************

alah ayah memang suka bermanja..
dari dulu lagi..

adik ingat lagi..dulu setiap kali sebelum sembahyang jumaat,mesti ayah panggil adik..mintak tolong cabutkan uban..masa tu rambut ayah tak banyak uban lagi..adalah sikit-sikit..kalau adik berhenti cabut,nanti ayah bersuara "adik.."..kadang-kadang dengan rambut-rambut hitam sekali adik cabut..bukan setakat yang putih je..hehe..maaf yah..

kadang-kadang, ayah tengah tengok tv pun ayah panggil minta tolong urutkan badan..adik siap pijak belakang lagi..tapi ayah pesan,jangan lompat..

ayah garang,tapi seingat adik, ayah tak pernah garang dengan adik..mungkin sebab anak bongsu kot..
tapi, betul...seumur hidup adik sekali pun adik tak pernah kena rotan..cubit jauh sekali..manja ke?ke anak ayah ni yang baik??

dulu kecik2,kalau ayah mandi tengahari, mesti ayah panggil adik sekali mandi..lpeas tu ayah berus kaki adik dengan berus sabut..ayah cakap kaki adik berdaki..tapi kan yah,itu bukan dakilah..anak ayah ni memang gelap..ikut gene ayah jugak..kalau ikut gene mak,mesti adik cerah..

tapi adik tak kisah pun,ayah, ayah adik jugak..
kalau pergi mana-mana sampai sekarang, mesti orang akan tanya adik.."anak cikgu Dol ke?".. ni mesti sebab adik betul2 resemble muka ayah..kan..kan...

ayah..adik rindu.......

yah,dulu masa sekolah rendah,adik selalu main petang-petang..mak suruh balik pukul 6 petang,tapi kadang-kadang pukul 6.15 atau 6.30 baru adik terkedek-kedek kayuh basikal balik rumah..dari jauh dah nampak ayah tengah siram pokok bunga sambil bercekak pinggang..tak tahulah ayah cekak pinggang sebab adik balik lambat ke,sebab ayah geram..yelah siram bunga tu kerja adik,tapi ayah yang kena buat sebab adik balik lambat..hehe

************************************************

yah,kalau nak cerita panjang..
adik cerita sikit-sikit je dulu..


adik ingat lagi,10.10.2009..

hari terakhir adik peluk cium ayah sebelum adik balik egypt 14.10 tu..
hari tu, adik minta maaf banyak-banayk kat ayah..adik mintak ayah doakan adik sekali..
masa tu,ayah pun mintak maaf..adik ingat lagi kata-kata ayah..
ayah pun sama " ayah minta maaf..0-0 ye dik.." bergenang air mata adik masa tu..ayah sambung lagi " belajar rajin-rajin ye dik..bawak balik ijazah..ayah tak lama dah ni.."

yah,adik tau yah..adik tau ini hari terakhir adik berpeluang jumpa ayah sebab ayah tak pernah cakap macam tu..kata-kata yang ayah tak lama lagi dah...adik tahan air mata adik waktu tu yah..adik taknak ayah nampak..adik taknak mak ke,along ke atau sapa-sapa nampak..masa dalam kereta,adik kesat airmata adik dengan lengan baju yah..


ayah,gambar kat atas tulah gambar terakhir peluk cium untuk ayah..


**********************************************

yah,tadi adik exam..tapi semenjak 2 hari lepas adik asyik teringat kat ayah je..
2 hari lepas,masa adik tengah duduk-duduk dalam bilik kawan serumah adik,si safiyyah,adik terlepas panggil dia "YAH.."..selalunya adik panggil dia piah..masa tu adik tengah fikir pasal ayah..tapi,mesti dia tak perasan kan,adik panggil dia "yah"..

yah,adik rindu............

moga tenang di sana yah...Al-Fatihah...


kat tangga tulah Firdaus duduk sambil tanya "tuk ne?"
katil yang dah kosong~