Pages

Labels

Monday, February 9, 2009

Antara Self-esteem dan U'jub..

Saya yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mengikuti kem2 kepimpinan atau motivasi. Saya juga antara penggemar kem2 sebegini. Mana tidaknya, di situlah kita dapat mengasah bakat kepimpinan, menajamkan lidah dan melatih diri untk ke hadapan. Masih saya ingat lagi ketika di sekolah dahulu, kalau ada sahaja peluang bercakap pasti sayalah orang pertama berdiri. Jika ada sahaja ruang memberi komen, mesti saya paling bersemangat.

Semakin lama, saya merasakan telah menjumpai diri yang sebenar. Penerapan itu menatijahkan hasil yang bukan sedikit dalam jiwa. Akulah ketua, akulah yang paling layak, akulah tu, akulah ni. Hasilnya, pujian dan sanjungan bertalu2 sampai di telinga. "Alangkah bagusnya aku dapat berbakti", hati kecilku berkata.

Hakikatnya..

Keyakinan yang aku punyai selama ini adalah penyakit jiwa. Kepimpinan yang aku rasai selama ini adalah kabus yang menyesatkan aku dari hakikat diri yang sebenar. Aku menyedari, lantas ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian: Beza antara self-esteem dan U'jub.

Ramai dari kita yang terlatih dengan latihan yang telah saya sebutkan sebelum ini. Self-esteem yang menyala, keyakinan yang bukan kepalang atau kepimpinan yang petah berkata2. Sebelum saya berkata lebih lanjut, baik kita memahami maksud kedua-dua perkataan di atas.




SELF-ESTEEM. Secara mudahnya dapat kita katakan, keyakinan dan kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri. "Aku boleh!"

UJUB pula boleh dikatakan, kebesaran dan mengagungkan. Ada juga definisi yang menyebut kesukaan terhadap kecantikan. Namun apa yang saya ingin bicarakan di sini adalah ; keagungan, kebesaran, dan kepoweran diri. Ujub merupakan sepupu sepapat kepada takabbur, riya' dan yang sehaluan dengannya.

Ape kesannya kalau ujub?

Ujub membuatkan kita merasakan tindakan atau diri kita berada pada taraf 'ideal'. Kadang2, ujub akan menatijahkan sifat takabur(membesar diri) setelah hasil kerja kita lebih baik dari orang lain. Atau jika kita lebih petah berkata2 dari orang lain. Kita akan merasakan 'aku lebih layak' berbanding dengan orang2 lain. Hasilnya kita akan memandang enteng jasa orang lain dan memandang rendah bakat mereka. Kadang2 sehingga timbul perasaan dengki kalau mereka menandingi kita.




Sahabat.. ujub ni penyakit hati, ia tidak dapat dikesan memalui luaran. Tetapi hasil ujub adakalanya terpancar pada akhlak seseorang yang suka memperkecilkan seseorang.

Paling saya takuti ialah kesannya kepada kader2 dakwah atau pendakwah2 sekarang. Adakalanya kita boleh rase syok sendiri beramal tanpa amal kita dipandang Allah. Da'ie yang ujub cepat berpaling. Lompat sana lompat sini. Sini lambat la.. mesti x reti buat kerja macam kita. Kadang2 ikhwah atau akhawat tu akan menentang dakwah itu sendiri kerana tidak selari degan pendapat mereka. Kesannya kepada dakwah cukup besar.. berhenti atau lambat. Kerana mereka hanya sambil lewa membantu barisan dakwah ; tidak dapat memberikan kerjasama.

Boleh jadi, mereka tidak menghormati naqibnya.. lantaran merasa diri lebih layak untuk menjadi mendapat taklif. Boleh jadi juga, mereka amat bercita2 besar untuk menjadi murabbi yang mempuyai banyak anak2 buah. Hakikatnya, bahasa Arab pun masih belum dikuasai, fikrah juga masih belum betul2 clear. Lantas ini semua akan memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada dai'e.. malahan kepada jemaah. Maafkan saya, tidak berniat untuk menuding kepada mana2 pihak, ini hanya perkongsian berdasarkan kitab 'Afat a'la toriq'. Saya juga tidak berniat untuk mengupas tajuk ini dalam konteks da'ie dan dakwah.

Berbalik kepada ujub dalam konteks kita sebagai student. Adakalanya kita confuse antara self-esteem dan ujub. lalu kita menjadi insan yang pada luarannya smart, mantap, kemas, kerkeyakinan, berkepimpinan, petah berkata2, berbakat dan segala sifat baik. Namun jika diintai dalam hatinya; membangga diri, merasakan diri mulia, mencari populariti, dengki dan takabur. Busuk dan kotor!

Mungkin kita ialah orangnya yang saya sebutkan di atas.. siapa tahu? Tepuk dada tanya iman.

Kalau kita perhatikan ada segelintir manusia yang amat hebat dan perfect di hadapan manusia. Fuh.. kalau berdebat, dialah paling mantap. Kalau berucap, merekalah yang paling fasih. Sehingga mereka selalu dicalonkan memegang jawatan yang tinggi2 malah mungkin menjadi president. Namun apabila berborak dengan mereka kita direndah2kan. Perkara ini biasa berlaku. Dan di mana2 saja berlaku.

Mana datangnya sifat ujub?

Banyak faktor.. antaranya fizikal yang mantap atau cantik, Kekuatan diri, Intelektual yang tajam, keturunan yang baik, pangkat, ramai pengikut dan harta yang melimpah ruah. Inilah sebab2nya ramai dikalangan kita menghidap penyakit ujub.

Bila lihat cermin.."cantiknya aku.." (Ha, terasa la tu)
Bila tengok otot2.."Tough betul badan aku..(Hehe, sori member)

Itu bukan masalahnya.. tetapi ia akan menjadi ujub jika keterlaluan sehingga memandang diri amat sempurna, orang lain apalah sangat.. Ini Bahaya. Sangat bahaya.
Adakalanya kita tidak menyedari langsung dan menganggap self-esteem kita adalah ujub sebenarnya.Jadi.. apa bezanya?

1)Ujub mendorong kita berasa selesa dengan kelebihan diri dan menganggap lebih bagus dari orang lain.. Manakala self-esteem membuatkan kita berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri(tanpa menganggap diri sempurna dan mengecil2kan orang lain)

2)Ujub adalah dilarang dalam Islam.. Self-esteem dituntut dalam islam.


Bagaimana pula self-esteem dalam islam?

Amat dituntut. Jika kita soroti perjuangan rasulullah dan sahabat, mereka amat merasa mulia dengan keagungan islam. Malah yang memuliakan kita adalah islam. Kerana membawa kita kepada pengabdian diri kepada Allah, bukan sesama makhluk. Self-esteem dalam islam ialah; tindakan yang lahir dari penghargaan terhadap kelebihan diri untuk mengembangkannya menuju reda Allah.


"Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah mereka yang bertaqwa"




Ya sahabat, kita tampil kehadapan, kita yakin, kita lantang besuara.. atas dasar taqwa dan keikhlasan untuk mempertahankan islam. Sekiranya tidak perlu kita memberikan pendapat, kita diam. Tawaddu' dan merendah diri. Seandainya tidak perlu kita berdiri, kita duduk memberi peluang kepada orang lain. Jika tidak perlu kita menyebut2 jasa, kita senyap mengunci mulut dari memperlihatkan kepada orang lain. Sekiranya tidak terpilih untuk memimpin, kita rela dipimpin.

Tetapi, sekiranya perlu kita tegakan kebenaran, sampaikan maklumat.. maka kitalah orang pertama yang lantang besuara. Jika kebenaran dipijak2 sehingga menyempitkan dada, maka kitalah yang berdiri mengatakan yang haq. Kita mulia.. hanya dengan islam!

Alangkah indahnya akhlak seorang muslim. Tegas bertempat. Tawaddu' mengikut keadaan. Sesama mereka, kita akan lihat seolah2 seperti biasa. Tetapi apabila keadaan memerlukan, dialah singa yang mengaum kuat sehingga mengecutkan hati tikus-tikus taghut. Sekali lihat mereka berkata lemah-lembut, tetapi apabila haq ditindas mereka memekik dengan amat kasar.

Mungin kita menghidapi sindrom ini..Perlukan rawatan?

1) Punca ujub : Rasa hebat dengan diri. Jadi, terapkan dalam hati, "Diri Aku milik
Allah"
2) Jika melakukan kebaikan, jangan claim 'kita buat'
3) Merasakan bahawa setiap kelebihan adalah anugerah dari Allah semata-mata. Bukan
kehebatan kita.
4) Tidak bersahabat dengan orang ujub (camne nak tau? fikir la sendiri..)
5) Dedahkan diri dengan pelbagai situasi. Barulah kita mengetahui bahawa bukan kita
sahaja mempunyai kelebihan.
6) Minta pandangan dari orang lain.. "adakah aku ni ujub?"
7) Menjauhi pujian
8) Mendengar nasihat orang lain.


Antara self-esteem dan ujub..Sama tapi tak serupa
Amat bahaya; membobrokkan hati, melumat-lumatkan keikhlasan, menyelit antara sela-sela daging dan tulang lalu menyesakkan nafas, memeningkan kepala. Mual, lantas memuntahkan ketakburan.

Self-esteem dan ujub..

Berhati-hati sahabatku!

copy paste from hazim (http://drhazimazhar.blogspot.com)

p/s : thanx to hazim sbab bagi copy..haha..ade jugak terkena btang idung sendiri..saya copy supaya anda boleh mngambil manfaat..begitu juga saya..mari sama2 kita muhasabah diri..

0 comments: