Pages

Labels

Thursday, May 5, 2011

Motivasi..Apa motivasi yang terbaik..







Ada insan yang mudah untuk 'ter'motivasi..Tak perlu sepanjang Timur ke Barat kata-kata semangat, tak perlu segunung kad ucapan..Cukup dengan kata-kata mudah dan ringkas, pasti mudah mendapat motivasi itu..Seringkas 'u can do it..', 'I'Allah boleh..'..saya yakin dan pasti, setiap blood cells empunya badan akan merasakan suntikan motivasi itu..mudah bukan?


Umpama turun naiknya Iman manusia, begitulah juga saya kira motivasi ini buat kita.. antara hikmahnya mengapa disyariatkan solat sehari 5 waktu..Mudah! untuk mengingatkan dan menaikkan kembali semangat untuk menghadap Allah, hanya dengan laungan azan.. hanya dengan wudhu' yang menyegarkan..Allahuakbar~!untuk memberi suntikan buat menaikkan Iman hamba yang hina..menyedarkan insan-insan leka, membangkitkan roh dan jiwa segenap hambaNya..bersama menunaikan perintahNya dan bersama menuju kejayaan..


apa sebenarnya Motivasi yang terbaik ya??
Mungkinkah ceramah motivasi Dr Fadzilah Kamsah?
Mungkinkah kata-kata semangat dari Bonda?
Mungkinkah Mati itu motivasi terbaik?
Mungkinkah Al-Quran itu sendiri?
Mungkinkah forum 'Mutiara Rahsia Mumtaz' itu?


Secara peribadi, bagi saya motivasi yang terbaik itu sebenarnya adalah dengan mengenali diri kita sendiri..
Dari mana kita datang?
Siapa pencipta kita?
Untuk apa kita hidup di dunia?
Ke mana akhirnya kita akan pergi?


mana mungkin sejarah penciptaan Nabi Adam itu saya padamkan dari benak pengetahuan segenap isi alam..mana mungkin fakta sains asalnya kita dari sperma dan ovum ini saya nafikan kebenarannya..mana mungkin lahirnya manusia ini tanpa ada Maha Pencipta..mana mungkin saya nafikan hak setiap umat Melayu ke atas agama warisan ini yakni Islam..


berterima kasihlah kita kepada Parameswara, kerana Islamnya kita pada hari ini..warisan pusaka bonda..
tidak!..sejarah kita bukan setakat bermula dari situ..
tidak cukupkah santapan cerita perihal Adam dan Hawa?
tidak berbekaskah sejarah Nabi Muhammad s.aw, seorang tokoh mulia?


syahadatain itu, sudah hadamkah kita ertinya??
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"..
galilah sedalam ilmu,bariskan segenap guru..pastikan kita faham makna shahadatain itu..pincanglah hidup bagi sesiapa yang tidak tahu asal-usul hidupnya, apatah lagi matlamat hidupnya..


ya matlamat hidup..hanya satu, tiada dua..SYURGA sahaja, bukan NERAKA!
kenallah dirimu, Penciptamu, tetapkan matlamat hidup yang satu....setiap keputusan dan langkah dalam hidup ini, pastikan membawa kepada yang satu..gunalah segenap 'alat' di sekeliling kita untuk menuju matlamat yang satu itu..ilmu,guru,harta,suami,isteri,anak2,kereta,kawan2,sahabat2,musuh2mu..semua itu 'alat' untuk menuju ke matlamat yang satu,Syurga..gunakanlah sebaiknya..


tetapi harus, kenalilah dirimu, Penciptamu dan untuk apa kau diciptakan~!manakan mungkin kita punya matlamat tanpa tiada sebab musabab mengapa perlunya kita ada matlamat itu..
Percayalah, Motivasi itu tidak akan hilang selagi mana kita yakin, kita hamba Allah yang berteduh di kebun Dunia dalam perjalanan menuju Akhirat..


go deeper than your birth certificate~!




I'm a slaive of ALLAH....so are you..

Thursday, April 14, 2011

mantapkan asas Fardhu Ain anda.. :)




Assalammualaikum..
kian lama menyepi kini saya kembali..:)


sekadar menyeru adik2 dan sahabat2 kesayangan saya untuk ke MANTAP..
semoga peluang keemasan yang datang ini direbut oleh setiap muslimah dan mukminah yang bernyawa di Bumi ZAGAZIG..


Di sini dibuka peluang seluas-luasnya untuk sebarang perbincangan dan pertanyaan mengenai asas2 Fardhu Ain ( Fardhu Ain ye, bukan Fardhu Kifayah) dalam kehidupan seharian kita selaku muslimah..


solat, mandi wajib, pengurusan jenazah dan sebarang pertanyaan mengenai fiqh wanita..anda bebas untuk bertanya~!


Kata orang, Malu Bertanya Sesat Jalan..ya, saya pernah TERSESAT..



dulu sewaktu minggu orientasi pelajar2 tingkatan satu di SMKA Pedas, kami telah diberi taklimat asas mengenai ibadah..itulah kali pertama saya mengenali apa itu Makmum Masbuk..saya sangka saya dah cukup faham dengan apa yang diterangkan oleh Fasi ketika itu...saya mula mempraktikkannya..tapi sayang, tiada siapa yang sedar kesilapan saya ketika melaksanakannya, termasuklah DIRI SAYA SENDIRI..


sehinggala pada satu hari (ketika itu masih di tingkatan 1), tergerak hati saya untuk bertanya..
bagaimana sbenarnya perlaksanaan makmum masbuk itu..


jum kawan2..BETULKAN YANG BIASA dan BIASAKAN YANG BETUL..:)

jumpa di sana.........

Thursday, February 10, 2011

Selautan Luas HikmahMu..





sejurai airmata milik sang hati
segenggam perasaan berselimutkan tabah

nyata KAU mengerti..
Darurat ini memberi seribu erti..
Syukran atas selautan luas HikmahMU ..


ieka,
Jeddah,
7th Feb 2011,
10.32pm..




Monday, December 20, 2010

Kidney failure




currently in the middle of pediatrics round..
today is the first day we step in the nephrology department..
owh, the hemodialysis machine is killing me..
i miss him..




my sis n i - accompanying him for the dialysis on da 2nd eidulfitri 2009..
da last eid i had with him.




Sunday, September 19, 2010

Never, ever GIVE UP





There maybe times
when things aren't the way
we hope it to be,
everything looks
impossible and we feel
like just giving up...
But then, sometimes,
we just have to give it
another chance,
another try,
just one more time...
Take things a step at a time.
Do what works
best for you...
Be hopeful as you
embrace each moment.
Use your inner
strength and qualities.
Keep on believing that
you can do it.
Look out for the positive
light to shine on you.
You may just find that
what seem difficult has just been made right..


Monday, September 6, 2010

penantian satu penyiksaan

salam..

benar, penantian satu penyiksaan..
baru sekarang aku mengerti apa perasaan junior ketika menunggu result keluar...agak 2-3 kali juga tertangguh dari tarikh yang dimaklumkan..janji Arab,kalah janji Melayu..

berbagai2 jenis status di ym mahupun facebook menceritakan segalanya..
alhamdulillah setakat ini beberapa orang sahabat yang kurisik natijah mereka, semuanya lepas, molek2 belaka keputusannya..

selamat ke tahun 5..doakan sahabat kalian yang masih belum cek2 resutnya lagi ini..
takut..

moga bernilai di sisNya..
moga penntian yang lama ini berakhir dengan indah buat semua..
Najjihna ya Rabb..