Pages

Labels

Friday, July 29, 2011

count on HIM..



Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata:

“Aku pernah duduk di belakang Nabi s.a.w. pada suatu hari, lalu baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).”


p/s:peliharalah kepentingan seisi dunia, maka kepentinganmu akan ALLAH pelihara..

Monday, July 25, 2011

Saya bukan Alzhiemer, saya hanya manusia biasa..

seminggu kebelakangan ini, hidup ini cukup memaknakan peristiwa2 penting..separuh lunyai mental dan fizikal saya..ya, teringat satu quote dari seorang sahabat " penat itu akan hilang dan pahala itu akan kekal"..moga apa yang saya lalui bernilai di sisiNya..

antara peristiwa2 penting dalam kronologi itu, termasuklah exam saya yang sepatutnya dijadualkan pada 24 Julai (semalam)..exam yang saya LUPA akan tarikh dan hari sebenarnya..hari2 sebelumnya cukup menguji saya..terasa mental saya dilatihtubi, fizikal saya yang masih belum sembuh sepenuhnya dilanyak orang, waktu yang saya ada menjadi milik orang..


23 Julai,satu2nya hari yang saya punya untuk bersedia bagi imtihan keesokan harinya, diporak-perandakan dek perasaan rindu ini..saya rindu pemilik hari lahir 23 Julai ini..~i read none of the words, tapi Alhamdulillah bilamana lebih kurang pukul 11 pm, exam kami yang dijadualkan pada 24 Julai, ditunda ke 25..alhamdulillah, hanya DIA mengerti isi hati hamba-hambaNYA..


24 Julai nyata berlalu dengan layanan perasaan rindu itu lagi dan tekanan yang entah datang dari mana~..dan akhirnya sehingga ke pkul 8pm 24.7, saya masih belum membaca sepatah perkataan pun untuk imtihan esoknya..saya terlelap sehingga 3am..


saya bangun untuk bersahur nasi bujang..belum pun separuh nasi di dalam pinggan itu saya habiskan, baru saya teringat.."aku belum solat Isya' lagi..~!"..Ya Allah hebat pula penangan imtihan kali ini..



usai subuh, baru saya memulakan bacaan dengan penuh pengharapan moga Allah mempermudahkan..ya, masih ada usaha sehingga ke hari keputusan diumumkan nanti..masa2 yang berlalu dirasakan terlalu lama..sambil menunggu giliran kami pelajar Malaysia dipanggil, kami manfaatkan sepenuhnya dengan perbincangan..satu pesanan dari saya..walau sebanyak mana atau sedikit mana pun belum bersedia untuk imtihan, silalah berlagak yakin..:)



4 stations yang mengujakan..biar menjadi rahsia saya dan DIA..saya bukan manusia sempurna mampu menjawab soalan memburu markah penuh semuanya..saya manusia yang mudah LUPA..doakan kami semuanya berjaya~..



hari ini cukup panas, hari yang terpanas untuk musim panas kali ini saya fikir..kedai termasyur, Manal saya serbu mesinnya yang sarat dengan air itu..2 botol mineral besar untuk di rumah dan 2 air kotak 'gawafah' buat penghilang dahaga saya capai..nikmat sungguh bila mengalir di kerongkong..terasa kepenatan semalam turut hilang..belumpun habis sekotak air itu saya nikmati, baru saya teringat sesuatu...ah....


saya perlu bersegera..solat Zohor harus ditunaikan sebelum ke dewan mengejar indoor games Family Day PCZ..minda yang masih penat usai exam tadi membuatkan kepala saya berdenyut2..tapi masih gigih mencari sebuah suasana santai buat diri ini..


salah satu aktivitinya adalah di mana kami perlu mengambil 2 biji gula2 ..2 biji gula2 yang bakal menentukan, apakah task yang perlu kami laksanakan selepas ini..apabila masing2 sudah tahu tasknya, kami pun kesemuanya meletakkan gula2 itu ke tempat yang sepatutnya..ya, kedalam buccal cavity..belumpun sampai 10 saat gula2 itu berada dalam buccal cavity saya, involuntary expulsion berlaku..bukan kerana saya nausea..tapi hanya kerana buat kali keduanya saya teringat kembali yang saya sedang berpuasa~!..ternyata ingatan kali pertama sewaktu saya menghirup air gawafah itu belum cukup menguatkan..


ya, aku hanya manusia biasa..ingatkan aku apabila terleka..



selamat datang Ramadhan..semoga sempat kami lalui setiap harimu dengan penuh manfaat...

Thursday, July 14, 2011

Hidup kita singkat..



Menurut Ibnul Muqaffa', ada lima golongan yang bakal menyesal. Siapa mereka?

Satu , orang yang kehilangan kesempatan untuk beramal
Dua, orang yang terputus dari saudaranya saat tertimpa musibah
Tiga, orang yang berhasil menangkap musuh tapi lepas kembali kerana penjagaan yang lemah
Empat, orang yang meninggalkan isteri yang solehah jika diuji dengan wanita yang buruk
Lima, orang yang terus bermaksiat sehingga ajal menjemputnya. .


*****************************

bulan penuh esok..
menandakan sudah separuh purnama Sya'ban menjengah kita..
buktinya jua Rejab itu telah jauh kita tinggalkan..
menandakan separuh purnama lagi bulan yang dinanti2 akan tiba..Ramadhan Al-Mubarak..

esok jualah buku2 log amalan kita akan diangkat..
sudah cukup indahkah kita hiaskan?
sudah cukup sempurnakah untuk kita sembahkan..

apakah cukup kulitnya sahaja tampak indah, dalamnya tiada apa..
iya, kulit depannya kita hias sewaktu 15 Sya'ban yang lepas, dan kulit belakangnya, esok akan kita hias secantiknya..isi dalamnya, adalah sedikit compang-camping..sedikit sahaja, tidak banyak..

atau apakah buku log kita itu masih sama grednya dari kita 3kil sehinggalah sekarang..
tiada langsung anjakan paradigma..tiada langsung inisiatif untuk menjadikannya yang terbaik antara semua..


*******************************
Ya Allah, terimalah amalan kami dan ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibubapa kami, dosa guru2 kami, kawan2 kami dan seluruh umat Islam..

*******************************

Iman itu ada turun naiknya..
ya, kita bukan Malaikat yang tiada nafsu yang perlu dilawan..bukan Malaikat yang tiada syaitan membisikkan kata2 durja..
kadang2 kita di atas, kadang2 kita tergelincir..tetapi...satu fitrah..satu fitrah, sejauh mana pun kita tersasar, nun jauh di sudut hati manusia sebenarnya punya satu rasa..satu rasa yang suka kepada kebaikan..

hidup ibarat roda..kadang2 sampai satu turning point, kita rasa ingin berubah..berubah kepada sesuatu yang lebih baik.. satu rasa yang membulatkan tekad dan semestinya memerlukan mujahadah yang tinggi..perubahan itu bukan mudah..apatah lagi dari satu benda yang dah memang sudah sebati dengan kita..


tapi percayalah sekali datangnya rasa itu, jangan menoleh lagi..mulakan langkah dengan mujahadah..hanya kerana rasa itu..rasa itu mungkin tidak akan datang lagi menjengah kita..kalau ada pun, mungkin lambat lagi, entahkan bila..mungkin tika itu kita sudah terlambat..
mungkin juga rasa itu akan datang lagi, tapi dalam lain pula bentuknya..

Fastabikul Khairat~

moga kita sentiasa diberi peluang dan diberi rasa untuk terus bertaubat dan mencari redhaNya..kerana MATI itu tidak mengenal usia..tidak diberitahu pemilik jasad ini bila tarikhnya..cuma tahu, masa itu akan tiba..di mana, bila, bagaimana, semua itu rahsia..

Selamat beramal sepanjang malam......


**************************************

kata-kata Imam Hassan Al Basri,

"Aku bisa tenang menjalani hidup ini kerana empat hal.

Pertama, aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.

Kedua, aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diri dengannya.

Ketiga , aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa

dan Keempat, aku tahu bahawa ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya"


**************************************



pergi insan itu, masih saya rindu..saya rindu nak panggil seseorang ,'ayah'..





Monday, July 11, 2011

Puteriku Sayang..


Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman



saya terlalu mengagumi lagu ini..
dulu,kini dan selamanya..:)



Saturday, July 9, 2011

Derita Saksi Bisu

credit to~Deviant art



Sejarah hari ini.. Biar jadi saksi cerita kita..


"..Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu. Dan kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika..."

credit to this