Menurut Ibnul Muqaffa', ada lima golongan yang bakal menyesal. Siapa mereka?
Satu , orang yang kehilangan kesempatan untuk beramal
Dua, orang yang terputus dari saudaranya saat tertimpa musibah
Tiga, orang yang berhasil menangkap musuh tapi lepas kembali kerana penjagaan yang lemah
Empat, orang yang meninggalkan isteri yang solehah jika diuji dengan wanita yang buruk
Lima, orang yang terus bermaksiat sehingga ajal menjemputnya. .
*****************************
bulan penuh esok..
menandakan sudah separuh purnama Sya'ban menjengah kita..
buktinya jua Rejab itu telah jauh kita tinggalkan..
menandakan separuh purnama lagi bulan yang dinanti2 akan tiba..Ramadhan Al-Mubarak..
esok jualah buku2 log amalan kita akan diangkat..
sudah cukup indahkah kita hiaskan?
sudah cukup sempurnakah untuk kita sembahkan..
apakah cukup kulitnya sahaja tampak indah, dalamnya tiada apa..
iya, kulit depannya kita hias sewaktu 15 Sya'ban yang lepas, dan kulit belakangnya, esok akan kita hias secantiknya..isi dalamnya, adalah sedikit compang-camping..sedikit sahaja, tidak banyak..
atau apakah buku log kita itu masih sama grednya dari kita 3kil sehinggalah sekarang..
tiada langsung anjakan paradigma..tiada langsung inisiatif untuk menjadikannya yang terbaik antara semua..
*******************************
Ya Allah, terimalah amalan kami dan ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibubapa kami, dosa guru2 kami, kawan2 kami dan seluruh umat Islam..
*******************************
Iman itu ada turun naiknya..
ya, kita bukan Malaikat yang tiada nafsu yang perlu dilawan..bukan Malaikat yang tiada syaitan membisikkan kata2 durja..
kadang2 kita di atas, kadang2 kita tergelincir..tetapi...satu fitrah..satu fitrah, sejauh mana pun kita tersasar, nun jauh di sudut hati manusia sebenarnya punya satu rasa..satu rasa yang suka kepada kebaikan..
hidup ibarat roda..kadang2 sampai satu turning point, kita rasa ingin berubah..berubah kepada sesuatu yang lebih baik.. satu rasa yang membulatkan tekad dan semestinya memerlukan mujahadah yang tinggi..perubahan itu bukan mudah..apatah lagi dari satu benda yang dah memang sudah sebati dengan kita..
tapi percayalah sekali datangnya rasa itu, jangan menoleh lagi..mulakan langkah dengan mujahadah..hanya kerana rasa itu..rasa itu mungkin tidak akan datang lagi menjengah kita..kalau ada pun, mungkin lambat lagi, entahkan bila..mungkin tika itu kita sudah terlambat..
mungkin juga rasa itu akan datang lagi, tapi dalam lain pula bentuknya..
Fastabikul Khairat~
moga kita sentiasa diberi peluang dan diberi rasa untuk terus bertaubat dan mencari redhaNya..kerana MATI itu tidak mengenal usia..tidak diberitahu pemilik jasad ini bila tarikhnya..cuma tahu, masa itu akan tiba..di mana, bila, bagaimana, semua itu rahsia..
Selamat beramal sepanjang malam......
**************************************
kata-kata Imam Hassan Al Basri,
"Aku bisa tenang menjalani hidup ini kerana empat hal.
Pertama, aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.
Kedua, aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diri dengannya.
Ketiga , aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa
dan Keempat, aku tahu bahawa ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya"
kata-kata Imam Hassan Al Basri,
"Aku bisa tenang menjalani hidup ini kerana empat hal.
Pertama, aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.
Kedua, aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diri dengannya.
Ketiga , aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa
dan Keempat, aku tahu bahawa ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya"
**************************************
pergi insan itu, masih saya rindu..saya rindu nak panggil seseorang ,'ayah'..
0 comments:
Post a Comment