Pages

Labels

Monday, January 4, 2010

Kenali Diri Anda..

salam aleik..

ingat nak post tentang tips2 study hari ni..
tapi keadaan seperti tak mengizinkan lantaran sibuk ke cairo siang tadi dan sistem badan yang tak berapa nak syaghal hari ni..

actually,tajuk entry kali ni agak sensitif bunyinya (huhu..apakah??)..
nak sambung entry tahun sebelum ni yang tajuknya "Jadilah Orang Yang Disenangi"..bukan main lambat lagi disambung..terlupa sudah..



**********************************************


Siapakah orang yang sombong..
orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud kepada siapa yang menjadikan kehidupan iaitu Allah,Tuhan sekalian alam..
Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri..


Siapakah orang yang telah mati hatinya..

orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat..


Siapakah oarng yang dungu..

orang yang tidak melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya..


Siapakah orang yang kuat..

orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan..


Siapakah orang yang lemah..

orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu..


Siapakah orang yang bakhil..

orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w..


Siapakah orang yang buta..

orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya..


Siapakah orang yang tuli..

orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya..


Siapakah orang yang sibuk..

orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi sulaiman a.s...


Siapakah orang yang manis senyumannya..

orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna ilaihi raji3un" Lalu sambil berkata "Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini " sambil mengukir senyuman..


Siapakah orang yang menagis air mata mutiara..

orang yang tatkala sedang bersendirian lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan segala dosa-dosanya yang lalu sambil mengalir air matanya..


Siapakah orang yang kaya..

orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini..


Siapakah orang yang miskin..

orang yang tidak puas dengan segala kenikmatan yang ada dan sentiasa mengumpul harta..


Siapakah orang yang pandai..
orang yang bersiap-siap untuk hari kematiaannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi..



Siapakah orang yang bodoh..
orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedang akhirat diabaikannya..




to be continued..
sudah tak sanggup rasanya melawan rasa
menuju hyperpyrexia ini untuk terus menaip..

0 comments: