Pages

Labels

Wednesday, June 15, 2011

Begin with the end in mind..



erk~


yes, da pendulumn is ticking..


jadual exam tahun 5 dah pun keluar..
tarikh keramat final exam kami finally is announced~!
25th Sept- 10th Nov 2011..
selepas raya..ye, maka tahun ini bakal menjadi tahun pertama saya beraya Aidilfitri tanpa keluarga..Ya Allah kuatkan jiwa mereka dan SAYA!!!

Kuliah kami semakin padat harinya..hari sahaja..masa?setakat ni Alhamdulillah masih lagi 3-4 jam sehari..hari sabtu yang sebelum ini totally milik kami, kini menjadi milik Neurology..
saya juga sedang mencuri2 masa mengulangkaji dan fokus pada study pada fatrah ini.. sementara junior sedang berperang dengan final exam mereka..kerana..kerana saya tahu bahawa hari esok belum tentu milik saya..mungkin esok saya milik orang lain,mungkin esok saya akan digunakan untuk sesuatu , mungkin esok saya harus disibukkan dengan benda yang lebih penting..mungkin.....



begin with da ENd in mind



Begin with the end in mind..
apa kena mengena pulak dengan yang saya nak bebel hari ini..
huhuhuh..
Tahun ini, markah keseluruhan kami bagi 2 subjek (paediatric n internal medicine) adalah 1400
paed = 500
IM = 900
gila kentang! banyak betul..
which means, to get mumtaz this year kami kena dapatkan at least 1190/1400 (85%)..give excuses to da rest 210, ONLY!

itu target saya untuk final exam tahun ini..Jadi sebab itulah saya dah tulis siap2 markah ini di red-board saya..just to have an END in my mind..jadi saya boleh fokus untuk capai target itu..

why should we put an END first ??
mudah, kalau kita tak ada hala tuju, mana mungkin kita tahu apa yang perlu kita buat kan..
kalau kita tak ada target, mana mungkin mampu merancang dengan baik kan..so we must put da ENd in mind, so it will drive us to achieve what we want, what we need..

hatta nak pilih pasangan hidup pun (haha part ni mesti ada yang tengah senyum2 kambing..) , kita kena letak END jugak in mind..calon itu..mampukah dia membawa kita ke SYURGA destinasi terakhir??bukan takat nak tengok muka hensem/cantik sampai ke tua..bukan takat 7 gunung emas 7 lombong minyak harta dimakan tak habis sampai gigi takde..bukan takat romantika di amor tapi membawa ke neraka..tapi agamanya..I'Allah pilihlah yang elok agamanya, yang lain tu sampingan je ..doa2 it will come in package..:)..


so, jom fokus pada target2 kita dalam hidup..saya percaya semua kita ni dah ada target dalam hidup..umur ni aku habis belajar.. umur ni aku kerja..umur ni aku kahwin..umur ni aku bla..bla..bla...akhirnya mati dan penghujungnya saya pasti Syurga itulah menduduki puncaknya..
bilamana Syurga itu menjadi destinasi terakhir, maka, fastabikul khairatlah..:)..dan kejarlah pintu2 taubat sebelum terlambat..


so people, bermulalah sekarang~!begin everything with the END in mind........
supaya lebih fokus..
supaya kita tahu apa yang kita perlu buat untuk menuju ENd itu..
supaya semuanya terancang..
suapaya doa itu kita mulakan dari sekarang..
hubungan vertical dan horinzontal itu perlu kita jaga bermula sekarang..




wordy wall


salam imtihan....

0 comments: