Pages

Labels

Thursday, March 12, 2009

SEPULUH DUA SETENGAH..







"ya am,bikam da?"..
pantas tangan saya menunjukkan penyapu berwarna ungu itu..warnanya menarik perhatian saya ketika saya hendak menyeberang jalan menuju ke Mustasyfa Taysir..bukan senang nak jumpa penyapu warna kesukaan saya ini..

ammu itu bingkas bangun dari tempat duduknya.."sepulo dua setengah"..lancar mulutnya membalas pertanyaan saya..

"aik,ammu ni pandai cakap melayu.."..saya mengalihkan pandangan kepada teman di sebelah,Husna..kami tersenyum..

"eh,murahlah tu",kata Husna.."10 L.E dpat dua setengah penyapu",sambungnya lagi..

erk,baru saya perasan dengan kata-kata itu..sepuluh dua setengah..takkan bayar 10 L.E dapat dua setengah penyapu!

untuk mendapatkan kepastian lagi,saya bertanya lagi.."bikam da,ya am?"..

jawapannya masih sama.."sepulo dua setengah"..

lama juga di situ kerana walaupun saya telah menggunakan bahasa arab fushah n ammiyah, pakcik ini masih berkeras mahu menjawab dalam bahasa melayu,dan saya sendiri tidak memahaminya..

aduh!!ini memang dah macam ayam dengan itik ni..akhirnya masalah ini selesai apabila seorang lagi ammu datang..kawannya barangkali..tahulah saya,perkara yang sebenar..

harga penyapu itu DUA BELAS GENIH WA NUS(L.E 12.50)..

SEPULO DUA SETENGAH=10+2.50=12.50


ammu pemilik kedai itu tersengih apabila saya menta3kidkan semula..

"da bi isna asyar wan nus?(12.50)",dia mengannguk..

kan senang kalau dari tadi dia cakap macam tu..bukannya kami tak faham..kata ammu tu,dia ada belajar bahasa melayu dari pelajar2 Malaysia yang tinggal di kawasan sekitar..itupun cukup sekadar belajar nombor..

sah,ammu ni dah salah konsep!pasti insan yang mengajar itu terlupa nak menerangkan nombor belas2..cukup sekadar menerangkan nombor 1-10 dan 10,20,30,40...........mungkin fikirnya,apabila 20+2.50+dua puluh dua setengah..maka 10+2.50=SEPULUH DUA SETENGAH..
12.50 L.E..mahal tu nak dibandingkan dengan di tempat saya..saya tidak jadi membelinya..takpelah tak dapat warna ungu..hijau@pink pon boleh cari kat tempat sya nanti..sesuai dengan tema bilik saya..saya meletakkan semula penyapu itu di tempatnya..maafla ammu..mahal sangat untuk penyapu yang satu ini!kami meneruskan perjalanan ke Mustasyfa Taysir..

sambil berjalan,saya masih tersenyum mengenangkan perkataan SEPULUH DUA SETENGAH ITU..lucu bunyinya kan..
sedang dok menggelakkan ammu itu bersama Husna,tiba-tiba saya terfikir..

"eh,entah-entah macam itulah agaknya apabila orang arab mendengar kami,wafidin, bercakap..silap-silap mereka ketawa berguling-guling dengar susunan ayat kami yang tertungganng-terbalik ni.."..

3 tahun sudah saya di bumi Mesir ini..saya akui diri saya sendiri masih lemah dalam penguasaan Bahasa Arab..lemah Fushah kerana,di sini bahasa perantaranya bukan arab Fushah..hilang sudah Fushah yang sya belajar dahulu kerana tidak dipraktikkan melainkan ketika Arabic n Religious class kami yang itupun diadakan sekali seminggu..lemah Ammiyah kerana kuliah kami pelajar2 perubatan Malaysia, is fully in English..kalau ammiyah setakat nak beli barang,nak tawar-menawar ni,memang kami power..huhu..


terasa rugi dan sia-sia 3 tahun saya di sini..pejam celik-pejam celik masih berbaki 3tahun untuk saya mendalami bahasa Arab..bukan sahaja bahasa,malah ilmu di Ardul kinanah ini juga..tersentuh dengan kata-kata seorang penceramah baru-baru ini.."buat apa nak berbangga kta pandai cakap bahasa 'omputeh' sedangkan sudah terang lagi nyata Bahasa Arab itu bahasa paling indah..bahasa Al-Quran!"..tiada siapa yang mampu mereka ayat Al-Quran seindah itu! nama kita sendiri berpandukan nama yang dieja dalam bahasa arab,bukan?dahulunya pengetahuan2 dalam bidang perubatan sendiri diciplak dari orang Islam yang setentunya menggunakan bahasa Arab..
tepuk dada,tanya iman~~


masih teringat lagi ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini,kami ditempatkan di Dewan Pelajar2 Malaysia (ARMA) di Kaherah..kami diberitahu cafe di situ dipegang oleh pelajar2 Indonesia..ketika kami mahu menempah makanan..terdengar seorang Ikhwah yang juga nak menempah makanan pada pemilik cafe itu,warga Indonesia..mulanya perbualan mereka dalam Bahasa Melayu Malaysia dan juga Bahasa Melayu Indonesia..adalah juga bunyinya macam ayam dan itik bilamana ada istilah2 yang mereka gunakan,tidak difahami antara satu sama lain..akhirnya,penyelesaiannya,mereka berdua bercakap dalam bahasa Arab..senang!

4 comments:

Nafsah Dulajis said...

adoh...dah agak dah 12.50..hehe...kekadang sronok jgk bahasa ayam itik nih...

baru sempat add blog cik huda nih...^_^

iek@fz said...

ydipah..

penat nih kte gelak aritu,tapi bile pkir balik,arab kte lagi teruk..kan..

sempat je berkunjung ke blog anda..xdan nak tinggal pesan..
hehe..

Ibnurashidi said...

Salam SAYA...

Berkunjung kali pertama sudah menarik minat saya untuk meninggalkan sesuatu di sini.

Kamu di Zagazig ya? kalau mahu berbicara bahasa fushah mungkin agak sukar di sana kerana akhwat al-azhar tak ada. Cuba cakap dengan rakan arab. Ajak berbicara bahasa arab selain Inggeris sekali sekala.

Teori mesti ada praktikal.
Jemput ke blog saya pula.

iek@fz said...

IBNURASHIDI..

syukran atas cadanagn itu..
dah cuba,tapi cepat sgt ptus asa,bila ade perkataan yg x faham..