hari ini merupakan hari terakhir kami membuat revision sebelum round examination bagi paediatric yang bakal bermula pada 4 Jun nanti..it will be 3 days in a row..4th,5th n 6th June..doakan kami, sang super seniors~!
ya,wajah-wajah ahli syurga itu akan kami tinggalkan selepas ini untuk meneruskan perjuangan di internal medicine pula..ini bermakna hari ini jugalah hari terakhir untuk bermain dengan jari-jemari yang comel2 itu..(^_^)..lepas ni akan bermain dengan jari-jemari orang2 veteran pula..(-.-")..
tapi sayang, walaupun hari ini hari yang terakhir kami di paed, doktor yang ditunggu-tunggu tidak muncul..ramai yang memanjangkan langkah ke rumah apabila hampir sejam menanti insan yang ditunggu tak kunjung tiba..termasuklah saya..:P..saya perlu marathon lagi 6 subtopik out of 14~! masih sempatkah dengan hari yang berbaki esok????
sepatutnya semua subtopik ini dijadualkan habis pada 25 Mei..ini target saya dan study-mate saya,Izan..tapi sayang tak kesampaian..terlalu banyak hal lain yang perlu diaulakan..tambah2 dengan satu task baru buat saya..(-.-") Robbuna yusahhil..takpe, saya yakin dengan janji Allah..keyakinan saya dengan janji Allah itu, lebih tinggi dari keyakinan saya akan kemampuan saya untuk menjawab exam nanti..n it has always been like that..
semenjak masuk clinical year ni, bnyak benda baru yang kami perlu belajar..terutamnya bahasa arab untuk kegunaan history taking..memang terbelit-belit lidah ni, tapi practices make perfect kan~! skill2 tu, biasalah, semua kena belajar..yang penting sekali kena belajar how to mingle with people, how to deal with da patient..
jadi doktor, hati kena kuat..tambah2 perempuan..boleh ade perasaan simpati tu, tapi jangan tunjukkan..hanya kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..n this is seriously hard..saya sendiri masih dalam proses cuba untuk mengurangkan perasaan itu..
semalam, revision on cardiac patient..salah seorang ahli syurga itu, Down Syndrome..ibunya muda..terlalu muda..baru 16 tahun..cantik orangnya..sedang kami buat general examination dan auscultate jantung baby tu, terkeluar pula perkataan Down Syndrome dari mulut kami dan sempat ditangkap dek telinga ibu muda itu.."Down syndrome ya'ni eh?", tanya ibu muda itu.."kullu quwaisah walla eh?" sambungnya..[down syndrome tu ape? semuanya ok x?]
kami terdiam..nak jawab ape pula ni..takkan nak sebut semuanya secara telus..mau tersentap hati ibunya nanti.."kullu quwaisah i'Allah..anduha musykilah fi 'alb bas"..jawab kami [semua ok i'Allah..cuma ade masalah kat jantung die je]..ibu muda itu tersenyum..kami lega..biarkan doktor do the rest..kami sekadar menjawab apa yang perlu..semoga Allah merahmati kalian..
semalam juga kami pertama kali melihat kes Cry du chat syndrome (deletion of chromosome 5p)..sebelum ini, kebanyakan kes kami, Down syndrome...syndrome2 yang lain, jarang kami jumpa..
majoriti bayi-bayi yang ditahan di wad ni, milik ibu-ibu muda..kebanyakannya berumur 22 dan 23 tahun..sebaya kami..ada juga yang baru berumur belasan tahun..terbakor, bak kata classmate saya..muda2 dah punya keluarga dan tanggungjawab..kami?? masih lagi kalau naik tangga tu, melangkah sekali 2 ataupun 3..ke kuliah, masih lagi menggunakan beg sekolah..haish..
bertabahlah hati-hati insan di luar sana..
[Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?][Al-ankabut:2]
ya, jangan lupa doakan kami untuk imtihan ni..walaupun bukan final exam, tetapi markah 100 itu mempengaruhi keputusan akhir kami nanti...oh ye, people, jangan study untuk exam je..tadi baru ada HO kena soal macam2 depan kami..cuaknye..(-.-")..u are dealing with people not just a piece of paper..
stay tuned..
0 comments:
Post a Comment