Ada insan yang mudah untuk 'ter'motivasi..Tak perlu sepanjang Timur ke Barat kata-kata semangat, tak perlu segunung kad ucapan..Cukup dengan kata-kata mudah dan ringkas, pasti mudah mendapat motivasi itu..Seringkas 'u can do it..', 'I'Allah boleh..'..saya yakin dan pasti, setiap blood cells empunya badan akan merasakan suntikan motivasi itu..mudah bukan?
Umpama turun naiknya Iman manusia, begitulah juga saya kira motivasi ini buat kita.. antara hikmahnya mengapa disyariatkan solat sehari 5 waktu..Mudah! untuk mengingatkan dan menaikkan kembali semangat untuk menghadap Allah, hanya dengan laungan azan.. hanya dengan wudhu' yang menyegarkan..Allahuakbar~!untuk memberi suntikan buat menaikkan Iman hamba yang hina..menyedarkan insan-insan leka, membangkitkan roh dan jiwa segenap hambaNya..bersama menunaikan perintahNya dan bersama menuju kejayaan..
apa sebenarnya Motivasi yang terbaik ya??
Mungkinkah ceramah motivasi Dr Fadzilah Kamsah?
Mungkinkah kata-kata semangat dari Bonda?
Mungkinkah Mati itu motivasi terbaik?
Mungkinkah Al-Quran itu sendiri?
Mungkinkah forum 'Mutiara Rahsia Mumtaz' itu?
Secara peribadi, bagi saya motivasi yang terbaik itu sebenarnya adalah dengan mengenali diri kita sendiri..
Dari mana kita datang?
Siapa pencipta kita?
Untuk apa kita hidup di dunia?
Ke mana akhirnya kita akan pergi?
mana mungkin sejarah penciptaan Nabi Adam itu saya padamkan dari benak pengetahuan segenap isi alam..mana mungkin fakta sains asalnya kita dari sperma dan ovum ini saya nafikan kebenarannya..mana mungkin lahirnya manusia ini tanpa ada Maha Pencipta..mana mungkin saya nafikan hak setiap umat Melayu ke atas agama warisan ini yakni Islam..
berterima kasihlah kita kepada Parameswara, kerana Islamnya kita pada hari ini..warisan pusaka bonda..
tidak!..sejarah kita bukan setakat bermula dari situ..
tidak cukupkah santapan cerita perihal Adam dan Hawa?
tidak berbekaskah sejarah Nabi Muhammad s.aw, seorang tokoh mulia?
syahadatain itu, sudah hadamkah kita ertinya??
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"..
galilah sedalam ilmu,bariskan segenap guru..pastikan kita faham makna
shahadatain itu..pincanglah hidup bagi sesiapa yang tidak tahu asal-usul hidupnya, apatah lagi matlamat hidupnya..
ya matlamat hidup..hanya satu, tiada dua..SYURGA sahaja, bukan NERAKA!
kenallah dirimu, Penciptamu, tetapkan matlamat hidup yang satu....setiap keputusan dan langkah dalam hidup ini, pastikan membawa kepada yang satu..gunalah segenap 'alat' di sekeliling kita untuk menuju matlamat yang satu itu..ilmu,guru,harta,suami,isteri,anak2,kereta,kawan2,sahabat2,musuh2mu..semua itu 'alat' untuk menuju ke matlamat yang satu,Syurga..gunakanlah sebaiknya..
tetapi harus, kenalilah dirimu, Penciptamu dan untuk apa kau diciptakan~!manakan mungkin kita punya matlamat tanpa tiada sebab musabab mengapa perlunya kita ada matlamat itu..
Percayalah, Motivasi itu tidak akan hilang selagi mana kita yakin, kita hamba Allah yang berteduh di kebun Dunia dalam perjalanan menuju Akhirat..
go deeper than your birth certificate~!
I'm a slaive of ALLAH....so are you..