Pages

Labels

Tuesday, May 31, 2011

Anak..

tiba2 saya rindu pada insan bergelar abang..
pada kedua-duanya saya rindu..abang dan uda..
2 kumbang dikelilingi 7 bunga..aku bahagia..

i was blog jumping , when i suddenly stuck here.. anak pontianak


uda..tiada apa yang istimewa pada dia,tapi saya mengaguminya..bukan kerana akhlaknya, bukan jua kerana agamanya,bukan kerana sayangnya saya pada dia, tapi hanya kerana dia mampu menyangkal phrase ini .."sorang mak dan sorang ayah boleh jaga sepuluh orang anak..tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu dan seorang ayah"..

hampir 2 tahun arwah ayah menjalani haemodialysis..dalam fatrah itu, quality of life ayah jatuh merudum..rentetan dari serangan stroke pada 2008 followed by bell's palsy n kidney function deteroriation, pergerakan ayah kian terbatas..hinggalah kemuncaknya, apabila ayah perlu memulakan rawatan haemodialysis..

berat badannya yang dulu hampir 80 kg, semakin hari semakin menurun sehinggalah beratnya menjadi lebih kurang berat saya..kemampuannya untuk berjalan dan berdiri hilang sedikit demi sedikit..at last he became a bed-ridden patient..ingin kemana, harus menggunakan kerusi roda..ingin menurunkan dia dari katil, harus dipapah dan digagah oleh seseorang..tak lain dan tak bukan udalah orangnya..


CHRONIC HAEMODIALYSIS..
3 kali seminggu perlu berulang alik ke hospital..perjalanan hospital yang memakan masa kira-kira setengah jam dari rmah..setiap sesi memerlukan kira-kira 4 jam .. 4 jam yang sangat merintihkan..sepanjang 4 jam itu juga biasanya ayah perlu disuapkan makanan, kebas-kebas di badannya harus diredakan..


kerana itulah uda, seorang yang dulunya pegawai insuran di sebuah kota meletakkan jawatannya..mengambil keputusan untuk berbakti pada ayahbonda..dia rela melakukan kerja-kerja kampung..pagi-pagi ke kebun, usai bersihkan diri, terus bersiap untuk menghantar ayah ke hospital..menyuapkan makan, mandikan, semua dilakukannya dengan dibantu mak..
insannya berbadan kecil, tapi cukup bersedia membantu emak menguruskan ayah..itu rutin hariannya..beberapa kali saya menitiskan airmata menyaksikan sendiri dia mengendong ayah di belakangnya..

sewaktu ayah pergi dialah insan yang paling sedih selain mak..itu cerita kakak2 saya, kerana saya satu-satunya insan yang tidak sempat menatap akhir wajah ayah..kami adik-beradik berhutang besar dengannya..hanya kerana dia seorang yang mampu menguruskan ayah 24 jam..

saya menyanjunginya selaku anak...

Firman Allah (a.w): ‘Dan sembahlah Allah (a.w) dan jangan syirik terhadap Allah (a.w) (i.e. menduakanNya, yakni mengakui ada tuhan lain atau ada beberapa tuhan selainNya) dengan sesuatupun, dan kepada kedua-dua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka ...] [Surah an-Nisa’: 36]



this is him..

0 comments: