Pages

Labels

Tuesday, August 10, 2010

Warkah buat junior..


siapa mahu mumtaz?jom join k.Husna



berakhir sudah debaran junior2 yg menanti keputusan imtihan..hampir sebulan juga ya rasanya..kini tiba giliran kami, sang super senior pula merasakan debaran itu..


cemburu melihat junior2 yang sudah habis berjuang ketika kami masih lagi berperang di medan imtihan sudah jauh meninggalkan kami..kini debaran menanti natijah itu mengatasi segalanya..tiada lagi cemburu..moga apa yang kami usahakan bernilai di sisiNYA..ameen ya Rabb..


tahniah dan takziah diucapkan kepada junior2 yang sudah pun mendapat natijah..laksana bom atom yang melanda Hiroshima dan Nagasaki kurasakan ketika natijah kalian diumumkan..kami sang super senior turut merasakan gegaran itu..ala kulli hal pasti ada hikmahnya bukan.. Allah takkan menguji hamba-hambaNya di luar kemampuannya..


Semua ujian darinya adalah untuk menguji tingkat keimanan kita sebagai makhluk-Nya. Apakah kita mampu bertahan dan melaluinya dengan cara terbaik dan sesuai dengan yang disyariatkan oleh-Nya. Tidak mengeluh dan berkeluh kesah. Seharusnya dengan ujian itu menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya, memohon bantuan kepada-Nya kerana Dia lah yang memberikan ujian dan Dia jugalah yang akan membantu kita menyelesaikannya. Tapi harus diingat, kita harus membantu diri kita sendiri..


berpusu-pusu berita mengenai kepulangan junior yang bakal menduduki dhur thani menjengah telinga..tahniah, kalian mengambil keputusan yang betul..nyata masih berada di landasannya dan belum berputus asa..tak kurang juga yang ingin meneruskan percutian sehingga raya dan mahu menyelesaikan segalanya dengan munggunakan istilah carry paper ke tahun seterusnya..
terjentik hati meleraikan kekeliruan yang ada..


Raya atau periksa?


a nice post from my junior..begin with d end in mind
apa itu Fiqh Aulawiyat atau Feqah Mengutamakan Yang Lebih Utama..
ya setentunya kita harus sedar akan akrabnya Fiqh Aulawiyat ini dengan Fiqh Muwazanat..
atau jika masih ada yang keliru , saya pasti mesti kalian pernah didedahkan sama ada di sekolah atau dari mana2 kem motivasi bagaimana perlunya kita membahagikan urusan2 harian kita kepada 4 bahagian..
  • urgent & important
  • urgent but not important
  • not urgent but important
  • not urgent not important
atau dengan kata yang lebih mudah pentingkan yang lebih penting..


melalui pengalaman yang sudah hampir 4 tahun berada dalam jurusan perubatan ini, i'Allah sudah arif dengan situasi pembelajaran di sini..


kalau tahun 1 dulu merasakan silibus-silibusnya agak susah, tahun 2 juga memberikan impresi yang sama, malah lebih susah..apatah lagi bila menginjak ke tahun 3 seterusnya ke tahun 4..
kesusahan itu bertambah secara berperingkat-peringkat..ya, mana mungkin pembelajaran sewaktu darjah 6 semudah tahun 1 bukan? ya, kematangan fikiran kita bertambah dan berkembang dari hari ke hari..ujianNya juga bersesuaian dengan kemampuan kita..


bukan ingin menghalang kalian dari membuat keputusan, tapi ini sekadar pandangan dan cadangan..


jika tahun 1 yang perlu menduduki dhur thani, maka digalakkan pulanglah ke bumi Zagazig untuk menyelesaikannya..kiranya kalian beranggapan untuk carry paper ke tahun hadapan merupakan solusi yang terbaik..harus sedar ya adik2..pembelajaran tahun depan semakin susah..kalau mampu diselesaikan pada tahun ini, terus, mengapa harus ditangguhkan?


begitu juga buat tahun 2..terdengar desas-desus untuk carry paper terutamanya Psychology..tidak kurang juga ada yang ingin carry 2-3 subjek utama ke tahun hadapan..ini kerja gila~!


walaupun Psycho hanyalah minor paper, tapi kalian harus sedar..Tahun 3 merupakan tahun yang memerlukan banyak pengorbanan..jika sebelum ini seawal pukul 1 kita sudah boleh berehat-rehat di rumah lantaran kuliah tamat seawal itu, tapi tahun 3 paling awal kuliah habis seawal jam 4 petang..jika bernasib baik, dapatlah kalian pulang seawal jam 2 atau 3..


belum kira lagi dengan pertemuan kalian dengan subjek baru..ya, keempat-empatnya subjek baru..Pharmacology,Pathology,Parasitology dan Microbiology..dengan lambakan istilah baru..dengan minor exam yang tiada menentu..penat..ya, cukup penat..boleh diistilahkan sampai tiada ruang untuk bernafas~!


dan untuk pengetahun kalian final exam kalian akan berhadapn dengan 6 written exam..
2 milik patho, 2 milik pharma, 1 milik parasit dan 1 juga milik microb..jadi, harus dipertimbangkan ya adik2..mampukah kalian menghadapi semua itu tahun hadapan..
bukan ingin melemahkan, tapi cukup untuk memberi pandangan..jadi masihkah ingin carry 2-3 sujek ke tahun depan?


adakah perasaan ingin raya bersama keluarga mengatasi segala-galanya?


"kak ieka sedapla cakap..padahal tiap2 tahun balik raya kat Malaysia.."
erk..sebelum ni kepulangan ke Malaysia satu kewajipan sebagi anak, bukan sekadar mengejar raya...ada insan yang harus dijengah, dijaga dan dimanja..dan pemergiannya ke sisi yang Maha Mencipta baru-baru ini benar2 menggamit rindu..dan kepulangan ke Malaysia pada tahun ini kerana banyak urusan yang harus diselasaikan selepas pemergiannya..pusara itu juga harus dijengah..sekeping hati milik bonda juga harus ditenteramkan..i'Allah biiznillah tahun hadapan akan berpuasa dan beraya di bumi Zagazig buat pertama kalinya..moga panjang umur dan diberi kesempatan..

perlukan muqarar untk peperiksaan?


aish ..siapa kita..
kita bukan lagi anak bongsu, anak emas atau anak tunggal di sini..umur pun dah menjengah dewasa, bukan lagi kanak2 tadika..kalau bahasa kasarnya dah boleh jadi mak dan bapak orang..
seorang pelajar perubatan yang harus mencari kualiti dari hanya sekadar puas hati..seorang yang harus berusaha mendapatkan sesuatu atas usahanya..bukan sekadar membuka mulut luas-luas dan menantikan suapan percuma..kualiti diri harus dibina atas usaha sendiri, bukan menanti untuk diberi..buktikan!


to all juniors, all da best..i trust u, but u have to trust yourselves..and put Your trust in Allah..ujian itu dariNya, jadi solusinya juga ada padaNya..mintalah sepenuh hati, dekatkan diri, syariatNya jangan dimungkiri..



salam imtihan dan salam Ramdahan..
doakan super senior jua..
umat islam harus cemerlang...hari ini mesti lebih baik dari semalam..