sambil-sambil menghitung hari untuk imtihan yang bakal tiba, tiba-tiba teringatkan insan-insan comel di malaysia sana..rindunya..tambah-tambah lagi waktu call insan-insan comel tu,soalan cepu emas ini tak pernah lekang dari bibir mereka "induk,induk bila nak balik lagi??".."bulan 7 ni induk balikla,raya nanti induk mesti ada kat sana.."inilah jawapan yang selalu aku bagi.."ala,lambatnya lagi.."..
sedih,terharu..tak sangka rindu jugak mereka pada makcik yang garang ni..hee..walaupun aku 'adik' tapi denagn kehadiran mereka yang seramai 15 orang itu,buat aku rasa macam aku ada ramai adik..rasa macam anak pun ye..yelah,anak kakak aku,anak aku jugak..kan??hehe..
dulu pernah sekali dok bersembang-sembang dengan 2 orang dari mereka ni, aku dok interview cita-cita diorang bila dah besar nanti..sorang nama ABU HANIFAH(adik),darjah2..sorang lagi SADDAM HUSSEIN(ateh),darjah 3..
dua-dua jawab,"nak masuk sekolah induk(SMKA PEDAS)..pastu nak belajar rajin-rajin macam induk, nak jadi doktor.."..aku cakap,"xpe je kalau nak jadi doktor macam induk,tapi x kisahlah kalau dapat masuk PEDAS ke tak,banyak lagi sekolah yang bagus..yang si SADDAM HUSSEIN ni jawab balik.."taknak..nanti tak dapat pergi Mesir macam induk..nanti,siang-siang ateh kat hospital,malam-malam,ateh nak bagi ceramah"..huhu..bagusnya kecik-kecik dah ada matlamat..erm..terasa macam aku pulak idola diorang..
bila teringatkan anak-anak buah aku ni,aku teringat kanak-kanak yang sebaya mereka di sana..
apalah nasib mereka..
rinduku pada insan-insan di Malaysia,mereka berlebih lagi merindui insan yang sudah tak bernyawa,yang mati di deppan mata..
Ya Allah,tabahkan mereka..
..PALESTIN..
tidur tak lena..
makan tak sempurna..
tangisan x reda..
senyuman entah ke mana..
hidup di bawah hujanan peluru..
mengagahkan tangan membaling batu..
berkaki ayam mencari ayah ibu..
sendiri tak tahu arah dituju..
makan tak sempurna..
tangisan x reda..
senyuman entah ke mana..
hidup di bawah hujanan peluru..
mengagahkan tangan membaling batu..
berkaki ayam mencari ayah ibu..
sendiri tak tahu arah dituju..
barangkali kalau ditanya apakah cita-cita mereka,pasti mereka punya cita-cita sendiri..doktor barangkali,atau jurutera,angkasawan mungkin..tapi mungkinkah tercapai andainya hidup mereka kini diibaratkan 'telur di hujung tanduk'..?
barangkali jawapan yang akan diberikan.."saya mahu memastikan hak kami dikembalikan..saya akan pastikan zionis tersungkur hina.."..
sayang,tu pun cita-cita kami juga..berjuanglah..moga Allah melindungi kalian..
Ya Allah selamatkan kiblat pertama kami!!
'surat cinta' anak-anak YAHUDI LAKNATULLAH untuk PALESTIN..
2 comments:
kita menunggu pertolonganNya. jangan pernah putus asa dari rahmat Allah...
..merindui janjiMu Tuhan,bantuan di perjuangan..
Post a Comment