HEALTH CARNIVAL, PADANG RENGAS,PERAK..
9 OGOS 2009..
Alhamdulillah, group burung hantu diberikan amanah supaya menjaga blood donation booth..seawal pagi kami telah bergerak ke tempat sepatutnya..kelibat penduduk kampung masih belum lagi kelihatan,jadi kami mengambil peluang untuk menderma darah terlebih dahulu..
tapi sudah tentu saya bukanlah insan yang pertama mengisi borang tu..takut...
hati berbunga-bunga sebab tahun sebelum ni kalau nak derma darah,saya masih lagi dalm kategori underweight. tapi sekarang berat saya mengizinkan..
ok,here we go..
WEIGHT = 4+ kg (layak)
BLOOD TYPE = O positive
HEMOGLOBIN = 11.1 g/dL (tak layak)
tapi,nurse tu ulang test balik dan the 2nd result is 11.8 g/dL
(borderline)
BLOOD PRESSURE = 90/60 (hah? ni confirm tak layak..tapi pelik betul,tak pula
saya rasa lemah-lemah badan sebab bp yang rendah
ni,padahal semalam waktu jungle trekking sayalah paling
bersemangat,siap kena puji lagi sebab badan kecil tapi
tangan kuat holding the rope)
sedihnya,penat saya mengatasi masalah nervous semasa mengisi borang tadi.ingatkan nak derma darah,tapi vitamin B complex yang kudapat..aiyoo..
rasa cemburu menerjah melihat kawan-kawan lain yang dok terbaring sambil darah pekat mereka mengalir ke dalam container tu..saya sekadar membantu..sambil-sambil itu belajar apa yang patut dari nurses yang bertugas..
setiap penderma darah menerima cenderahati berupa makanan dan air..
tersentuh saya dengan kata-kata an indian nurse ketika dia menyampaikan cenderahati tersebut kepada penderma darah..
"hadiah ni tak setimpal dengan apa yang you dah buat,pahala you lagi banyak dapat".
huhu,'betul...betul..betul.."
tapi agak terkilan,walaupun bilangan penderma darah mencecah target,tapi saya kira sepatutnya lebih ramai lagi yang sudi menderma..insan-insan di sana memerlukan darah kita.tak semua darah kita diambil,kalau lelaki sekitar 400ml, manakala perempuan sekitar 350ml..tak luak pun dari berliter-liter darah dalam badan kita..
banyak kelebihan menderma darah ni,antaranya:
1 .dapat tahu jenis darah(inilah kali pertama saya tahu jenis darah saya..haha)
2 .tengok status blood pressure secara tak langsung
3 .ni juga salah satu pelaburan saham kita untuk akhirat
4.dari 350ml-400ml darah yang kita derma tadi,sedikit darah akan dihantar ke
makmal untuk diuji. sekiranya darah kita bermasalah,seperti thalassemia,
hepatitis A,B,C, HIV,ataupun sebagainya,kita akan dimaklumkan oleh pihak
hospital. jadi ini juga secara tak langsung boleh detect kita sama ada
menghidap apa-apa penyakit.
jadi, tunggu apa lagi?pergilah ke hospital berhampiran anda..(~_+)
insyaAllah tahun depan saya akan cuba lagii untuk menderma~
tapi inilah antara pengalaman yang berharga,sambil menimba ilmu,pengetahuan dan pengaalaman,kami juga berpeluang mendekati dan melayan penduduk kampung yang datang. hati paling berbunga bila orang2 kampung akan cakap,"terima kasihlah atas layan baik kamu semua"...
Alhamdulillah Atas Segalanya
1 year ago
1 comments:
teringat masa mule2 detect luekimea dlu..
hemoglobin: 8.0
pastu,dr xcaye takut2 tetukar darah ngan org laen,amek lg skali
so 2nd tyme : 7.8
mule2 dr kat markaz sihhi univ kate anemia,then bile refer hosp..
dat epis0de began..
btw,nk highliht-yup2,terima kasih buat mereka2 yg menderma darah..kerana saya juga pernah menerima berpuluh2 paket darah+platlet mase kat icu dlu.really appreaciate even xtau sape punye darah2 yg masuk dlm badan..(mungkinkah darah arab mengalir dalam tubuhku.hu3)
p/s-moga darah2 yg diderma itu jadi hujah amal di sana nnt.iAllah ;)
Post a Comment