seperti yang dirancang,tarikh 18 julai 2009,kami bergerak pulang..hanya berdua,aku dan aizah..
seperti biasa,mata ini seakan sudah menjadi tabiatnya,asal menaiki kenderaan sahaja pasti ia tertutup dengan cepatnya tanpa dipinta..
sedang enak diulit mimpi,aku terjaga..
aku dapat rasakan muka aku ketika itu kembang,jantung kembang, dan yang pastinya suasana di dalam besi terbang itu cukup bising..kedengaran jerit-pekik setiap penumpang..
panik,kaget..
KAPAL TERBANG NAK TERHEMPAS!!..
dalam keadaan yang panik,aku tak mampu melakukan apa-apa..
tak mampu langsung untuk melihat keadaan aizah di sebelahku..
hanya satu yang terlintas di hati dan fikiran aku ketika itu..
"ya Allah,beruntungnya siapa yang berada di darat(yg x berada dalam kapal terbang ni), diorang masih ada peluang nak bertaubat..aku??kalau aku mati skarang??"
terasa ketika itu penyesalan dan ketakutan yang amat sangat..
demi Allah inilah yang aku fikirkan ketika itu..
katakutan yang teramat sangat itu mengejutkan aku..
kuintai keadaan sekeliling dan meraba-raba tempatku berbaring..
empuk,dan nun jauh dari satu sudut,kedengaran nasyid berkumandang dari laptopku yang memang setia menemani tidur malamku..
"ya Allah,aku bermimpi!!"
aku bingkas bangun..
masih di atas katil..duduk..
juga masih dalam keadaan takut dan terkejut,aku menangis..
menangis dek kerana ketakutan dan masih teringat apa yang aku fikirkan ketitika kapal terbang itu mahu terhempas..
"ya Allah,beruntungnya siapa yang berada di darat(yg x berada dalam kapal terbang ni), diorang masih ada peluang nak bertaubat..aku??kalau aku mati skarang??"
sambil menangis,aku dapat rasakan kelajuan jantungku yang teramat sangat..tachycardia..
kulihat, jam menunjukkan pukul 1.32 pagi..masih punya masa sejam setengah lagi dari masa yang sepatutnya alarmku berbunyi..
dalam kedaan air mata yang terus mengalir itu,aku melafazkan syukur..
syukur kerana aku masih hidup..
bermakna aku masih punya masa untuk bertaubat..
"ya Allah,terima kasih di atas kurniaan nafas ini dan peluang untuk aku bertaubat "
setelah agak reda tangisanku,aku memanjangkan kaki membersihkan diri,bersedia berteleku memohon keampunan dari Sang Pencipta..
"Ya Allah terimalah taubatku,ya Allah..kekalkan rasa ketakutan ini padaku andainya ia mampu mengingatkan aku kepadamu sepanjang masa"..
full stop........
MIMPI ITU..
kata orang,mimpi buruk tak elok diceritakan kepada orang..
tapi,aku mahu semua orang tahu,seandainya kalian berada di tempatku,pasti kalian sendiri akan menangis dan merasai ketakutan itu di segenap ruang inci tubuh kalian,sepertiku..di segenap hepatocytes,lymphocytes,ateries,arterioles,capillaries,venules,veins,mahupun dicelah2 setiap ruang diantara cells dalam badan..andainya ada bacteria sekecil staph mahupun strept dalam badan ini,pasti mereka juga mampu rasakan ketakutan ini..
ketakutan yang aku fikir mampu memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya..
ketahuilah,andai mimpi itu aku boleh forwardkan,pasti akan kuforwardakan kepada kalian..akan kuforwardkan kepada insan2 yang kusayang agar kita sama-sama rasa takutnya mati itu dan menyesali segala perbuatan kita selama ini..
AKAN KUFORWARDKAN andai kumampu..AKAN KUFORWARDKAN..
muhasabahlah diri kita sahabat2..islahlah diri kita andai rasa masih punya kekurangan di mana-mana..tampallah setiap kebocoran yang ada agar tiada kita hilang apa2 untuk dipersembahkan di hadapan Allah kelak..bertaubatlah selagi masih punya masa..mahukah kita bertangguh sampai nasib kita menyamai nasib Firaun??
syukurilah nikmat selaku umat Nabi Muhammad S.A.W..pintu taubat terbuka luas sampai ke hari menghampiri Hari Kiamat..tapi,janghan sampai kita bertangguh memohon keampunan dariNya kerana kita tahu pintu taubat itu terbuka luas..
Izrail tak akan pernah terlambat mahupun tercepat di atas setiap percaturan Sang Pencipta..dan as-saah itu suatu benda yang pasti!!