Pages

Sunday, June 20, 2010

ku sangka panas sampai ke petang rupanya panas sampai ke malam




langkah kuhalakan ke hadapan..meninggalkan dewan peperiksaan nun jauh di belakang.
moga bernilai disisiNya yang kuusahakan tadi..ameen ya Rabb..


panas.bahang.
ternyata bayu sg nil tak mampu menlenyapkan rasa terik mentari itu.
panas ini sungguh masih belum sampai kemuncaknya.
mampukah bertahan untuk 2 bulan lagi?


panas tidak menghalang kami..
gagah jua kami melangkah ke mahattah, mencari santapan buat sang perut yang tak terurus kehendaknya semenjak dua menjak ini.


sungguh, hari-hari begini yang paling tidak ingin kulalui.
saat kehidupan seorang mahasiswa bergelodak dek penangan musim imtihan.
jadual harian yang berubah bagai dilanda todak.
urusan harian, habis bergelimpangan.


perut yang lapar, kubisikkan kenyang..
mata yang mengantuk, kusandarkan palang..
otak yang penat, kukerahkan..
Allah, aku penat..
sungguh.


namun, harus jua digagahkan..
besusaha selagi boleh, sebelum sesal itu datang.
sesal yang mungkin sekali bakal membawa putus asa pada Tuhan..
permudahkan segalanya Ya Allah.


******************************************

melonjak2 kerongkong saat dibasahkan dek aiskrim dan milkshake tadi.
hanya buat kerongkong, sedang muka masih berkerut-kerut menahan bahang dari jalan tar itu..
fatamorgana logamaya itu, ternyata tak mampu menenangkan jiwa.
panas weh.


menunggu Husna & Piah menghabiskan sisa-sisa milkshake tadi, terlintas di fikiran.
"panas macam ni pun aku dah tak tahan, macamana kat padang Masyar nanti?"
ya, panas yang pasti tak terjangkau dek pikiran..
harus difikirkan ya, semua!


panas, blackout.
kami dilanda kegelapan malam tadi.
malam di saat semua insan berjuang habis-habisan, menghabiskan semua bacaan.
kami bertemankan peluh dan nian.
moga disebalik ujian tu ada kemanisan kan kawan2..


buku commed yang 2 itu, dan kertas2 itu juga, terasa seperti ingin di'blend'kan sahaja. airnya dibuat minum.hampasnya dibuat mandian..
haha..
alhamdulillah aku bukanlah meroyan, mana mungkin kerja gila itu aku laksanakan.
moga segalanya dipermudahkan.

selamat datang imtihan!




sebekas air..
dengan harapan menyejukkan suasana dalam bilik..
dengar2nya, jiran bilik sebelah pun dah tiru gaya saya~!

Friday, June 11, 2010

Pesona Dunia

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team



Indah dunia yang mempesona

Bagai dian terang menyala


Sehingga terlupa ?kan padam akhirnya


Dunia ini hanya pinjaman


Untuk menguji keimanan


Akhirat nanti yang menentukan


Balasan syurga ataupun neraka


Mengapakah dunia yang dikejari


Sedangkan ia ?kan ditinggal pergi


Apalah gunanya harta di sisi


Tika jasad terkubur terkaku mati


Bayangkanlah jika di dunia ini


Bekalan terhenti mudah dicari


Bagaimana pula di sana nanti


Tanpa bekal pahala kita yang rugi


Bersyukurlah sentiasa


Dengan apa yang ada


Adakala harta dunia


Belum tentu membantu kita


Menjadi bebanan dan menyusahkan

Tuesday, June 1, 2010

expectations

people...

pliz dun expect too much..