Pages

Monday, February 9, 2009

NISA' GAMES..



Makan tak kenyang,
Tidur tak lena,
Mandi tak basah..

Rasanya semua pun begitu,menanti dengan penuh debaran tarikh keramat 7 FEB 2009..
akhirnya tiba juga..
NISA' GAMES..
Program anjuran Organisasi Perubatan Zagazig dengan kerjasam DPMZ ini merupakan
program yang buat julung kalinya dikendalikan oleh akhawat sendiri..Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan walaupun dengan kehadiran 85% daripada target asal..

Program ini bukan diadakan untuk bermain semata-mata,tapi objektifnya untuk mengeratkan ukhwah antara kami..memberi peluang kepada kami(senior2) untuk mengenali junior,begitu juga sebaliknya..Program ini juga memberi pengalaman bermakna buat kami,bagaimana mengendalikan sesuatu program..

Tahniah buat adhoc2 yang terlibat di bawah pimpinan DR AZLIZAN SUPIAN dan PEMBANTUNYA..huhu..terima kasih kepada adhoc2 yang terlibat dan telah memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk menjayakan program ini..

Kepada adik-adikku ..Tahniah kerana berjaya melawan nafsu untuk meredah kabus pagi melangkah ke Dewan DPMZ..terima kasih kerana menghadirkan diri walaupun lelah mendaki Sinai belum pun hilang..

Kepada sahabat dan adik2 sekalian,diharapkan agar ukhwah yang terbina antara kita ini akan berkekalan dan mendapat tempat di sisiNya..Maaf atas segala kekurangan sepanjang program ini berjalan..Kami budak baru belajar..

DI SEBALIK TABIR~





DI DEPAN TABIR~~

hasil kerja
NOR AIZAH MUHAMMAD
setiausaha



laris betul~~


yummy~ air tangan
NUR ADILA KAMRUDDIN
bendahari



401 biji kacang yang bes
NORSUrIATI KHAMIS
eks program



tegas~
NURUL NAJUWA SAZALI
eks disiplin



enak~
SAFIYYAH AMINUDIN
eks persegaran



kreatif~
LIYANA ASHAARI
eks cenderahati



kesian diorang kena makan carrot,timun,tomato mentah n zaitun!!



mereka yang khusyu' mendengar husna berceloteh~

Antara Self-esteem dan U'jub..

Saya yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mengikuti kem2 kepimpinan atau motivasi. Saya juga antara penggemar kem2 sebegini. Mana tidaknya, di situlah kita dapat mengasah bakat kepimpinan, menajamkan lidah dan melatih diri untk ke hadapan. Masih saya ingat lagi ketika di sekolah dahulu, kalau ada sahaja peluang bercakap pasti sayalah orang pertama berdiri. Jika ada sahaja ruang memberi komen, mesti saya paling bersemangat.

Semakin lama, saya merasakan telah menjumpai diri yang sebenar. Penerapan itu menatijahkan hasil yang bukan sedikit dalam jiwa. Akulah ketua, akulah yang paling layak, akulah tu, akulah ni. Hasilnya, pujian dan sanjungan bertalu2 sampai di telinga. "Alangkah bagusnya aku dapat berbakti", hati kecilku berkata.

Hakikatnya..

Keyakinan yang aku punyai selama ini adalah penyakit jiwa. Kepimpinan yang aku rasai selama ini adalah kabus yang menyesatkan aku dari hakikat diri yang sebenar. Aku menyedari, lantas ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian: Beza antara self-esteem dan U'jub.

Ramai dari kita yang terlatih dengan latihan yang telah saya sebutkan sebelum ini. Self-esteem yang menyala, keyakinan yang bukan kepalang atau kepimpinan yang petah berkata2. Sebelum saya berkata lebih lanjut, baik kita memahami maksud kedua-dua perkataan di atas.




SELF-ESTEEM. Secara mudahnya dapat kita katakan, keyakinan dan kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri. "Aku boleh!"

UJUB pula boleh dikatakan, kebesaran dan mengagungkan. Ada juga definisi yang menyebut kesukaan terhadap kecantikan. Namun apa yang saya ingin bicarakan di sini adalah ; keagungan, kebesaran, dan kepoweran diri. Ujub merupakan sepupu sepapat kepada takabbur, riya' dan yang sehaluan dengannya.

Ape kesannya kalau ujub?

Ujub membuatkan kita merasakan tindakan atau diri kita berada pada taraf 'ideal'. Kadang2, ujub akan menatijahkan sifat takabur(membesar diri) setelah hasil kerja kita lebih baik dari orang lain. Atau jika kita lebih petah berkata2 dari orang lain. Kita akan merasakan 'aku lebih layak' berbanding dengan orang2 lain. Hasilnya kita akan memandang enteng jasa orang lain dan memandang rendah bakat mereka. Kadang2 sehingga timbul perasaan dengki kalau mereka menandingi kita.




Sahabat.. ujub ni penyakit hati, ia tidak dapat dikesan memalui luaran. Tetapi hasil ujub adakalanya terpancar pada akhlak seseorang yang suka memperkecilkan seseorang.

Paling saya takuti ialah kesannya kepada kader2 dakwah atau pendakwah2 sekarang. Adakalanya kita boleh rase syok sendiri beramal tanpa amal kita dipandang Allah. Da'ie yang ujub cepat berpaling. Lompat sana lompat sini. Sini lambat la.. mesti x reti buat kerja macam kita. Kadang2 ikhwah atau akhawat tu akan menentang dakwah itu sendiri kerana tidak selari degan pendapat mereka. Kesannya kepada dakwah cukup besar.. berhenti atau lambat. Kerana mereka hanya sambil lewa membantu barisan dakwah ; tidak dapat memberikan kerjasama.

Boleh jadi, mereka tidak menghormati naqibnya.. lantaran merasa diri lebih layak untuk menjadi mendapat taklif. Boleh jadi juga, mereka amat bercita2 besar untuk menjadi murabbi yang mempuyai banyak anak2 buah. Hakikatnya, bahasa Arab pun masih belum dikuasai, fikrah juga masih belum betul2 clear. Lantas ini semua akan memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada dai'e.. malahan kepada jemaah. Maafkan saya, tidak berniat untuk menuding kepada mana2 pihak, ini hanya perkongsian berdasarkan kitab 'Afat a'la toriq'. Saya juga tidak berniat untuk mengupas tajuk ini dalam konteks da'ie dan dakwah.

Berbalik kepada ujub dalam konteks kita sebagai student. Adakalanya kita confuse antara self-esteem dan ujub. lalu kita menjadi insan yang pada luarannya smart, mantap, kemas, kerkeyakinan, berkepimpinan, petah berkata2, berbakat dan segala sifat baik. Namun jika diintai dalam hatinya; membangga diri, merasakan diri mulia, mencari populariti, dengki dan takabur. Busuk dan kotor!

Mungkin kita ialah orangnya yang saya sebutkan di atas.. siapa tahu? Tepuk dada tanya iman.

Kalau kita perhatikan ada segelintir manusia yang amat hebat dan perfect di hadapan manusia. Fuh.. kalau berdebat, dialah paling mantap. Kalau berucap, merekalah yang paling fasih. Sehingga mereka selalu dicalonkan memegang jawatan yang tinggi2 malah mungkin menjadi president. Namun apabila berborak dengan mereka kita direndah2kan. Perkara ini biasa berlaku. Dan di mana2 saja berlaku.

Mana datangnya sifat ujub?

Banyak faktor.. antaranya fizikal yang mantap atau cantik, Kekuatan diri, Intelektual yang tajam, keturunan yang baik, pangkat, ramai pengikut dan harta yang melimpah ruah. Inilah sebab2nya ramai dikalangan kita menghidap penyakit ujub.

Bila lihat cermin.."cantiknya aku.." (Ha, terasa la tu)
Bila tengok otot2.."Tough betul badan aku..(Hehe, sori member)

Itu bukan masalahnya.. tetapi ia akan menjadi ujub jika keterlaluan sehingga memandang diri amat sempurna, orang lain apalah sangat.. Ini Bahaya. Sangat bahaya.
Adakalanya kita tidak menyedari langsung dan menganggap self-esteem kita adalah ujub sebenarnya.Jadi.. apa bezanya?

1)Ujub mendorong kita berasa selesa dengan kelebihan diri dan menganggap lebih bagus dari orang lain.. Manakala self-esteem membuatkan kita berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri(tanpa menganggap diri sempurna dan mengecil2kan orang lain)

2)Ujub adalah dilarang dalam Islam.. Self-esteem dituntut dalam islam.


Bagaimana pula self-esteem dalam islam?

Amat dituntut. Jika kita soroti perjuangan rasulullah dan sahabat, mereka amat merasa mulia dengan keagungan islam. Malah yang memuliakan kita adalah islam. Kerana membawa kita kepada pengabdian diri kepada Allah, bukan sesama makhluk. Self-esteem dalam islam ialah; tindakan yang lahir dari penghargaan terhadap kelebihan diri untuk mengembangkannya menuju reda Allah.


"Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah mereka yang bertaqwa"




Ya sahabat, kita tampil kehadapan, kita yakin, kita lantang besuara.. atas dasar taqwa dan keikhlasan untuk mempertahankan islam. Sekiranya tidak perlu kita memberikan pendapat, kita diam. Tawaddu' dan merendah diri. Seandainya tidak perlu kita berdiri, kita duduk memberi peluang kepada orang lain. Jika tidak perlu kita menyebut2 jasa, kita senyap mengunci mulut dari memperlihatkan kepada orang lain. Sekiranya tidak terpilih untuk memimpin, kita rela dipimpin.

Tetapi, sekiranya perlu kita tegakan kebenaran, sampaikan maklumat.. maka kitalah orang pertama yang lantang besuara. Jika kebenaran dipijak2 sehingga menyempitkan dada, maka kitalah yang berdiri mengatakan yang haq. Kita mulia.. hanya dengan islam!

Alangkah indahnya akhlak seorang muslim. Tegas bertempat. Tawaddu' mengikut keadaan. Sesama mereka, kita akan lihat seolah2 seperti biasa. Tetapi apabila keadaan memerlukan, dialah singa yang mengaum kuat sehingga mengecutkan hati tikus-tikus taghut. Sekali lihat mereka berkata lemah-lembut, tetapi apabila haq ditindas mereka memekik dengan amat kasar.

Mungin kita menghidapi sindrom ini..Perlukan rawatan?

1) Punca ujub : Rasa hebat dengan diri. Jadi, terapkan dalam hati, "Diri Aku milik
Allah"
2) Jika melakukan kebaikan, jangan claim 'kita buat'
3) Merasakan bahawa setiap kelebihan adalah anugerah dari Allah semata-mata. Bukan
kehebatan kita.
4) Tidak bersahabat dengan orang ujub (camne nak tau? fikir la sendiri..)
5) Dedahkan diri dengan pelbagai situasi. Barulah kita mengetahui bahawa bukan kita
sahaja mempunyai kelebihan.
6) Minta pandangan dari orang lain.. "adakah aku ni ujub?"
7) Menjauhi pujian
8) Mendengar nasihat orang lain.


Antara self-esteem dan ujub..Sama tapi tak serupa
Amat bahaya; membobrokkan hati, melumat-lumatkan keikhlasan, menyelit antara sela-sela daging dan tulang lalu menyesakkan nafas, memeningkan kepala. Mual, lantas memuntahkan ketakburan.

Self-esteem dan ujub..

Berhati-hati sahabatku!

copy paste from hazim (http://drhazimazhar.blogspot.com)

p/s : thanx to hazim sbab bagi copy..haha..ade jugak terkena btang idung sendiri..saya copy supaya anda boleh mngambil manfaat..begitu juga saya..mari sama2 kita muhasabah diri..

Sunday, February 8, 2009

RAJUK KE ISKANDARIAH~




..ahli bait tercinta..kami berempat tanpa Hana yang tiggal di Zagazig..


ISKANDARIAH,
3 Feb 09..

kali ke 2 aku menjejakkan kaki ke bumi Iskandariah(aka Alexandria) sepanjang 3 tahun aku berada di bumi Mesir..kedatangan kami ke bumi Iskandariah ini disambut oleh merah senja,sesaujana mata memandang....kelihatan sang suria nun jauh di ufuk Barat,mencari ruang untuk menyembunyikan diri ..subhanallah,indah sungguh ciptaanMu tuhan!hilang ke'sengalan' kami sepanjang perjalanan dari Zagazig yang memakan masa selam 3 jam tadi..sejurus sampai,kami dijemput oleh k.Huda(alamak,nama kami sama!) dan k.Shikin bersama suaminya..
langkah kami ke imarah Marjan disambut mesra oleh k.Am dan Kudus(nama sebenar Kudsiyyah,tapi aizah dengan 'selambanya' panggil kudut@kuduih)..maafla Kudus,akak tak terlibat..malam kami dihabiskan di syaqah marjan malam ini..tidak ke mana..kata k.Huda,biarlah hilang penat dulu..kami berempat berusaha mengenali k.Huda,k.Am n Kudus dengan lebih dekat..peramah..itu mereka..belum sehari kami berkenalan,terasa bagai sudah lama mengenali mereka..aku sendiri yang selalunya ambil masa untuk bergurau senda dengan orang yang baru kukenali,entah mengapa menjadi begitu bersahaja..manisnya ukhwah yang baru terbina..sungguh aku tak menafikan inilah kali pertama aku tak terasa janggal bila berada di tempat orang..ilmu apa yang mereka pakai agaknya..malam berlalu pantas,aku mengambil peluang menyiapkan saki baki urusan yang tidak sempat kusiapkan di Zagazig..

4 Feb 09..

Bangun seawal Subuh,kesejukan angin pantai mencengkam tubuh kami..sejuk-sejuk begini seronok kalau dapat ber'dating' dengan encik saratoga..rasa excited mahu berjalan pagi ini melenyapkan terus rasa ingin terus berhibernasi di bawah selimut tebal itu..hehe..sambil membantu k.Huda menyiapkan sarapan,bnyak yang kami bualkan..dari hal sendiri,hinggalah ke masalh umat..terima kasih akak atas perkongsian itu..Pagi ini kami dibawa ke melawat ke makam..tempat yang pernah kami pergi 2 tahun yang lalu..apa salahnya melawat lagi?hehe..kemudian kami bermain di pantai..seronoknya..di zagazig cuma ada sungai Nil yang penuh dengan 'harta karun'..huhu..pukul 11 pagi kami pulang ke rumah kerana k.Huda ada kelas khat pagi ini..kami akur,kenalah ikut tuan rumah,kan..Kudus membawa kami ber'shopping' di kawasan sekitar..masih teringat kembali saat aku yang terlanggar cermin di Fathallah..malunya..mujur piah shaja yang nampak..sudah bermata empat pun aku masih boleh tak nampak cermin itu..selepas solat Zohor,aku mengambil peluang ke markaz DPMI..aku melangkah berseorangan..rupanya masih kuat ingatnku kerana mampu sampai ke markas DPMI..hehe..hajat hati mahu melepaskan rindu pada seseorang..k.Akmar Molek..sesuai dengan namanya..orangnya memang kecil molek..lama juga kami berbual sementara menunggu sahabat yang lain bersiap untuk ke mansyiah petang ini..shopping lagi!malam kami dihabiskan dengan santapan seafood yang enak..melayang juga LE 220 untuk kami 10 orang..makan puas-puas,di zagazig tak ada!


buat apakah~~


mereka tanpa saya..




yummy..


with aizah di balik air..

5 Feb 09..
kami bersiap awal untuk bertolak ke Zagazig..ada mesyuarat yang perlu kami kejar pukul 1.30 nanti..kata k.Huda,kenapa tak tidur lama,kalau tak boleh juga dibawa ke tempat lain..maaf kak,insyaAllah kami akan datang summer nanti..terima kasih Ya Allah..terima kasih kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang tabah dan memahami antara kami...terima kasih di atas ukhwah yang manis itu..alfu syukran kepada k.Huda,k.Am,Kudus,k.Jah,k.Shikin n suami..kami akan datang lagi nanti..


tak sedar kasutku yang kebasahan..

..SAYA GAGAL..





Saya gagal!!!

Apa perasaan anda,bila anda gagal?sedih?malu?kecewa?tak salah untuk kita merasa sedih,kecewa dan malu..tapi jangan sampai sedih itu membuatkan kita rasa kita berputus asa,jangan sampai malu itu membuatkan kita rasa rendah diri sehingga jadi tidak berharga,jangan sampai kecewa menyalahkan takdir yang maha Esa.

Hidup ibarat roda..
Kekadang di atas,kekadang di bawahdan di atas semula..kejayaan tidak semudah yang disangka dan kita sepatutnya bersyukur jika dalam menuju kejayaan,kita menemui kegagalan..kenapa?kerana kegagalan mengajar kita untuk terus berusaha..jangan lupa bahawa kegagalan hanya bersifat sementara kerana selepas ini,manis kejayaan akan berkekalan..
kita sepatutnya bersyukur jika kita gagal,sekurang-kurangnya kita tahu apa erti gagal,dan yang paling penting kita berusaha untuk keluar dari kepompong kegagalan..

The secret of success is TRY HARDER..(J.P Ghetty-Billionaire)
mengimbas kembali kehidupan seharian sebagai seorang pelajar,saya tak nafikan yang saya juga pernah jatuh terjelepok apabila saya tergelincir dari 'zon selesa' saya..Lumrah manusia,'selagi tak terhantuk,selagi itu tak terngadah'..Kita cepat berpuas hati bila kita sudah berada di 'zon selesa' hingga kita tak pernah berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari apa kita hari ini..keselesaan itu membuatkan kita fikir kita sudah berjaya dan tak mungkin akan jatuh..kita silap!zon selesa tidak menjanjikan apa-apa kerana success is a journey not a destination..kesilapan kita memikirkan kita akan selama-lamanya berada di zon selesa,membuatkan kita mungkin akan terkena stroke apabila kita gagal..bunyinya macam kelakar,tapi inilah kebenarannya..kita tidak bersedia untuk menghadapi kegagalan itu..

Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah..
bagi mereka yang berjaya tanpa menemui kegagalan,anda RUGI..anda tak pernah merasai apa itu pengalaman yang mengajar kita untuk sentiasa berusaha..anda tidak merasa manisnya kejayaan yang dahulunya disulami kegagalan dan onak duri..tetapi ada ke dalam dunia ini orang yang tak pernah gagal???sounds weird~~

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah,saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah..(Dr. Syukri Abdullah)..
tak perlu kita berkurung dengan perasaan kecewa dan sedih itu sehinggakan kita berputus asa..kita perlukan kegagalan itu itu membakar semangat kita!!lihat sahaja Thomas Edison yang tak pernah berputus asa untuk terus mencuba untuk mencipta mentol!!ayuh bangkit semua sahabatku..gagal sekali tak bermakna gagal selamanya..

salam mujahadah dari,
IEKA,
BAIT SYIFA',SYARI' MUDIR..

p/s :diyane,i'm proud of you..

Tuesday, February 3, 2009

..SEPI ITU BERGANTI..

aku memandang sepi peta dunia yang 'menempel' di bilikku..
pandangan yang mampu menembusi dinding rumah baba,barangkali..
angan2 ke Jordan dan Syria dirobek dek deru arus sungai Nil..
sedih,terkilan..tapi aku pasrah..mereka juga..sudah hukumnya begitu..
pasti ada hikmahnya kan..
dan kita hanya mampu merancang,Tuhan telah menetapkan segala-galanya..

ya,disitu memang ada hikmahnya..
terlupa seketika kesedihan itu lantaran kesibukan kami menguruskan beberapa hal..
moga kesedihan itu berlalu bersama debu2 Mesir..

NISA' GAMES..
pastinya kalau kami jadi ke Jordan kami takkan terlibat dengan Nisa Games..
bertemakan UKHTI(UKHWAH TEGUH,IKATAN TEGUH)..
program yang insyaAllah akan mengukuhkan ukhwah antara kami antara pelajar tahun 3 n tahun 1 perubatan..
mana mungkin aku kenal junior2 ku yang seramai 89 orang itu kalau kami masih berdegil ke Jordan..
semoga kalian teruja dan mendapat manfaat dari program ini..jom ramai2 meriahkan dewan!!


