Pages

Labels

Tuesday, August 11, 2009

What Drives Us?












" I always wanna be THE BEST,that is what drives me all along.."



"My Parents drive me on what am i doing right now. Their wishes and expectations inspire me.."


"Saya pula,bila sudah didedahkan dengan clinical year,saya tanam dalam diri saya supaya belajar bersungguh-sungguh sebab kita ni bermain dengan nyawa orang,harapan orang,masa depan seseorang. Saru kesilapan kecil boleh mengakibatkan masalah besar kan. So, i think that is what drives me.."


"Saya sentiasa ingat yang saya belajar jauh-jauh selama ni,duduk kat oversea,guna duit rakyat. So,i always bear in mind that, saya kena belajar betul-betul untuk berjaya dan bantu masyarakat.."


"Kalau saya pula, saya bila dari jauh ni,perhatikan keadaan masyarakat Malaysia,terutamanya anak-anak remaja Islam terlalu jauh menyimpang kan. Keadaan ni betul-betul membuktikan yang manusia kembali ke zaman jahiliah. Saya risau,cuuuukup risau. Inikah insan-insan yang bakal menerajui negara kita? Jadi itulah yang drives saya untuk belajar medic dan ilmu agama Allah untuk berhadapan dengan mereka bila balik ke Malaysia.."


"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad. itulah yang drives saya selama ni. Ya, kita memang hamba di bumi ini,tapi bukanlah bermakna kita kena beribadah sepanjang masa,mengejar akhirat semata dan melupakan dunia. Dunia ni jambatan menuju ke akhirat,penuh dengan ilmu,tanggungjawab,kehidupan. Seorang penuntut ilmu lagi mulia dari seorang abid yang beribadah sepanjang 1000 tahun. Jadi itulah yang buat saya berkobar -kobar untuk menuntut ilmu sambil melabur saham untuk ke akhirat.."






Itulah antara jawapan yang diberikan apabila semua peserta Rehlah Mahabbah Summer Camp 2009 diminta untuk duduk di dalam kumpulan dan membincangkan "WHAT DRIVES US".
Oleh sebab 100% peserta adalah pelajar perubatan, jadi kebanyakan alasan yang diberikan adalah mengenai dunia medic, dan alam pembelajaran. Tahniah dan alhamdulillah,masing-masing punya penyebab dan hala tuju dalam hidup.


Tapi,tak mungkin kita mampu menafikan bahawa MATI itulah yang paling tinggi tempatnya untuk diletakkan WHAT DRIVES US. Kan?


” Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ‘ Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. “



tersentuh dengan cerita prof Abdul latif mengenai pengalaman seorang sahabatnya yang cuba menyelamatkan seorang mat rempit yang nyawa-nyawa ikan. Ketika itu semua kakitangan hospital seolah-olah berat hati nak cuba selamatkan si mat rempit ni,dengan alasan,"kalau kita selamatkan dia ni,bila dia sihat nanti takkan kemana kalau tak masih merempit. Bukannya dia ambil pengajaran". Doktor ni cuba juga untuk selamatkan si mat rempit,tapi ternyata panggilan ilahi itu tidak lewat walau sedetik,maka tamatlah kisah seorang mat rempit. Mungkin tanggapan orang lain mat rempit ni tak sempat nak mengucap dua kalimah syahadah, tapi yang ajaibnya dia mampu mengucap dan dengan FLUENT(fasih). Amalan di dunia, itu di bawah kuasa Allah.Bagaimana dengan kita?


Adakah kita nanti sempat nak mengucap dua kalimah syahadah?
Fasihkah atau tergagap-gagapkah??
Adakah kita tahu bila kan datangnya sang Izrail?
Dapatkah kita pergi dala keadaan husnul khatimah?


Ya Allah,permudah kan urusan kami di dunia dan akhirat,pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu.


Carilah keredhaan Allah didunia ini dan binalah saham kita untuk akhirat.


Bersiap-sedialah di dunia untuk menetukan nombor giliran kita untuk dihisab nanti. Kita ni,baru sahaja berurusan dengan orang-orang arab yang tak menggunakn sistem no giliran,kita dah merungut bagai nak rak, macam mana agaknya kesabaran kita untuk menunggu no giliran untuk dihisab nanti..
Mungkinkah tol yang bakal kita lalui itu, bayaran tunai?Touch n Go? ataupun Smart TAG??





so,WHAT DRIVES YOU???


tepuk dada tanya iman..

4 comments:

penconteng.crayOn said...

cukuplah MATI itu sebagai tazkirah sepanjang hidupku [saidina Ali]

takut bile fikir.tp bile lupe,hilang sume ketakutan tu.moga tergolong dlm gol2 yg beringat..

fi amanillah da'iman,dear~
ade rezki kte jmpe kat msia nnt ;)

iek@fz said...

AL-HUDA..


ameen..

ok..
i can't wait~

idsyAleeya said...

salam:)
k.ieka
nice blog
teruskan menulis
btw,
ad ms sy link blog akk k

wahidah
bandung

iek@fz said...

WAHIDAH,


salam..thanx berkunjung..
hehe..

tcare then..