Pages

Labels

Saturday, May 30, 2009

Manusia,Malaikat vs Syaitan

PERINGATAN..RENUNG-R ENUNGKAN...



Manus ia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam,
tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
ni...awal lagi...zzzzzzzz"

Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaika t: "Wahai Anak Adam, mulakanlah
dengan Bismillah...
"Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah
lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah
pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style
langsung, nampak kampung!!!"

M anusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia,
nanti terlewat ke pejabat.."
Syaita n: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh?
Suruh si X, punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah
menunai kan kewajipan"
Syaita n: "Baru pukul
berapa..ril exlah. .awal lagi nieii"

Manusi a: "Eh, eh... tak boleh tengok
ni, berdosa..."
Malai kat: "Wahai anak Adam, alihkanlah
pandan ganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui!"
Syai tan: "Perggghh.. best tu...rugi
ooo kalau tak tengok nie."
Manusia: "Saudaraku sedang melakukan
dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah
ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga
tepi kain orang, lantaklahh"

M anusia: "Elok kalau aku sampaikan
nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-
menasiha til ah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah
besar, buat apa susah2..
pandai2lah?

Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaik at: "Wahai anak Adam,
bertaubatla h kamu,
sesungguhnya Allah
Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali
boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali.rugi la. ..
(kalau sempatla haha)"

Ma nusia: "Kalau pergi disko, mesti
seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu
ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada
sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak
solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah
Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku,
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan di akhirat (jangan
mimpilah) untukmu..."

Friday, May 29, 2009

Hard,yet Possible..





3 more to go.. PARASIT.. PATHO.. MICROB..


PHARMA 300
PATHO 300
MICROB 200
PARASIT 150
______________
900
______________

MUMTAZ = 807.5


HARD,YET POSSIBLE~~~


“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap KESUKARAN di sertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

(Al-Insyirah;5-6)




kump. 3..chaiyok2!!



tiba2 kerinduan nak main basketball..takpe2,habiskan exam dulu..nanti boleh bercuti dengan gumbira!

Tuesday, May 26, 2009

Kenapa Saya Ada Penyakit Lupa?



LUPA..LUPA..LUPA..KENAPA??



kucuri maklumat ini dari buku "phsychology"..one of da subjects that i love most..


kadang2 pelik jugak kenapa baca punya baca buku,tapi lama2 mesti lupa..do i have alzheimer?huhu..


jom tengok kenapa..



1) INADAQUATE ACQUISTION

the inability to recall information can be due to the fact that it was not registered in the first place

i.e = seseorang yang pergi kuliah,dengar n faham apa yang pensyarah ajar,tapi tak ada rasa nak ingat benda tu semua dengan alasan,"takpe,nanti boleh belajar last minute masa nak imtihan da"..so,tak kisahlah pandai macamana pun tapi kalau tak ada niat nak ingat,takkan ingat punya..




2) INADAQUATE RETENTION


this can be expalianed by the following theories..

a) fading of memory trace by time..
this theory proposes that loss of retention due to disuse of learned material

i.e = dah belajar tapi tak mengulang..tips untuk ingat apa yang dah
belajar,balik kuliah selak apa yang belajar kat kuliah within 24 hours..
n pagi untuk the same subject,ulang balik apa yang dah dipelajari
dalam kuliah yang lepas (benda yang sama)


b) interference (inhibition) ..


during the period of retention,and between the time of learning, number
of activities take palce which may interfere or weaken the memory ..

experiments have shown that forgetting can be reduced by reducing
interference (by having a period of mental inactivity,preferably by sleeping)..

but this is not the reason to sleep during the lecture ..buatla time
self-study (kat rumah ler)..dah penat2 baca buku or dah penat
baca satu chapter, tidur sekejap..maybe 15-20 mnt..so,otak boleh
organize apa yang dah dibaca tu..(tips ni memang berkesan sebab memang saya amalkan)


3) INADAQUATE RECALL

a) emotional blocking..

fear,nervousness or excitement may prevent recall..

eg : bila masa oral exam,tengok muka doktor pun dah cuak,belum dengar suara lagi..maka akan berterbanganlah segala maklumat yang telah tersemat rapi..hihi..so,pengajarannya,jangan cuak..
cuba ambil hati doktor n buat muka confident..


b)motivated forgetting..


i.e = the peson wishes to forget something



full stop......


