Pages

Tuesday, May 31, 2011

D.I's Cottage..






masih ingatkah pada post saya yang ini??cake therapy

ye, kini bisnes itu dikembangkan dibawah jenama DI's Cottage..

saya baru berpindah..rumah baru..nama rumah pun baru..ahli bait pun baru..
Darul Itqan nama diberi..untuk singkatan mudah bagi bisnes ini kami jenamakan dengan D.I's Cottage..

aktiviti yang dulunya sekadar mengisi masa lapang saya, kini dikembangkan dan saya kongsikan bersama ahli bait yang baru..dan ilmu itu saya turunkan kepada insan bertuah bernama Azra' Hamizah..Dialah chef sepenuh masa..kesibukan kami bertiga (saya, najwa dan syafi'ah), membataskan waktu untuk membantunya..saya sendiri hanya sekadar mampu membantu dari segi hias-menghias..yang lain semua dilakukannya dari A to Y..Z itu saya bantu..:)


saya rindu pada bunyi loceng oven..oven yang betul-betul berada di muka pintu bilik saya..tiada lagi bau kek semerbak memenuhi segenap inci rumah kami..bukan sudah berhenti..tetapi tawaquf sementara sementara fatrah imtihan ini..mengikutkan kata ketua chef, i'Allah tempahan akan dibuka semula pad 12 Jun ini..jadi, sebar2kan ye..~!


selamat berimtihan semua..

some new pics..





owh ye..muffin oren Azra' cukup sedap...saya betul2 merinduinya..dalam perancangan untuk diperkenalkan,i'Allah biIznillah..:)

boleh singgah di facebook kami..



Anak..

tiba2 saya rindu pada insan bergelar abang..
pada kedua-duanya saya rindu..abang dan uda..
2 kumbang dikelilingi 7 bunga..aku bahagia..

i was blog jumping , when i suddenly stuck here.. anak pontianak


uda..tiada apa yang istimewa pada dia,tapi saya mengaguminya..bukan kerana akhlaknya, bukan jua kerana agamanya,bukan kerana sayangnya saya pada dia, tapi hanya kerana dia mampu menyangkal phrase ini .."sorang mak dan sorang ayah boleh jaga sepuluh orang anak..tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu dan seorang ayah"..

hampir 2 tahun arwah ayah menjalani haemodialysis..dalam fatrah itu, quality of life ayah jatuh merudum..rentetan dari serangan stroke pada 2008 followed by bell's palsy n kidney function deteroriation, pergerakan ayah kian terbatas..hinggalah kemuncaknya, apabila ayah perlu memulakan rawatan haemodialysis..

berat badannya yang dulu hampir 80 kg, semakin hari semakin menurun sehinggalah beratnya menjadi lebih kurang berat saya..kemampuannya untuk berjalan dan berdiri hilang sedikit demi sedikit..at last he became a bed-ridden patient..ingin kemana, harus menggunakan kerusi roda..ingin menurunkan dia dari katil, harus dipapah dan digagah oleh seseorang..tak lain dan tak bukan udalah orangnya..


CHRONIC HAEMODIALYSIS..
3 kali seminggu perlu berulang alik ke hospital..perjalanan hospital yang memakan masa kira-kira setengah jam dari rmah..setiap sesi memerlukan kira-kira 4 jam .. 4 jam yang sangat merintihkan..sepanjang 4 jam itu juga biasanya ayah perlu disuapkan makanan, kebas-kebas di badannya harus diredakan..


kerana itulah uda, seorang yang dulunya pegawai insuran di sebuah kota meletakkan jawatannya..mengambil keputusan untuk berbakti pada ayahbonda..dia rela melakukan kerja-kerja kampung..pagi-pagi ke kebun, usai bersihkan diri, terus bersiap untuk menghantar ayah ke hospital..menyuapkan makan, mandikan, semua dilakukannya dengan dibantu mak..
insannya berbadan kecil, tapi cukup bersedia membantu emak menguruskan ayah..itu rutin hariannya..beberapa kali saya menitiskan airmata menyaksikan sendiri dia mengendong ayah di belakangnya..

sewaktu ayah pergi dialah insan yang paling sedih selain mak..itu cerita kakak2 saya, kerana saya satu-satunya insan yang tidak sempat menatap akhir wajah ayah..kami adik-beradik berhutang besar dengannya..hanya kerana dia seorang yang mampu menguruskan ayah 24 jam..

saya menyanjunginya selaku anak...

