Pages

Labels

Tuesday, March 10, 2009

JADILAH ORANG YANG DISENANGI..1..

ketika sedang sibuk mencari resit bayaran yuran pengajian tahun lepas,mata saya tertancap pada satu artikel yang telah lama saya simpan..kalau tak silap saya,saya membawanya bersama-sama ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Ardul Kinanah ini..saya sendiri telah lupa akan kewujudannya di dalam fail kelabu ini..sekadar nak berkongsi..


JADILAH ORANG YANG DISENANGI..

SIAPAKAH ORANG YG DISENANGI..
orang yg diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud kepada yang menjadikan kehidupan,Allah,tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin dan manusia yang sombong diri..

SIAPAKAH YANG TELAH MATI HATINYA..

orang yang diberi petunjuk melaui ayat2 al-Quran,Hadis dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat..

SIAPAKAH ORANG YANG DUNGU(bak kata ustz Husni..orang BOTOL)

orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka allah tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan merasa tenang dengan kemaksiatannya..

SIAPAKAH ORANG YANG KUAT..

orang yang dapat ,menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan..

SIAPAKAH ORANG YANG LEMAH..

orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kenungkaran itu..

SIAPAKAH ORANG YANG BAKHIL..
orang yang berat lidahnya untuk berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w..

TO BE CONTINUED....


p/s :ika,kena kuat!!

0 comments: