Pages

Saturday, June 30, 2012

genta rasa

Assalammualaikum..

iAllah 18 minggu lagi akan bertambahlah warga Zagazig..jika mengikut ramalan doktor berdasarkan ultrasound saya pada minggu ke 15, iAllah Mujahidah yg bakal melihat dunia..itu hanya ramalan, ..dan  Allah itulah yang Maha Mengetahui..Alhamdulillah, kami tidak kisah pun sebenarnya sama ada lelaki atau perempuan..

Namun jauh di sudut hati saya, apabila dikhabarkan bahawa Mujahidahlah yg asyik menendang2 perut saya ini, sedikit sebanyak melahirkan kerisauan di hati saya..besar sungguh amanah 'anugerah' pertama ini..mampukah kami mendidik dia nanti..mungkinkah dia yang akan menjadi penyelamat kami di Akhirat nanti..mampukah dia menjaga kehormatannya justeru melindungi ayah dan saudara-saudara lelakinya nanti dari api neraka..


Hadith :
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


ya, menjaga anak perempuan bukannya mudah..saya tahu, kerana saya juga perempuan..saya tahu kerana adik beradik saya, anak-anak saudara saya, kebanyakannya perempuan..kerana itu saya tahu..
semenjak saya sekolah menengah, setelah saya faham apa itu aurat, apa itu adab, dan apa itu fitnah, saya jadi takut.."ya, aku harus bijak bertindak, apa saja tindakan aku memberi pulangan saham kepada kedua ibuapa aku " hatta sehingga dipanggilnya ayah kita menghadap Ilahi, segala tindak tanduk kita akan memberi pulangan saham kepadanya..Alfatihah,semoga Allah merahmati ibubapa saya dan kalian juga..


dan saya ada satu rahsia..yang sekian lama saya simpan..hehe
sejak dari saya mula2 memahami apa itu aurat wanita,adab dan fitnah, setiap hari dalam garapan doa, saya minta ditemukan jodoh awal seandainya itu yang dapat memelihara saya..(^-^)..bukan gatal, tapi ada sebabnya..antara sebabnya..
seawal umur 2 tahun, saya telah menerima abang ipar dalam keluarga.. sehinggalah 5 dari 6 orang kakak saya berkahwin sebelum saya mencapai umur yang mewajibkan saya menutup aurat..saya membesar di hadapan mata abang-abang ipar saya..pada ketika itu, saya masih tidak bertudung di rumah, sekalipun ipar saya ada..saya bukan tak tahu yang saya perlu menutup aurat, tapi saya tidak tahu bagaimana harus bermula..dan sejak itu, doa itu saya tekankan lagi..:), moga saya ditemukan jodoh awal dan boleh beralasan suami yang suruh pkai tudung dalam rumah..

Namun, Alhamdulillah..kekuatan itu Allah campak dalam diri saya..saya mula bertudung dalam rumah..bukan tiada kakak2 yang bertanya apabila saya mula bertudung..anak buah saya yang seramai 15 orang itu sahaja pun sudah cukup membuatkan saya pening menjawab persoalan mereka..
"induk, induk nak pergi mana pakai tudung ni?"
"induk, kenapa pakai tudung dalam rumah"
"induk, induk tak panas ke"



end of story..kesimpulannya bukan setakat ILMU sahaja yang penting, tapi KEFAHAMAN juga..
KEKUATAN dan KEMAHUAN juga..



*********************************************


baru-baru ini saya menggodek2 folder yang ada dalam laptop saya..terjumpa pula dengan gambar2 lama pada awal kedatangan kami ke bumi Mesir..saya tersenyum sendirian..cerita zaman dolu2 ni kalau diimbas kembali, memang tak cukup masa..ketika makan dengan sahabat2 pun, jika ada seseorang membuka kisah lama, pasti habis semua yang di talam ingin bercakap..ada saja nostalgia yanag menggamit rasa..dan Alhamdulillah bumi Anbiya' ini bnyak mengajar dan membentuk siapa kami-kami pada hari ini..terima kasih yang terhingga pada jiwa-jiwa Murabbi yang singgah memberi didikan dan tauladan kepada kami..:)

kami golongan pelajar perempuan pertama yang tercampak di bumi Zagazig ini...kami datang dari pelbagai background..ada yang bersekolah agama, sekolah biasa, asrama penuh, mrsm dan macam2 lagi..perangai pelik?? mestilah ada...semua ada perangai tersendiri..macam2 perkara pelik kami lakukan..bolehlah cuba-cuba korek rahsia dari ustaz2 dan pimpinan DPMZ zaman kami..hehe..

ada yang kerap berseluar jean..
ada yang suka keluar malam (bermusyriflah ye ini..)..
ada yang terlampau ramah dengan ikhwah..
macam2 lagi ada..

tapi, mengikut arus masa dan kefahaman yang diterapkan, kami mula sedar batas2 kami sebagai perempuan..MALU itu harus ada..ADAB itu harus dijaga..ADAT itu perlu dibetulkan apa yang biasa dan dibiasakan apa yang betul..melalui kesilapan, kami belajar..melalui teladan yang baik kami jadikan panduan..


 *******************************************

dulu, kami juga pernah menggunakan khidmat musyrif untuk makan malam di luar..biasanya untuk menyambut hari jadi sesama kami akhwat..adalah dalam 2-3 kali..kemudian satu hari, kami dietgur dan diingatkan..

"Akhawat x manis keluar malam..kenapa tak buat kat rumah je..kan senang..takpun buat hari siang..lagi senang"..gulp..ada kebenaran dalam kata2 itu..dan kami mula berhenti..tetapi, Alhamdulillah, majlis hari jadi masih oleh kami sambut..makan2 dengan ahli bait masih boleh kami lakukan, walaupun pada hari siang..:) ia tetap enjoy..:)

pernah juga di kalangan kami yang telefon musyrif hanya semata-mata nak makan aiskrim malam-malam di Mahattah..sungguh, jika dikenang kembali dan terserempak dengan ustaz2 yang sama-sama berada pada zaman awal kedatangan kami dulu..malu betul..malu dengan perangai kami yang macam-macam itu..
tapi itu dulu..ketika kami masih lagi jahil..tidak sampai pun setahun, segala perangai pelik2 itu berjaya diusir..kami diingatkan dan diberi tauladan ..kami dimarah,kami diperli,kami terima guraua sinis..Terima kasih untuk semua2 yang pernah mendidik dan mengajar kami..

*******************************************

 sebelum mendaki Sinai, 4 tahun lalu..


kami berjaulah..tidak juga bercampur akhwat dan ikhwah..paling tidak pun, cukuplah 4 orang Musyrif yang mengiringi sebuah bas..Sinai..Matruh..Bahriya..Alex..semua kami pergi..selamat dan sejahtera..bahagia.. hanya kami akhwat..tidak perlu dirisaukan suara,pergerakan,perlakuan..mudah kan ..

*******************************************

pernah kami disergah kerana menempel di rumah ikhwah yang menganjurkan jamuan..tapi sungguh, ketika itu kami tidak tahu pun kenapa tidak boleh..dan sungguh itulah kali pertama dan kali terakhir kami berbuat begitu..malu juga bila mengenang kembali kisah2 zaman muda kami..

dan satu pengamalam di bumi Anbiya yang saya kira sangat praktikal dan menarik..semua program akan mengasingkan Ikhwah dan Akhawat..baik dari segi tempat duduk, makan, kelas,bazar dan sebagainya..Alhamdulillah ada usaha2 untuk mengasingkan Ikhwah dan Akhwat.. bukan bermakna pengasingan itu menghalang terus komunikasi Ikhwah dan Akhawat, tapi ia lebih kepada menjaga..

saya merasa sedih bila ada segelintir di kalangan kita yang lebih sukakan pencampuran antara lelaki dan perempuan..sambutan jari jadi misalnya, ada Ikhwah yang mambuat prank untuk akhawat begitu juga sebaliknya..majlis makan-makan juga..saya tidak nampak akan perlunya kepada pencampuran itu..apakah terlalu yakin IKHTILAT tidak akan berlaku..sekalipun ikhtilat itu dapat dielakkan, bukankah lebih mudah jika diasingkan terus..kenapa masih PERLU kepada pencampuran??

ia tidak perlu walau sedikit pun kepada pencampuran..tidak menjejaskan sedikit pun deria rasa kita, tidak juga mengganggu digestive system kita..:) tidak sedikitpun mendatangkan mudharat jika diasingkan..

6 tahun sudah kami sekelas seramai 36  orang..tidak pernah sekalipun kami mengadakan percampuran secara jelas..baik makan bersama, baik jaulah bersama, hatta study group pun...tapi Alhamdulillah kami masih lagi berhubungan baik sesama lelaki dan perempuan..masih lagi kami mampu berkomunikasi dengan baik..tiada sengketa, tiada masam muka..kami bahagia :)

bukan tak boleh mahu berjamuan..silakan..tapi teknikalnya harus diteliti..kami (yang dah berkahwin) sendiri misalnya permah menjamu tetamu ikhwah dan akhawat..tapi teknikalnya pelbagai..sama masa, lain tempat..sama tempat, lain masa..itu memang sudah menjadi amalan sejak dahulu lagi..dan kami  para mutazawijin zaman moden ini, masih meneruskan amalan mutazawijin zaman lama..kalau tidak percaya tanyakan saja pada pasangan2 ini..Dr.Bukhari & Dr. Najuwa,Dr.Syamsul &Dr.Syafiyah, ustz Mursyid & dr.Safiyyah, Dr.Syafik & Pn. Farah Khabir, Dr. Aqli & Dr. Nik Fah..semua kami pernah menjamu tetamu..tetapi kami akan pastikan tiada percampuran dan pertembungan..bukankan lebih mudah buat akhwat teknikalnya untuk makan, bergerak, sembahyang,berbual dan sebagainya..:)


******************************************

saya sertakan beberapa gambar yg menggamit memori..:)


 kali terakhir kami makan malam di luar..5 tahun yg lalu..




Hari Sukan PERUBATAN 4 tahun yg lalu..kami bolot semua hadiah..:)




 team netball dengan baju labuh.:) juara tetap juara..




 dating ngan ahli bait..siang je pun ni..:) 


 team Basketall (2nd place ) , Futsal (1st place)  n Netball (1st place)..


*************************************


saya tutup entry kali ini dengan catatan sebuah hadis..

Salah satu panduan yang diberikan oleh Allah dan disampaikan melalui lisan Rasul-Nya yang mulia  adalah betapa pentingnya menjaga diri dari fitnah kaum wanita.
Sabda Nabi s.a.w :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan fitnah kaum wanita “
[ H.R Bukhari ]


*************************************

Wahai Muslimat..Jagalah diri..Hiasi peribadi..:) Golongan Muslimin, sama-samalah bantu kami memelihara kehormatan kami..hormatilah hak kami dan peliharalah batas itu bersama..