Pages

Labels

Sunday, February 8, 2009

..SAYA GAGAL..





Saya gagal!!!

Apa perasaan anda,bila anda gagal?sedih?malu?kecewa?tak salah untuk kita merasa sedih,kecewa dan malu..tapi jangan sampai sedih itu membuatkan kita rasa kita berputus asa,jangan sampai malu itu membuatkan kita rasa rendah diri sehingga jadi tidak berharga,jangan sampai kecewa menyalahkan takdir yang maha Esa.

Hidup ibarat roda..
Kekadang di atas,kekadang di bawahdan di atas semula..kejayaan tidak semudah yang disangka dan kita sepatutnya bersyukur jika dalam menuju kejayaan,kita menemui kegagalan..kenapa?kerana kegagalan mengajar kita untuk terus berusaha..jangan lupa bahawa kegagalan hanya bersifat sementara kerana selepas ini,manis kejayaan akan berkekalan..
kita sepatutnya bersyukur jika kita gagal,sekurang-kurangnya kita tahu apa erti gagal,dan yang paling penting kita berusaha untuk keluar dari kepompong kegagalan..

The secret of success is TRY HARDER..(J.P Ghetty-Billionaire)
mengimbas kembali kehidupan seharian sebagai seorang pelajar,saya tak nafikan yang saya juga pernah jatuh terjelepok apabila saya tergelincir dari 'zon selesa' saya..Lumrah manusia,'selagi tak terhantuk,selagi itu tak terngadah'..Kita cepat berpuas hati bila kita sudah berada di 'zon selesa' hingga kita tak pernah berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari apa kita hari ini..keselesaan itu membuatkan kita fikir kita sudah berjaya dan tak mungkin akan jatuh..kita silap!zon selesa tidak menjanjikan apa-apa kerana success is a journey not a destination..kesilapan kita memikirkan kita akan selama-lamanya berada di zon selesa,membuatkan kita mungkin akan terkena stroke apabila kita gagal..bunyinya macam kelakar,tapi inilah kebenarannya..kita tidak bersedia untuk menghadapi kegagalan itu..

Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah..
bagi mereka yang berjaya tanpa menemui kegagalan,anda RUGI..anda tak pernah merasai apa itu pengalaman yang mengajar kita untuk sentiasa berusaha..anda tidak merasa manisnya kejayaan yang dahulunya disulami kegagalan dan onak duri..tetapi ada ke dalam dunia ini orang yang tak pernah gagal???sounds weird~~

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah,saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah..(Dr. Syukri Abdullah)..
tak perlu kita berkurung dengan perasaan kecewa dan sedih itu sehinggakan kita berputus asa..kita perlukan kegagalan itu itu membakar semangat kita!!lihat sahaja Thomas Edison yang tak pernah berputus asa untuk terus mencuba untuk mencipta mentol!!ayuh bangkit semua sahabatku..gagal sekali tak bermakna gagal selamanya..

salam mujahadah dari,
IEKA,
BAIT SYIFA',SYARI' MUDIR..

p/s :diyane,i'm proud of you..

0 comments: