Assalamualaikum..
tahun baru datang lagi..
bukan niatku tidak mencoret ketika awal Muharam, tapi memandangkan kami dalam fatrah imtihan ketika itu, maka kutangguhkan ke hari ini..meraikan keduanya sekali..
diam tak diam umurku kini sudah mencecah 22 tahun , walaupun pada hakikatnya baru sahaja 21 tahun 2 bulan..bermakan semakin banyaklah tanggungjawab yang menanti..
ini bermakna berlalu juga sudah setahun yang tak dapat diputar kembali..
setahun yang menyimpan seribu rahsia..setahun yang penuh dengan pelbagai cerita disebaliknya..setahun yang entah bagaimana aku manfaatkan masanya..setahun yang perlu aku muhasabah perjalanannya..2009..
masihku ingat lagi satu benda penting yang kulaksanakan ketika awal Muharam tahun lalu , alhamdulillah sehingga kini aku mampu memeganggnya..terima kasih ya Allah..moga terus diberi kekuatan..
2009..
detik yang menguji kehebatan ukhuwah antara kami..Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat-sahabat yang menjadi penguat tulang belakang..sahabat yang kurasakan semakin hari semakin tinggi nilainya..
langkahku dipimpin..
jatuhku bersambut..
tawaku diserta..
tangisku direda..
aduku dimanja..
futurku dipujuk..
kuatku dibentuk..
kerasku dilentur..
terima kasih sahabat......
setahun ini jugalah menyaksikan kesibukan kami sebagai pelajar perubatan yang menginjakkan perjalanan ke tahun 3 dan 4..usai urusan di kuliah, nun di sana menanti pelbagai urusan yang diminta agar dilaksanakan dengan sempurna..
kadang-kadang masa yang ada seperti tak cukup..
kadang-kadang masaku ada yang terbuang begitu sahaja..
ya, aku insan biasa..insan yang terkadang ingin melepaskan lelah sebentar di perjalanannya..
namun kata-kata ini akan kucuba genggam, kan kututup ruang-ruang kosong dicelah jari-jariku yang tak berapa nak panjang..
Imam Ibn Qayyim ada berkata; “Sesungguhnya membuang masa adalah lebih dahsyat daripada kematian kerana membuang masa memisahkan kita dari Allah dan akhirat manakala kematian hanya memisahkan kita dari dunia dan seisinya”
****************************************
tahun lalu..
terfikir juga aku..
berapa banyak hati yang terluka..
berapa banyak kata yang boleh diguna..
banyaklah juga kata yang sia-sia..
berapa banyak tingkah yang perlu diselia..
berapa banyak air mata yang ku'induce' jatuhnya..
berapa banyak insan yang kulupa..
berapa banyak amalan yang terjamin nilainya..
berapa banyak masa kuguna sebaiknya..
dan berapa banyak pula yang aku persia..
tahun itu jugalah yang menyaksikan aku menggengam apa yang aku idamkan selama ini..
ya, kemumtazan itu sebenarnya menambahkan lagi satu amanah yang berat dibahuku..
untuk mengekalkannya..terus,bagaimana??
Ya Allah moga aku diberi kekuatan dan kesabaran sepanjang perjalanan..
selamat tinggal tahun lalu..kita tak mungkin kan bertemu..tapi aku pasti merindu..p/s : mak, ayah..adik rindu!