Sunday, May 24, 2009

MACAM-MACAM..





Assalammualaikum..


alhamdulillah,kedua-dua pharma written exam dah selamat kami duduki..
dan InsyaAllah pharma akan melabuhkan tirainya pada 26.5.09 ini..syafawi(orally, not IV..)..
telah ku usaha sehabis baik, dan kuserahkan segala urusan selepas ini kepada yang selayakNya..
Ya Allah kurniakan kami kemanisan dalam perjuangan ini~



23.5.09..

pharma written(2)..


paper yang cukup merisaukan dan menakutkan semua orang..
aku sendiri semacam tak mahu melelapkan mata sehari sebelum exam..
masih banyak belum dihafal..


alhamdulillah,soalan tak sesusah yang disangka dan yang paling penting,pharma lagi senang dari physio!
tapi ada juga soalan yang aku sangkut~



bantuan Allah di mana-mana..



masih teringat wajah sugul Farhan yang duduk di sebelah mejaku,didatangi dean yang chumel itu..
barangkali mahu membantu lantaran melihat wajah Farhan yang aku perhatikan dari tadi mata dia terlekat kat buku jawapan..erm,kenapa?..
dan disebabkan meja kami sebelah menyebelah,aku boleh dengar dean tu cakap "if you don't know the answer,you can ask your friend",kata dean sambil menunjukkan tangannya kepada ku..


hah?
senangnya dean ni~adoi..kalau kat Malaysia,takkan ada punyalah..huhu..silap2 kalau jeling kiri kanan sikit,kena keluar dewan..:P


mujur Farhan yang bijak lagi baik hati itu, menolak offer tu..
kalau tak,"Farhan aku memang nda puas ati ngan ko!!"..hehe..
sedikit merasa jelous,sebab dean tak datang pun kat aku..isk ..isk..isk..


unexpectedly...
tak lama selepas tu,head of department (dr.nabila) pulak dok meronda-ronda..
aku insan terpilih!
mungkin sebab aku pun nampak sugul kot..(tapi aku tak berniat nak pancing simpati tau~)

macamana aku boleh lupa mechanism of action of Heparin ni..adoila..yang lain ingat,ni pulak boleh lupa..


tet~~
Dr.Nabila yang sedari tadi berdiri di sebelahku,membantu tanpa segan dan silunya..
alhamdulillah..


masa dia bagi jawapan tu,aku sekadar mengangguk,taknak tulis apa-apa,nanti apa plak kata orang lain..
dr. tolong huda jawab paper!
dan setentunya x fair kan, aku kena tolong..
tapi, dr.Nabila tak bergerak selagi aku tak tulis jawapan tu..
so,kawan2..nak buat macamana?
kata orang,rezeki jangan ditolak...



selepas tu,baru dia bergerak..
haik?satu jeke?bagila aku bukak page untuk praziquantel pulak..
first time aku bukak kertas soalan,nilah nama drug yang buat aku nak pitam..
aik,ni drug apa plak ni..pernah belajar ke?
hoho..nampak sangat tak telek chemotherapy yang belakang2 tu..kantoi~


tapi,Alhamdulillah,tiba-tiba aku teringat parasite..
yup,dalam parasite kan ada belajar praziquantel..
drug used for trematodes n cestodes..


maka aku pun mulakanlah dengan bismillah,dan memerah otak mengeluarkan kalam2 indah yang cuba kureka..
"Ya Allah,kau permudahkan urusanku.."


jeng..jeng..jeng..
keluar dewan exam,macam biasalah,semua dok telek buku,nak cek jawapan..
aku tak terkecuali..
n guess wat,jawapan aku untuk praziquantel tu,betul..
syukur yang tidak terhingga..


sebenarnya,banyak je yang aku tembak,especially mcq~
mau taknya, 6 chapters including da CNS n CHEMOTHERAPY yang ada macam2 jenis nama ubat tu..adus..

andai ada drug bernama PHARMA,aku teringin nak tulis adverse effect dia macam ni..
sudden withdrawal of pharma-->euphoria :P


well,pengajaran untuk diriku n semua,bacala buku dari kulit ke kulit (muka depan-isi-muka belakang)..jangan skip!
kalau tak ingat masa exam,tawakkal banyak2..
even kalau nak tembak pun,bagila jawapan yang masuk akal..
jangan jadi macam kat bawah ni~~
cubalah jawab benda yang dah belajar..















































teruk betul kalau jawap macam ni..kecik hati cikgu yang mengajar tu,dok berhempas pulas nak bagi murid2 dia pandai..ni mesti kes malas takpun tak pernah g kuliah..lol~~


********************************************************************

rasanya orang lain pun ada jugak yang mendapat bantuan yang datang dari macam2 sumber kan..mungkin melalui cara yang berbeza..
Allah itu maha pengasih~


8 papers left~
doakan kami semua mumtaz ye...







Sunday, May 10, 2009

SELAMANYA DISISI..









"mak,kite nak exam ni..doakan tau mak..susah sangat subjek ni..susah sangat.."aku merengek pagi itu sebelum bergerak ke pathology practical exam..

"ye,mak sentiasa doakan anak2 mak..kalau cakap susah,memanglah susah jadinye..cuba cakap..senang..senang..senang.."..sayup2 suara yang kurindu kedengaran nun di hujung talian..mujur evoip ni tak buat masalah..

dalam hati,aku mengikut kata2nya.."senang..senang..senang.."

dia masih begitu,dulu kini dan selamanya..masih di situ,tanpa mengeluh,jauh sekali marah..tidak juga memaksa..

terima kasih BONDA!!!


SELAMAT HARI IBU,mak...






Suatu ketika,
menjelang lahirnya seorang bayi ke muka bumi..


bertanya ia pada Tuhan, para malaikat di sini mengatakan bahawa esok kau akan mengirikan aku ke dunia, tapi bagaimana cara aku hidup disana, aku begitu lemah dan kecil..


tuhan menjawab, aku telah memilih satu malaikat untukmu, dia yang akan menjaga dan mengasihimu..


tapi di syurga, apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan tertawa, ini cukup bagi aku untuk bahagia..


malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu, setiap kali, dan kau akan merasa kehangatan cintanya, kau akan jadi lebih bahagia..


dan apa yang dapat aku lakukan saat aku ingin berbicara kepadaMu..


malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kau berdoa..


aku mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat,
siapa yang akan melindungi aku..


malaikatmu akan melindungi,dengan taruhan jiwanya sekalipun..


tapi aku akan bersedih kerana tidak dapat melihat engkau lagi..


malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang aku,
dan akan mengajarkan bagaimana agar kau kembali kepadaKu,
walaupun sesungguhnya aku selalu berada di sisimu..


jika aku mahu pergi sekarang bolehkah kau beritahu aku siapa nama malaikat aku di rumah nanti
..


kamu dapat memanggil malaikat mu..... IBU..




Saturday, May 9, 2009

TIADA HADNYA..




tersenyum..

berakhir sudah practical exam bagi killer subject itu..
kuserahkan urusan selepas ini kepada yang selayakNya..

tak sangka selama ini rupa-rupanya 367 slides,jars n gambar yang kami dok telek2 setiap hari..
patut pun mata ini seolah-olah macam nak exophthalmos..

kenapa kena belajar banyak benda..yang masuk exam cuma 14 soalan dari 367 itu!!




jar yang paling aku suka..
tengok la those cute little fingers~~



pernah ketika di matrix dulu aku merungut..

"ish,sapa yang buat kajian dalam-dalam ni?benda remeh-temeh ni pun nak kena kaji..menyusahkan je kita nak kena belajar"


ketika sibuk2 meneropong pelbagai jenis parasit di bawah mikroskop,ada juga aku terdengar beberapa suara yang mengeluh..

"kenapa nak kena belajar segala macam jenis serangga n cacing ni..kat Malaysia,bukannya ada benda-benda ni semua.."

huh..

tersentuh dengan kata2 seorang penjaga yang baru2 ini menjejakkan kakinya ke bumi Mesir ini..

"belajar sungguh2..medic ni bukan senang..jangan sesekali merungut or ignore apa yang pensyarah ajar,no matter if it is out of da syllabus..ataupun apa yang kita belajar tu tak masuk exam.."


"that is medic..takde syllabus..penyakit pun tiada hadnya.."

diam..

ada kebenaran dalam kata2 itu..





segala-galanya indah mengenai Glossina!




dan apalah salahnya kiranya semua benda itu membuka mata kita akan kebesaran sang Pencipta..


jadi,kawan2,jangan merungut ok!!
saksikanlah kebesaran Allah selagi nikmat penglihatan,hati dan akal masih bersama kita..



fighting!!




Thursday, May 7, 2009

HAK..

Assalamualaikum...

masih berbaki 2 hari lagi untuk kami berhempas-pulas sebelum paper yang seterusnya..
pathology practical..killer ni..

kawan2,chaiyok!!!

jangan lupa doa banyak2..tapi tak ada makna kalu doa je tanpa usaha!!!

walaupun aku berbahagia kerana sistem peperiksaan di Mesir ni yang memang memudahkan para pelajar..

gap antara setiap paper is up to 12 days..
so,memang memudahkanlah kami nak concentrate pada satu-satu subjek disebabkan masa yang jauh tu..alhamdulillah..

tapi....



banyak juga ujiannya..



1) masa nilah si blogger nak update blog..tiba2 tengah dok khusyu' baca buku, masa tulah macam2 ilham dalam kepala ni nak dicorat-coretkan kat blog..(contohnya macam waktu sekarang nilah..adoi)

2) masa ni juga semangat semacam nak baca blog2 orang..tambah2 lagi nak baca blog mamabalqis..(aku telah angau dengan batrisya balqis yg cute mute tu..)

3) time ni tiba2 nak baca buku lain selain subjek yang sepatutnya..sepatutnya aku concentrate kat patho,tapi time ni tangan ni dok usha buku pharma..kejap2 bukak parasite pula..

4) tilam!!!inilah cabaran yang sangat2lah menggugat imanku...comforter hijau itu memang sentiasa menarik perhatianku..

5) rasa nak buat onar di bilik orang..suka betul ni..esp bilik husna!!

6) satu syndrome yang amat susah nak dielakkan..masa tengah tekanan nak exam ni,tiba2 asyik rasa nak masak..bila tertekan sikit je,mesti nak masak..mulalah nak buat donat lah,kek lah,pau..segala macam lah..aduh..mujurlah kami dah lama tak ke pasar,so,takde bahan untuk masak..kalau ikutkan hati semalam nak buat choc cake tak pun donat,alhamdulillah takde telur kat rumah..nak ke kedai malas..hehe..so,jimat sudah masaku..

yang paling penting..

7)masalah hati!!sensitif la pula sekarang ni..haha..yelah dok menahan tekanan perasaan nak exam,masa nilah cik lalat n cik nyamuk tanpa segan dan silu datang bertandang..(alhamdulillah bilikku bebas lalat dan nyamuk..)..asyik rasa nak cepuk orang je instead of cepuk lalat..alhamdulillah belum ada lagi yang kena cepuk..sebab ahli baitku semua baik2... (kawan2 sorila kalau terbuat perangai..hehe)



actually,bukanlah nak cerita pasal benda2 mengarut ni..
tapi nak cakap pasal hak..pasal menjaga hubungan..

biasalah dalam dok menghadapi tekanan fatrah imtihan ni,kadang2 kita terlupa tanggungjawab kita kepada insan2 yang berkenaan..kita lupakan hak mereka..yelaha sibuk dok baca buku,makan buku,tidur buku,mandi buku..



hak Allah..


study punya study sampai lewat malam..atau mungkin juga ada yang tidur lepas subuh sampaikan kadang2 ada yang boleh tertinggal solat..atau pun subuh gajah..atau mungkin lagi besar dari gajah..apa ek??subuh ikan paus..tu bolehlah jamak terus ke solat Dhuha..








ada tu pula,yang sengaja lewat2kan solat..

teringat pesan mak aku..biasalah dulu kecil2 , maghrib masuk pukul 7.15 malam,kalau boleh 6.45 petang baru aku nak terkedek-kedek solat..
maka mak pun akan start bagi lecture," pahala tu dari sebesar-besar lembu terus tinggal besar telur ayam je.."..hehe

kadang2 lepas solat,terus ingat buku,tak sempat ni nak doa,terus duduk balik kat meja study..
nak baca Al-quran pun susah..

..sesungguhnya orang yang tak berdoa lepas solat tergolong dalam golongan orang2 yang sombong~~..

sepatutnya...

masa nilah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah..pelihara hubungan dengan Allah..mohon keampunan dan bantuannya untuk berperang..mohon diberi ingatan yang kuat..



hak AyahBonda..

tertunggang-terbalik study pun janganlah sampai lupa nak tanya kabar,or even to say hi..
kalau dulu call pun sebulan sekali..sekarang ni nak call setiap hari pun boleh..
paling tak pun call masa hari nak exam..
ni,ada yang lupa terus sampai risau dibuatnya insan2 itu di Malaysia..

jangan lupa juga doakan kesejahteraan keduanya..
minta maaf selalu..


hak Ahli Bait..


nilah yang paling penting sebab merekalah insan yang paling hampir dengan kita..
hak menjalankan tanggungjawab di rumah..
masak,kemas rumah,cuci toilet,buang sampah..haha,kepada ahli baitku(ternasuk aku juga),jangan buat2 lupa tengok jadual bertugas ye..rumah kita, tanggungjawab kita..(^-^)..
maaf andai diri ini terlupa...


hak solat berjemaah..
hak makan berjemaah..
hak makan sedap2..(^-^)..
hak belajar sama2..study group last minute..(^-^)


hak Tuan rumah..

jangan lupa bayar sewa rumah ..hehe



ok,ni je kot nak cakap..penat kutahan tangan ini dari menggodek laptop,namun tewas juga..haish~~

peringatan ni untuk semua,untuk diriku juga..ada juga benda2 kat atas ni yanng terkena batang hidung sendiri,tapi tak salahkan kalau aku nak ingatkan orang lain..semoga apa yang aku ingatkan kat orang lain,akan didik hatiku sendiri..amin..

kepada ahli bait syifa' kalau kite terlupa buat apa2 yang sepatutnya,ingatkan ye,kalu degil sangat,piat jelah telinga ku ini..(^-^)...

salam..

Tuesday, May 5, 2009

RINDU..






alhamdulillah..


2 papers r done!12 more left~
tak sabar menanti penghujungnya..

lebih kurang pukul 9 pagi,kami selamat menamatkan misi bagi parasitology practical..
maka,berjalanlah kami pulang dengan happynya sebab senang sekali exam itu..

sesampainya di main gate mustasyfa gama'ah,ada sesuatu menarik perhatianku..
kelihatan seorang lelaki,around 30?(kot) carrying his dad (around 60+) ..rasanya ayah dia tu paralyse..ingat nak snap gambar,tapi tak sempat..terkilannya~~

cuma nak cakap....tolonglah,hatiku tersentuh!!

alhamdulillah masih punya anak sebegitu di dunia..harapnya kita semua pun begitu..ameen ya Rabb..


rindu menerpa..sihatkah insan di sana??Bilakah pula aku akn mengangkatnya??


RINDU AYAH~~~
BONDA JUGA~~~





Friday, May 1, 2009

SELAMAT BERJUANG!!











bangun je pagi tadi,kat atas meja study,ade satu note ringkas bersama cik lolipop..thanx ja..

'sorry'mu kuterima..hehe..

so,di kesempatan ini,tuan empunya blog ini,(edenlah tu) nak minta maaf kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau x langsung dalam hidup ini..maaf eh salah silap,terkasar bahasa,tersalah sangka..kalau ada hutang ke,silalah tuntut di bait Syifa' ye..sementara duit tengah banyak nih..hehe..

all de best untuk semua..jangan lupa pergantungan kita pada Allah..semoga dipermudahkan setiap urusan kita..ameen..

untuk ahli2 baitku nan tercinta..


husna..
piah..
hana..
aizah..



maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..kalianlah insan yang paling banyak aku buat perangai..hehe..maaf ye..n halalkan segalanya..semoga kita mumtaz bersama.. ameen..


ni khas buat kalian..nanti cuci sendiri eh..x danlah nak cuci petang ni..esok nak exam..
tau..tau..cuci sendiri...(jimat duit aku..haha)..






















p/s : buat untuk korang,tpi,xde sape nak wat untuk kite..isk..isk..