Pages

Labels

Friday, April 23, 2010

Pecutan Terakhir






bau kertas peperiksaan semakin menusuk hidung..
hari-hari mendatang dinanti penuh debaran..

sedikit perkongsian dari saya buat sahabat2 dan adik-adik tersayang..



pejam celik, pejam celik, masih berbaki beberapa hari sahaja lagi pelajar2 perubatan tahun 1 dan 2 bakal menghadapi peperiksaan..
maaf kepada insan yang setelah sekian lama meminta saya berkongsi tips dan pengalaman..
bukan terlupa, tapi puas sudah mengintai-intai masa, baru kini ia menjelma..Moga bermanfaat untuk semua..


Bismillah..

TIPS2 BELAJAR LAST MINUTE

sebulan dua sebelum peperiksaan menjelma, baca kesemua buku text (pharma,patho,biochem,parasite) dari kulit ke kulit..
pastikan setiap perkataan , statement, nota, atau noktah sekalipun yang tak difahami, salin dalam kertas..ambil masa di kuliah untuk tanya pensyarah..kalau malu bertanya di dalam kelas, jumpa secara personal..pastikan tiada satu point pun yang kita tak faham..


perlu ingat istilah last minute disini bukan bermaksud masa tu nak mula baca, masa tu jugaklah baru nak faham, dan pada masa tu jugaklah nak menghafal..tiada gunanya..


saya sendiri lebih suka buat nota sepanjang kuliah bermula, jadi lebih mudah nak belajar dan faham..study last minute ni lebih kepada mengulang, menghafal dan memahami setiap point yang ada..

setelah faham, baru boleh hafal..ambil masa anda sendiri nak ulang baca beberapa kali buku text tu..

satu kaedah yang sangat menarik untuk memudahkan hafalan..gunakan MNEMONICS METHOD..
sama ada membuat singkatan perkataan dari poin point yang ada, ataupun reka ayat..

contohnya saya masih ingat lagi satu formula yang kami gunakan semasa masih di tingkatan 4..

Tera
Gigi
Memang
Kuning
Di
Sental
Minyak
Masak
Nanti
Putih

they stand 4 :

Tera
Giga
Mega
Kilo
Desi
Senti
Mili
Meter
Nano
Piko



satu lagi contoh untuk (PATHO- Precancerous Lesion)

CT Tak Suka Cakap Guna Gigi Unta
c- chronic varicose ulcers
t- tropical ulcers
t- trtiary syphilituc glossitis
s- schistosomiasis
c- caner of renal pelvis n Calculi
g- gall stones
g-gastric ulcers
u- ulcerative collitis

atau contoh perkataan :
SMART

S = specific
M = measurable
A = achievable
R = realistic
T = targets


* they do sound funny, but trust me..da funnier it is, da easier for it to be memorized..


buatlah unuk semua point yang anda rasakan penting..tapi pastikan anda sendiri tak keliru formula ni untuk point yang mana, formula tu pula untuk point yang mana..


untuk written exam yang biasanya kita akan ada masa free lebih kuran 8- 12 hari..
katakan ada masa free 10 hari sebelum written exam..
saya akan gunakan waktu selama 8 hari untu belajar sendiri, khatamkan satu buku..
baki lagi 2 hari itu saya akan luangkan bersama seorang ahli bait , lebih kurang study group, tapi cuma kami berdua..

2 hari digunakan penuh dengan dia, hanya untuk menghafal, mentasmi' segala point penting dan formula yang ada..
walaupun dalam masa 8 hari tadi, saya tak sempat nak habiskan satu buku, 2 hari terakhir ni memang saya akan luangkan masa untuk menghafal..dan kalau masih ada point yang keliru, gunakan masa ni untuk berbincang..

i'Allah dengan perbincangan tadi, akan lebih ingat..


AMALAN


jaga ibadah fardhu, perhebatkan amalan sunat..

pagi2 - surah Luqman , solat sunat Dhuha
malam2 - solat sunat hajat dan taubat, Yasin

buatlah tiap2 hari..kalau mampu..

CARA BELAJAR


1) buat nota
2) buat formula (mnemonic method)
3) jawab past year Q
4) belajar sepanjang hari diselang-selikan dengan tidur..waktu tidur ni elok untuk otak organize maklumat yang kita baru baca tadi
contohnya belajar satu bab dalam patho..katakanlah bab tumor..bila dah habis, ambil masa untuk tidur at least 15-30 minutes.. jangan lupa pasang alarm, nnti terlajak pulak..
tapi katakanlah mata tak boleh lelap, bangun dari tempat belajar tu, buatlah air ke, ambil whudu', ziarah jiran di bilik sebelah, ataupun nak main game ke..tapi jangan lama sangat, kalah pulak waktu belajar nanti..
5) wujudkan satu suasana yang kondusif untuk anda belajar..pencahayaan, pengudaraan, kekemasan..


BERKORBAN


1) kalau dulu banyak tidur, kurangkan tidur..
2) kalau dulu banyak makan, kurangkan makan..
3) kalau dulu asyik layan fb, krangkan ..
4) kalau dulu asyik update blog, krangkan ..
5) yang penting, letak laptop jauh2..letak dalam almari ke, bwah katil ke..huhu


INSPIRING WORDS


tampallah seberapa banyak kata-kata semnagat kat dalam bilik..penuh satu bilik pun takpe..itu memang memberi kesan yang mendalam..
kata2 yang saya paling suka "TO BE GREATER THAN GREAT, SACRIFIES HAVE TO BE MADE"


satu kata2 yang cukup membuatkan saya berusaha untuk mumtaz ..kata2 yang saya akan lihat setiap kali hendak tidur dan setiap kali bangun tidur.." Saya Farhuda Zulaikha Bt Abdul Wahid, berjanji pada Allah, mak, ayah dan diri sendiri, untuk mumtaz tahun ini "

tahun ni, saya tanggalkan kata2 itu, takut juga kalau tak mampu nak tunaikan pada tahun ini, dahla berjanji pada Allah..tapi kalau ada sesiapa nak cuba, silakan....


KAWAL EMOSI


biasalah bila musim imtihan ni, fikiran bercelaru..semua orang rasa nak dimarah je..jadi, jalan yang terbaik, DIAM..
diam adalah lebih baik dari berkata-kata..
kalau celaru sangat, ambil wudhu'..mengaji,perbanyakkan solat sunat..


HARI EXAM

call mak, ayah........
mohon ampun, minta doakan..

pagi2 waktu sarapan, ulang balik segala formula dan ingatkan..
masa berjalan ke dewan, bukak nota dan selak apa yang patut..

dah duduk kat kerusi, doa banyak..
nak jawab pun baca doa..

satu benda penting...
JANGAN TINGGALKAN SOALAN TIDAK BERJAWAB..
kalau memang tak tahu apa, atau tak ingat langsung..
maka cubalah untuk merapu, Tawakal jangan dilupa..
letaklah apa sahaja jawapan yang terlintas di fikiran anda..
hehe

katakanlah masa peperiksaan, 3 jam..tapi, kita dah siap 2 jam awal (owh siapa yang sungguh genius ini), jagngan sesekali tinggalkan dewan..ambik masa yang ada, untuk cek semua isi jawapan dan cuba refresh balik, kot kot ada yang tertinggal..


ok, tu je rasanya..
All da best!!



3 comments:

middle east shawl and abaya promotion! said...

thanks k ika! :))

intanf said...

ya allah, kak ika!! sedapnya cupcakes tu!

HUSNA said...

huda..gigi unta tu aizah suke..ye x aizah?hihihi