Firman Allah (a.w): ‘Dan sembahlah Allah (a.w) dan jangan syirik terhadap Allah (a.w) (i.e. menduakanNya, yakni mengakui ada tuhan lain atau ada beberapa tuhan selainNya) dengan sesuatupun, dan kepada kedua-dua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka ...] [Surah an-Nisa’: 36]



this is him..

Thursday, May 5, 2011

Motivasi..Apa motivasi yang terbaik..







Ada insan yang mudah untuk 'ter'motivasi..Tak perlu sepanjang Timur ke Barat kata-kata semangat, tak perlu segunung kad ucapan..Cukup dengan kata-kata mudah dan ringkas, pasti mudah mendapat motivasi itu..Seringkas 'u can do it..', 'I'Allah boleh..'..saya yakin dan pasti, setiap blood cells empunya badan akan merasakan suntikan motivasi itu..mudah bukan?


Umpama turun naiknya Iman manusia, begitulah juga saya kira motivasi ini buat kita.. antara hikmahnya mengapa disyariatkan solat sehari 5 waktu..Mudah! untuk mengingatkan dan menaikkan kembali semangat untuk menghadap Allah, hanya dengan laungan azan.. hanya dengan wudhu' yang menyegarkan..Allahuakbar~!untuk memberi suntikan buat menaikkan Iman hamba yang hina..menyedarkan insan-insan leka, membangkitkan roh dan jiwa segenap hambaNya..bersama menunaikan perintahNya dan bersama menuju kejayaan..


apa sebenarnya Motivasi yang terbaik ya??
Mungkinkah ceramah motivasi Dr Fadzilah Kamsah?
Mungkinkah kata-kata semangat dari Bonda?
Mungkinkah Mati itu motivasi terbaik?
Mungkinkah Al-Quran itu sendiri?
Mungkinkah forum 'Mutiara Rahsia Mumtaz' itu?


Secara peribadi, bagi saya motivasi yang terbaik itu sebenarnya adalah dengan mengenali diri kita sendiri..
Dari mana kita datang?
Siapa pencipta kita?
Untuk apa kita hidup di dunia?
Ke mana akhirnya kita akan pergi?


mana mungkin sejarah penciptaan Nabi Adam itu saya padamkan dari benak pengetahuan segenap isi alam..mana mungkin fakta sains asalnya kita dari sperma dan ovum ini saya nafikan kebenarannya..mana mungkin lahirnya manusia ini tanpa ada Maha Pencipta..mana mungkin saya nafikan hak setiap umat Melayu ke atas agama warisan ini yakni Islam..


berterima kasihlah kita kepada Parameswara, kerana Islamnya kita pada hari ini..warisan pusaka bonda..
tidak!..sejarah kita bukan setakat bermula dari situ..
tidak cukupkah santapan cerita perihal Adam dan Hawa?
tidak berbekaskah sejarah Nabi Muhammad s.aw, seorang tokoh mulia?


syahadatain itu, sudah hadamkah kita ertinya??
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"..
galilah sedalam ilmu,bariskan segenap guru..pastikan kita faham makna shahadatain itu..pincanglah hidup bagi sesiapa yang tidak tahu asal-usul hidupnya, apatah lagi matlamat hidupnya..


ya matlamat hidup..hanya satu, tiada dua..SYURGA sahaja, bukan NERAKA!
kenallah dirimu, Penciptamu, tetapkan matlamat hidup yang satu....setiap keputusan dan langkah dalam hidup ini, pastikan membawa kepada yang satu..gunalah segenap 'alat' di sekeliling kita untuk menuju matlamat yang satu itu..ilmu,guru,harta,suami,isteri,anak2,kereta,kawan2,sahabat2,musuh2mu..semua itu 'alat' untuk menuju ke matlamat yang satu,Syurga..gunakanlah sebaiknya..


tetapi harus, kenalilah dirimu, Penciptamu dan untuk apa kau diciptakan~!manakan mungkin kita punya matlamat tanpa tiada sebab musabab mengapa perlunya kita ada matlamat itu..
Percayalah, Motivasi itu tidak akan hilang selagi mana kita yakin, kita hamba Allah yang berteduh di kebun Dunia dalam perjalanan menuju Akhirat..


go deeper than your birth certificate~!




I'm a slaive of ALLAH....so are you..