Pages

Labels

Sunday, February 8, 2009

RAJUK KE ISKANDARIAH~




..ahli bait tercinta..kami berempat tanpa Hana yang tiggal di Zagazig..


ISKANDARIAH,
3 Feb 09..

kali ke 2 aku menjejakkan kaki ke bumi Iskandariah(aka Alexandria) sepanjang 3 tahun aku berada di bumi Mesir..kedatangan kami ke bumi Iskandariah ini disambut oleh merah senja,sesaujana mata memandang....kelihatan sang suria nun jauh di ufuk Barat,mencari ruang untuk menyembunyikan diri ..subhanallah,indah sungguh ciptaanMu tuhan!hilang ke'sengalan' kami sepanjang perjalanan dari Zagazig yang memakan masa selam 3 jam tadi..sejurus sampai,kami dijemput oleh k.Huda(alamak,nama kami sama!) dan k.Shikin bersama suaminya..
langkah kami ke imarah Marjan disambut mesra oleh k.Am dan Kudus(nama sebenar Kudsiyyah,tapi aizah dengan 'selambanya' panggil kudut@kuduih)..maafla Kudus,akak tak terlibat..malam kami dihabiskan di syaqah marjan malam ini..tidak ke mana..kata k.Huda,biarlah hilang penat dulu..kami berempat berusaha mengenali k.Huda,k.Am n Kudus dengan lebih dekat..peramah..itu mereka..belum sehari kami berkenalan,terasa bagai sudah lama mengenali mereka..aku sendiri yang selalunya ambil masa untuk bergurau senda dengan orang yang baru kukenali,entah mengapa menjadi begitu bersahaja..manisnya ukhwah yang baru terbina..sungguh aku tak menafikan inilah kali pertama aku tak terasa janggal bila berada di tempat orang..ilmu apa yang mereka pakai agaknya..malam berlalu pantas,aku mengambil peluang menyiapkan saki baki urusan yang tidak sempat kusiapkan di Zagazig..

4 Feb 09..

Bangun seawal Subuh,kesejukan angin pantai mencengkam tubuh kami..sejuk-sejuk begini seronok kalau dapat ber'dating' dengan encik saratoga..rasa excited mahu berjalan pagi ini melenyapkan terus rasa ingin terus berhibernasi di bawah selimut tebal itu..hehe..sambil membantu k.Huda menyiapkan sarapan,bnyak yang kami bualkan..dari hal sendiri,hinggalah ke masalh umat..terima kasih akak atas perkongsian itu..Pagi ini kami dibawa ke melawat ke makam..tempat yang pernah kami pergi 2 tahun yang lalu..apa salahnya melawat lagi?hehe..kemudian kami bermain di pantai..seronoknya..di zagazig cuma ada sungai Nil yang penuh dengan 'harta karun'..huhu..pukul 11 pagi kami pulang ke rumah kerana k.Huda ada kelas khat pagi ini..kami akur,kenalah ikut tuan rumah,kan..Kudus membawa kami ber'shopping' di kawasan sekitar..masih teringat kembali saat aku yang terlanggar cermin di Fathallah..malunya..mujur piah shaja yang nampak..sudah bermata empat pun aku masih boleh tak nampak cermin itu..selepas solat Zohor,aku mengambil peluang ke markaz DPMI..aku melangkah berseorangan..rupanya masih kuat ingatnku kerana mampu sampai ke markas DPMI..hehe..hajat hati mahu melepaskan rindu pada seseorang..k.Akmar Molek..sesuai dengan namanya..orangnya memang kecil molek..lama juga kami berbual sementara menunggu sahabat yang lain bersiap untuk ke mansyiah petang ini..shopping lagi!malam kami dihabiskan dengan santapan seafood yang enak..melayang juga LE 220 untuk kami 10 orang..makan puas-puas,di zagazig tak ada!


buat apakah~~


mereka tanpa saya..




yummy..


with aizah di balik air..

5 Feb 09..
kami bersiap awal untuk bertolak ke Zagazig..ada mesyuarat yang perlu kami kejar pukul 1.30 nanti..kata k.Huda,kenapa tak tidur lama,kalau tak boleh juga dibawa ke tempat lain..maaf kak,insyaAllah kami akan datang summer nanti..terima kasih Ya Allah..terima kasih kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang tabah dan memahami antara kami...terima kasih di atas ukhwah yang manis itu..alfu syukran kepada k.Huda,k.Am,Kudus,k.Jah,k.Shikin n suami..kami akan datang lagi nanti..


tak sedar kasutku yang kebasahan..

0 comments: