Pages

Friday, October 5, 2012

complaints during pregnancy


1 0ktober 2012 , genap umur mak saya 65 tahun..
"Selamat hari jadi mak..semoga panjang umur dan murah rezeki..".
"nak bagi hadiah apa.." tanya mak..saya tahu dia berseloroh..
"hadiah? er..ni cucu ke-16.." balas saya.." dah 6 tahun kan mak tak dapat cucu baru..",sambung saya..mak ketawa di hujung talian..


                                        ********************************************

semenjak dahulu kita sering mendengar..pengorbanan ibu mengandung terlalu besar..berkilo-kilo berat tambahan perlu ditampung..BERAT..sebab itu syurga di bawah telapak kaki ibu..berat fetus(bayi),amniotic fluid(air ketuban),placenta(uri),berat lemak ibu itu sendiri..tambah tolak darab bahagi..minima 12 kg yang akan bertambah..dan perkataan BERAT itu terus bermain di fikiran saya..kesian mak ,kendong kami seramai 9 orang..

tapi...
bila saya sendiri yang melalui pengalaman mengandung..baru saya tahu ia bukan sekadar BERAT..ia lebih dari itu..tambahan pula selaku medical student, semua changes during pregnncy kami belajar..dan di sinilah sebenarnya cabaran utama..lihat sahaja gambar yang saya kepilkan bersama ini..ini hanya diterangkan secara point sahaja, belum lagi detail tentang changes in each system in the body..














ya, tidak semua ibu mngandung pun akan mengalami semua ini..pling kurang mungkin 70 % simtom2 ini akan dialami setiap ibu mngandung..saya sendiri hampir 95% dari simtom2 ini saya alami..Alhamdulillah sebab Allah bagi saya rasa semua itu..sedikit sebanyak mengajar saya erti sabar dan semakin bertambah sayang pada ibu dan ibu mertua saya, juga kepada suami yang bersabar menghadapi isterinya yang seorang ni..:)

dan secara jujurnya bila ada yang bertanya pada saya, "macam mana mengandung?berat tak?"..jawapan saya yang pertama ialah.."nanti rasalah sendiri..bukan BERAT, tapi lebih dari itu.."


semoga Allah memberati ibu saya dan ibu2 kalian..
iAllah akan saya kongsikan diari saya sepanjang saya mengandung ini nanti..

p/s : dan saya yakin kalaulah soalan ini yang keluar ketika Final Exam kami nanti pasti saya dan suami dapat markah penuh walau tanpa study pun..:)




0 comments: