Pages

Tuesday, December 30, 2008

KHUTWATUL JADID, LANGKAH BARU

salam tahun baru,AWAL MUHARRAM~~
1 Muharram,tanda bermulanya tahun baru islam..
1430 HIJRAH..

Seperti yang kita sedia maklum,hijrah itu disisonimkan dengan sejarah penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah..bukan itu yang nak saya tekankan di sini..Dalam konteks kehidupan kita,hijrah bukan semata tempat atau lokasi..Hijrah itu sendiri membawa maksud perpindahan..Jadi di sini moleklah kiranya kita mengaplikasikan perkataan hijrah itu dalam kehidupan seharian sebagai berpindah dari sesuatu yang buruk kepada yang baik..Atau berpindah dari yang baik kepada yang lebih baik..:)

perubahan diri sendiri..
azam baru nak belajar sunguh-sungguh..
NAK MUMTAZ!!(bkan us mumtaz,marah k.pa'i nnti)
erm..
perubahan..
perubahan..
perubahan:)..
YA Allah moga diberikan kekuatan dan istiqamah kepada hambaMu ini..

menjawab persoalan THE THINKER..
"pada pandangan enti baguskah berbilang persatuan dlm konteks membela Palestin serta umat islam di Malaysia khususnya?"..


erm,memang tak salah berbilang persatuan,asalkan satu matlamat yang sama..bak kata piah,
"persatuan xperlu dipertikaikan...yg penting pembelaan, dakwah dan islam...."
yang menjadi masalahnya,kepelbagaian persatuan,bila di kalangan persatuan-persatuan ini sendiri,timbul perbalahan siapa hebat,siapa tidak?siapa betul,siapa salah?..matlamat jauh lagi nak dicapai,tetapi masalah macam inilah yang membuatkan kita,umat islam tak mampu nak bersatu padu menjayakan sesuatu..tak ada istilah "ayam hebat di reban,kambing hebat di kandang"..sebagai orang yang berpendidikan,mengukuhkan institusi Islam adalah lebih utama dari setakat memandang kepentingan persatuan masing-masing..kan?


“Mukmin antara mukmin adalah umpama bangunan. Masing-masing memperkukuhkan antara satu sama lain” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

wallahualam..ini pendapat saya..


..PALESTIN BERMANDIKAN DARAH..
MARAH??
siapa yang tak marah..

SEDIH??
siapa tak sedih..

GERAM??

siapa tak geram??

TAPI..
itu sahajakah?
duduk besimpuh di kaca tv melihat berita..
melempias marah dengan mengecam ISRAEL LAKNATULLAH ..
menghitung angka korban,cedera..
itu sahajakah??
berdoa..
ya betul,"doa senjata orang mukmin"..
tapi tegarkah kita menyaksikan saudara-saudara kita ditindas..
dihina di tanah air sendiri..

hak mereka dicabul!!


UKHWAH..
mana perginya istilah "cubit peha kanan,peha kiri terasa jua"..

terlupakah kita,"berat mata memandang,berat lagi bahu memikul"..

PASTI..
di suatu sudut,ZIONIS gerun andainya seluruh umat Islam bersatu..
kembalikan zaman kegemilangan Islam..

kembalikan hak-hak orang PALESTIN!!

nah!!bila lagi?
MEREKA SAUDARA KITA..




MALAYSIA..
apabila Bosnia diserang,Malaysia mengecam tindakan Serbia..
apabila Afghanistan diserang, Malaysia mengecam tindakan Amerika..
apabila Iraq diserang,Malaysia mengecam tindakan Amerika..
apabila Palestin diserang,Malaysia mengecam tindakan Israel..
apabila Malaysia diserang,adakah Malaysia akan terus mengecam tindakan penyerang??..........

saya inginkan perubahan..

kami inginkan perubahan..

mereka inginkan perubahan..

kita perlukan perubahan..


Ya Allah,bantulah pejuang-pejuangMu di Palestin,hancurkan Israel laknatullah..
ameen..

p/s: sedih ni..

final exam

30 DEC 2008..

tidur x lena..
symptom2 diarrhea..
tekanan..
huhu,perasaan yang x asing lagi kalau nak exam..

doakan kami..
final exam 4 immunology..
semoga mumtaz semua ~~

"..dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.."(2:45)

p/s: teringat exam parasite 2 hari lepas,alhamdulillah, prof tanya 2 soalan je(infective stage of taenia solium n parasite for spargonosis)..tup tup dpat fullmark..moga hari ini kita semua dipermudahkan~~ameen..

Saturday, December 13, 2008

aku jatuh cinta

huhu..
baru je aku kenal lagu ni..
tu pun tau dri page ustz salman maskuri..
juz nice~~


RAPUH-OPICK

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s:aku suka ayat terakhir ni..'semua berakhir padaMu'..

Opick - Rapuh.mp3

Friday, December 12, 2008

raya oh raya

alhamdulillah,sempena aidiladha ni dapat jugak cuti seminggu..tapi tu pun macam x cuti..

jumaat: bz dengan usrah junior n usrah kami sendiri,
sabtu: aku with aizah n piah trun cairo,ade hal sikit..
ahad:
bawak junior jalan n menyiapkan bahan untuk hari raya coz kami nak msak rendang ayam,daging,nasi himpit,lodeh,kuah kacang,ayam masak merah,sayur goreng n kek coklat..nak kena buat kerisik lagi..mlam tu memang tido lambat..
besh~~

isnin: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
pkul 3 pagi aku dah bangun untukmasak rendang ayam..malm tadi x sempat coz masak benda lain..lebih kurang pukul 4.30 yang lain dah start bangun coz masing2 nak mandi sunat raya..
jammenunjukkan pukul 5.15 pagi,masing2 dah kelam kabut coz ustz faiz ada ingatkan kalau nak pegi sembahyang raya kat istad,pegi awal2 dalam pukul 5.15 pagi..takut orang ramai..hadei..cepat2..tpi kami terlewat sikit..dalam pukul 5.45 baru gerak ke istad..masa tu dah ramai jugak orang,tapi still ada ruang..takbir start dalm pkul 7..orang ngah dok berpusu-pusu cari tempat,kami dok sibuk2 posing depan kamera..Alhamdulillah,setelah tiga tahun duduk egypt ni,berkesempatan jugak solat raya kat istad n dengar takbir arab..sedih jugak..isk~~..
sebelum ni ada je halangn x dapat solat raya kat istad..1st year raya kat cairo..2nd year satu rumah terlambat bangun..masak punya pasal..haha..


sembahyang raya kat istad..

dalam pukul 9 pegi salam tengok 3 ekor unta ditumbangkan..tahun ni rezeki lebih..alhamdulillah..then,melawat si kecil molek wirdani..comel sangatla anda ni..geram betol..ni ada banyak pic aku dengan wirdani..hoho..jangan jeles..



sayang wirdani sayang~~
balik masa zohor masak pulak untuk orang merewang..keledek goreng..hoho..malam tu tido awal coz pukul 12 malam ada misi membuat donat untuk 300 orang..erk~~..belakang cerita...

selasa: sambutan aidiladha kat dpmz..ada kemusykilan ni..lakonan exco2 tu cerita sedih ke kelakar..huhu..bila part ustz faiz,sedih je..bila part lakonan,bukan main kelakar lagi..papepun,memang bes..tahniah~~
rabu: pergi rumah dr.amal..king of pathology..haha..sampai maghrib..



kat rumah dr.amal~~


khamis: pergi mansurah,ada usrah n rumah terbuka..pukul 8 ke mansurah..lepas zohor balik zagzig n lepas asar bertolak ke cairo..pegi ceramah motivasi kat rumah johor by dr. haikal n ustz hanafi..memang bes..hostnya pon bes..huhu..kol 11 bertolak balik zagzig n smpai dalam kol 1.3opagi..sampai rumah buakk buku jap then tdo kol 2.30 pgi..penat yang teramat~~

jumaat: usrah bersama adik2..petang jumaaa(nilah time aku tengah menaip)..baru petang ni terasa nikmat cuti..hehe..naik cuti ni je ada exam patho 4 3 subtopics:immunopathology,infectious diseases, environmental n nutritional diseases..
mari baca buku..
tapi jangn baca buku kerana exam semata-mata~~

MARAH?? Bersabarlah Duhai Hati..

..Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambamu ini,dan kurniakanlah aku kesabaran..ameen..
marah??

erm,ape yang aku buat kalau aku marah??
secara jujurnya,aku x tahu nak melepaskan marah kat orang dan tak tahu macamana nak melepaskan marah..
yg aku buat konflik dalaman dalam diri..
macamana tu??
bila aku dah terlampau marah sangat,secara automatik air mata ni mengalir..
bukannya sensitif,tapi aku memang x tahu macamana nak lepaskan marah ni..
ya Allah,alhamdulillah aku bukan jenis mengamuk..kalau tak,boleh tunggang terbalik rumah ni agaknya..tak pun ade yg lebam nanti..huhu..
ni lah contoh2 perkara yang aku buat bila aku marah..

1) berdiam diri..nilah perkara yang utama..kalau x percaya sila tanya kepada insan2 yang pernah menjadi ahli baitku...lebih baik duduk dalam bilik sorang2 n letak tag"don't disturb me" kat pintu bilik..
2) menangis..ni bukan sengaja,tpi dia keluar sendiri kalau dah terlampau marah..duhai manusia,sedarilah hakikat bahawa kesabaran manusia ada batasnya~~
3) aku x boleh bercakap dengan orang yang aku tengah marah sambil tengok muka dia..mau meletus amarah ni..parah nanti..huhu..(tapi setakat ni x pnah jadi apa2 lagila)..so, sape2 yang bila aku tengah bercakap x pandang muka tu,sedarilah..haha..xdelah,x jugak..
4) hempas barang..haha,ni ye jugak,kalau hempas pintu ke,meja ke,nanti luka pulak badan..baik hempas barang..hoho..

cara nak selesaikan masalah??

kalau dah sampai tahap hati aku menagis sekali,aku akan terus ambil wudhu'..n surah yang aku sentiasa baca bila hati aku tak tenteram,surah AL-LUQMAN..sebab terlalu banyak nasihat dalam surah tu yang boleh mendidik hati..(kalau korang dapat hafal surah ni pon lagi bagus..)


teringat satu hadis dlam hadis 40.."Jangan marah,syurga bagimu.."..ini kisah seorang pemuda yang meminta Rasulullah supaya mewasiatkan dia sesuatu..Rasulullah menjawab.."jangan marah.."..pemuda itu bertanya lagi..Rasullullah masih lagi menjawab.."jangan marah.."..
walau pun nampak simple tapi besar mksudnya..
yelah,orang yang tengah marah ni,boleh mendatangkan bnayk masalah..
masalah kepada diri sendiri n orang lain..betul x?apa kita rasa bila kita marah?tipula klu korang sendiri x rasa sakit hati bila marah orang..betul tak?
besar sangatkah salah orang tu kat kita?besar sangatkah slah dia sampai menutup kebaikan yang selama ini dia dah buat pada kita..

dalam satu riwayat ada menceritakan..pada malam pernikahan saidina Ali r.a dengan sadatina Fatimah,Rasulullah ada berpesan kepada Saidina Ali.."jangan marah..layakkah diri kita nak marah manusia lain.. jika difikirkan berapa la sangat kebaikan yang kau lakukan untuk orang itu,dan engkau marah bila dia melakukan kesilapan..sedangkan Allah yang sentiasa memberi nikmat dan kurnianya kepada umat manusia pon tidak semarah itu.."..
dalam satu ayat(sori x ingat surah apa..).."sesungguhya nikmatku mengatasi amarahku.."



p/s: sebenarnya aku tengah marah ni..YA Allah kau maha mengetahui..bersabarlah wahai hati.. "sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.."..
btw,janagn risau,aku marah x lama pon..tapi ingat lah wahai manusia,kesabaran itu ada hadnya..