FASCIOLAPSIS BUSKI..
parasit ini menghantuiku..
pastinya kalau kami ke Jordan akan menyebabkan assignment ini bertangguh..
sudah hampir sebulan tugasan ini diberikan..bukan bertangguh sebab malas..tapi bertangguh lantaran kesibukan menghadapi imtihan yang lepas..hurm..tak mengapa,prof suruh submit selepas winter break..maknanya ada lebih kurang 10 hari lagi..semenjak cuti bermula,hampir 40% aku sudah siapkan..pasti kalau aku ke jordan peratusannya negatif infiniti..


MEMBACA..
masa yang berlalu,kuisi penuh dengan bacaan..
menyentuh kitab2 yang berdiri tegak di atas meja study ini,kitab2 yang sentiasa rindukan sentuhanku..dapat juga menambah ilmu kan..
sedang cuba menghabiskan novel2 yang ditinggalkan sepi di bilikku,yang selama ini mengumpul habuk di kulitnya..
membuka semula helaian-helaian motivasi yang mampu membuatkan aku bersemangat semula..How To Become A Good n Successful Medical Student..aku tak pernah jemu mengulangi bacaan untuk buku yang satu ini..teringat pula kepada buku yang kutinggalkan di Malaysia,Rich Dad Poor Dad..belum sempat ku habiskan bacaan,ia tertinggal sewaktu aku pulang ke Malaysia dulu..
menyelak-nyelak 4 buah buku yang baru kubeli itu..How to Develop Self-Confidence and Influence People by Public Speaking..salah satu buku yang baru kubeli..
dan sekarang,dalam proses menghabiskan Aku Terima Nikahnya..


IMTIHAN..
perasaan gembira untuk melenyapkan buku gamaah buat sementara ketika cuti ini,digegarkan dengan berita bahawa selepas naik cuti ini,exam oral untuk our killer subject,PATHOLOGY akan dadakan..
dalam rungutanku,aku masih mampu bersyukur,sekurang-kurangnya dengan tidak ke Jordan,kami punya banyak masa untuk mengulangkaji pelajaran..
dapat juga menyelak buku pharma,parasit dan microb..

MASA LAPANG..
tentunya,masa banyak terluang..kan kucuba memanfaatkan setiap masa yang ada..
mengimbas kembali surah2 yang hampir kulupakan..hajat besar untuk mengahafal 3o juzuk itu,entah bila akan terlaksana..
membaca,itu salah satunya..Aku Terima Nikahnya,masih di pertengahan..moga sempat kuhabiskan sebelum 5 feb nanti..
sudoku juga setia menemaniku..rindu matematik dan fizik!!..sudoku sahaja yang mengubat rindu itu..
dan pastinya aku sempat untuk mengepos selendang2 yang dikirim sahabatku di Malaysia sebelum dia ke New Zealand..

hurm..jam menunjukkan pukul 8.05 pagi..insyaAllah selepas zohor ini kami akan melebarkan langkah ke Alex...mebawa rajuk,lebih kurang..huhu..aku harus bersiap kerana ada perkara yang harus diselesaikan sebelum ke Alex..sasaranku untuk ke Salam pagi ini,kemudian ke pejabat pos,ke Ghazawi untuk mendapatkan UNO BLOCK dan ke pejabat EGYPT AIR..kemudian baru bergerak ke Alex..semoga semuanya sempat kuselesaikan hari ini..Ameen..

p/s : selamat bercuti..kepada junior2 n senior tahun 3..diharapkana anda akan hadir untuk memeriahkan NISA' GAMES..sebarang masalah 3 pertanyaan,sila hubungi k.izan,k.ika atau k.maya ok..alfu syukran~~

Sunday, February 1, 2009

tongue-tied


juz bought these books..n those books in malay really made us 'kejakunan' during da ma'arad..


what on earth possesed me to buy this??hehe..
lookin 4 abiding courage
to overcome the tongue-tied n audience-fear of mine!!