Pages

Labels

Sunday, January 18, 2009

PALESTINA-KU



Assalamualaikum..
masih berpinar mata ni melayan slide2 patho yang banyak itu..mana tidaknya,kerabunan mataku yang sedia ada dengan power 400-15o bagai dipaksa-paksa menggunakan mikroskop yang sengal2 bahasa itu..haish..habis sengal segala otot2 yang menampung bebola mata ini..mahu tak mahu kena juga tengok semua slide..practical exam 4 patho juz around da corner..3 days left~~

imtihan semakin hampir..bererti winter break juga makin hampir..saya masih dalam dilemma..mahu ke mana cuti ni?perancangan awal hendak ke luxor dan aswan tidak dapat diteruskan lantaran beberapa masalah yang timbul..hajat hati hendak ke jordan,syria dan turki bersama sahabat2 yang lain juga terpaksa dilupakan..syria dengar katanya ada masalah dengan visa..turki pula,kami tiada link di sana..jordan,ada yang ibu bapa tak benarkan lantaran krisis di palestin..saya sendiri berat hati hendak ke sana..mungkin cuti 2 minggu ini bakal dihabiskan di zagzig yang indah ini..zagzig,zagzig,zagzig..siapa ada cadangan??bukan mahu menghabiskan cuti dengan bersiar semata-mata..sahaja mahu melihat tempat orang..cuba hayati lirik lagu 'hikmah kembara' by nirwana..berjalanlah,bermusafirlah melihat kebesaran tuhan..dan belajarlah mensyukuri nikmat tuhan..


Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia




tersergam indah di bilikku..it costs 4 only 2LE..hehe..

inilah pertama kalinya saya membeli peta dunia,3 minggu yang lalu..hehe..pada asalnya sengaja nak tengok kedudukan sebenar jordan,turki dan syria..tapi,di situ..di situ juga ada ISRAEL..tiada lagi PALESTIN..menyakitkan hati~~


high magnification~~

PALESTINA-KU(copy paste from bella~..syukran..)

Kenapa Yahudi menuntut Palestin??

1- mereka mendakwa bumi Palestin dijadikan untuk bangsa pilihan iaitu bangsa Yahudi
2- mereka juga mendakwa Haykal yang pernah runtuh pada zaman nabi Sulaiman a.s terletak di bumi ini
[ dan kini mereka merancang untuk membina semula Haykal di tanah ini]

3- akan lahirnya penyelamat bangsa yahudi di bumi ini [masihiyyah]


Melalui apa yang dapat diperhatikan, kesemuanya bukanlah hanya sekadar merebut sekeping tanah bernama Palestin tetapi semua ini merupakan pertembungan aqidah yang sejak lama dulu telah dilancarkan oleh musuh2 Islam

Kini, apa yang berlaku di Gaza adalah rentetan dan kesinambungan sejak dulu lagi..
Dan serangan dahsyat oleh al-kuffar laknatullah terhadap Gaza pada kali ini telah menggariskan 3 objektif :-

1- objektif jgka panjang – memastikan pembinaan Israel Kubra pada suatu masa nanti berjalan lancar
2- objektif jangka sederhana panjang – memastikan survival orang2 Israel sendiri [ mereka bimbang orang2 israel sendiri akan lari dari situ kerana takut pada masa depan dalam kurun ini]
3- objektif jangka pendek – sebagai fenomena bagi menguasai pilihan raya akan datang


Kenapa Christian menuntut Palestin??

1- dianggap kota suci mereka
[ mereka mendakwa di sinilah Jesus Christ dilahirkan dan disalib.. dan akan muncul kembali di tanah ini ]

2- gereja besar bagi orang2 kristian terletak di bumi ini

Kenapa Islam menuntut Palestin??


1- Bumi isra’ mikraj
[ betapa kita melihat permusafiran sejauh 1500 km dari Makkah ke masjidil Aqsa oleh Baginda Rasulullah s.a.w seterusnya naik ke sidratul muntaha dan di sini berlakunya kefarduan solat 5 waktu sebagai pengurangan paling maksimum buat umat Islam ]

2- kiblat pertama buat umat Islam
[ setelah solat difardukan, masjidil aqsa yang terletak di bumi Palestin telah dipilih sebagai kiblat pertama.. sedangkan Nabi Muhammad juga telah mengimamkan para anbiya’ lainnya sebagai tanda penyempurna dan penutup para nabi.. selepas 16 atau 18 bulan penghijrahan ke madinah, barulah turunnya ayat untuk menjadikan Ka’abah yg terletak di Makkah sebagai kiblat pada masa itu ]

3- merupakan tanah suci ke-3 umat islam
[ selepas haramain- tanah suci Makkah dan Madinah ]

4- bumi para anbiya’ dan rasul
[ bermula dari nabi ibrahim dan beberapa nabi seterusnya pernah diutuskan di sini untuk berdakwah ]

5- bumi perjuangan
[ sejak zaman nabi2 yang terdahulu hingga kini bumi ini terus menjadi medan juang ]



1.5 juta penduduk Islam kini berjuang sedaya upaya mengharungi serangan paling dahsyat sejak 1976.. mereka cuba membuat terowong2 laluan untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubatan malah mereka turut pernah menyeludup masuk lembu ketika adha baru2 ini namun apa yg berlaku lebih kurang 200 buah terowong diletupkan sesuka hati oleh mereka2 yg tidak berperikemanusiaan.. penduduk palestin juga sanggup minum air longkang yang dicuci dan makan rumput2 yang ada.. semua ini demi menyambung kehidupan mereka.. betapa tinggi semangat jihad mereka..

Tapi bagaimana pula kita??
mereka telah menjadi wakil buat kita semua dalam memperjuangkan bumi Palestin yang padahal menjadi kewajipan buat semua umat Islam, mengapa kita tidak sekurang2nya membantu walaupun dari kejauhan..



Mungkin sebab mereka ni takut, tiada perasaan atau xfaham (smoge mereka mendapat hidayah)..
Tapi kita yang ada perasaan sbg seorang manusia malah seorang individu muslim adakah hanya berdiam diri?? :: silence is not an option :: jom tengok ape yang kite boleh buat ntuk bantu saudara2 kita di sana..

Apa tindakan yang boleh kita buat??


1- tingkatkan kesedaran dalam diri, keluarga, saudara-mara, sahabat2 dan masyarakat
2- sebarkan maklumat tentang kepentingan Palestin melalui wajihah mana skali pun
3- didik anak2 serta generasi muda agar peka dgn isu palestin
4- memberi kerjasama yang baik dengan NGO2 dakwah dan yang ingin membantu
5- didik generasi muda kembali pada masjid serta faham dan berpegang teguh dgn al-quran dan al-hadith.
6- Berhijrah kepada yang lebih baik
7- Boikot barangan2 yang mengalirkan wang ke arah pembunuhan saudara sendiri
8- Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka
9- DOA dan doa agar kemenangan menjadi milik muslimin dan mujahidin yang mewakili kita di sana
Align Center[ ~allahummasurril ikhwanana wal mujahidin fi falastin~ ]



p/s:buat sahabat2 yang sudah ada perancangan melancong ke mana-mana cuti nanti,manfaatkanlah sepenuhnya..kepada insan2 di Malysia yang asyik menanyakan "tempat kamu dekat dengan palestin tak?pernah dengar bunyi bom tak?"..nah aku dah sediakn peta with high magnification..hehe..kepada dr2 kesayanganku,selamat berperang di medan imtihan..semoga dipermudahkan segalanya..

0 comments: